Subject: Kalau menang, Annuar Naib Presiden Umno? |
Author:
Kak sampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 11:58:17 12/02/05 Fri
In reply to:
Kak sampah
's message, "Umno kerah Kemas ke Pengkalan Pasir" on 11:31:40 12/02/05 Fri
Biar pun ramai pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Najib Razak yang acap kali datang membantu jentera pilihan raya DUN Pengkalan Pasir, namun Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa ada agenda sendiri.
Sumber dalaman Umno mendedahkan, pemimpin Umno Kelantan itu sudah awal-awal lagi berangan-angan mahu ‘test market’ untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada perhimpunan parti itu tahun 2007 nanti.
"Kalau ada rezeki, Annuar boleh menang Naib Presiden Umno," kata sumber itu.
Biar pun masanya masih jauh iaitu dua tahun lagi, namun sekarang adalah masa terbaik bagi pemimpin tersebut yang sedang ‘popular’ dengan pelbagai kenyataan yang kurang rasional ketika menghadapi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir.
“Sekarang adalah masa terbaik direbutnya bagi memperlihatkan kemampuan menyusun jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil ini. Tambahan pula semua pemimpin utama Umno sering berulang alik ke sini,” kata satu sumber Umno Kelantan.
Pada perhimpunan agung Umno tahun lepas, seorang pemimpin Umno dari Kelantan, Dato’ Mustapa Mohamed yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno, namun kecundang. Beliau berada di kedudukan kelima selepas Tan Sri Muhd Muhammad Taib.
Annuar sebelum ini pernah menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, namun tidak kesampaian.
“Impian itu akan menjadi kenyataan lagi sekiranya Pengkalan Pasir berpihak kepada Umno pada 6 Disember ini, namun sekiranya keadaan sebaliknya berlaku, impiannya lebur begitu sahaja,” ujarnya
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |