Subject: Pengkalan Pasir dan Khairy |
Author:
Kak sampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 11:29:34 12/06/05 Tue
TIBA-TIBA sahaja para pengundi Pengkalan Pasir merasa mereka seperti anak dara sunti menghadapi pinangan teruna pelbagai watak dan paling menarik sekali keputusan mereka pada 6 Disember ini boleh mengakibatkan perubahan besar bukan sahaja arena politik Kelantan malah seluruh Malaysia.
Tetapi setelah telinga mereka dibengangkan oleh pelbagai janji, semua penduduk Islam Pengkalan Pasir tak kira PAS atau Umno, saya kira sekarang sudah pun kenal yang mana batu yang mana pertama.
Pada hemat saya pilihan raya Pengkalan Pasir ini perlu diluaskan daripada calon-calon PAS, Barisan dan Bebas.
Ada personaliti-personaliti lain yang perlu diambil kira.
Di pihak BN (Umno) sahaja, telatah Ketua Pemuda, Hishammuddin Hussein Onn; timbalannya Khairy Jamaludin malah Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Kadir perlu dipertimbangkan.
Pertama, kerana terdesak Hishammuddin tiba-tiba membuat keputusan untuk menyambung semula subsidi kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) yang dipotong oleh Tun Mahathir Mohamad.
Ini bermakna PAS berjaya memperjuangkan soal ini bagi menyelamatkan ribuan anak-anak Melayu yang disisih oleh sistem pendidikan sekarang.
Ini juga bermakna perjuangan sekular Umno langsung tidak berprinsip dan berideologi. Apabila dah terdesak dan rakyat Melayu marah maka dasar oleh perdana menteri lama pun dihumbankan ke sungai.
Kedua, Khairy, anak bekas duta Allahyarham Jamaluddin Abu Bakar dan menantu Perdana Menteri, adalah lulusan Universiti Oxford di mana satu daripada budayanya ialah berdebat.
Malangnya, apabila Khairy membuat sesuatu dakwaan dan kemudian dicabar berdebat maka cepat-cepat Hishammuddin dan Khairy berkata mereka tidak ada masa untuk berdebat dalam soal-soal 'remeh-temeh'.
Kalau itu bukan melontar batu sembunyi tangan, tak tahu lah apa lagi.
Walaupun lulusan Oxford, sebagai seorang Islam yang pastinya menyokong perjuangan rakyat Palestin, Khairy juga tidak kurang dengan kejahilannya.
Tak lama dulu Khairy bersama Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said dibawa oleh Air Asia melawat 'Old Trafford' iaitu rumah Manchester United berikutan satu perjanjian tajaan syarikat penerbangan itu dengan MU.
Di depan kameran TV3 Khairy macam hendak mengalirkan air mata kerana dapat menjejak kaki di Old Trafford.
"Inilah cita-cita saya dari kecil lagi,” kata Khairy.
Soalnya, tahukah Khairy bahawa MU sekarang dimiliki oleh Malcolm Glazer, seorang Yahudi Amerika yang juga memiliki kelab Tampa Bay Buccaneers, Florida.
Logiknya, kalau Khairy amat mencintai MU kepunyaan Yahudi ini apa kedudukan simpatinya dengan rakyat Palestin.
Rakyat Melayu Pengkalan Pasir juga perlu bertanya Kadir Sheikh Kadir kenapa sejak dia menerajui TV1 dan TV2 penggunaan bahasa Cina makin berleluasa, hinggakan Mahligai Gading punya sari kata Cina manakala Tin Gei Bin berupa siri drama Cina.
Paling menyedihkan ialah berita dalam bahasa Melayu juga punya ramai penyampai bukan Melayu, apatah lagi berita Inggeris.
Soalnya boleh kah penyampai-penyampai bukan Melayu ini menyebut perkataan-perkataan Melayu bercirikan agama seperti Allah, akidah, Allahyarham dan kembali ke rahmatullah dan sebagai nya.
Kalau inilah dasar beliau, maka logik nya berita Tamil dan Cina juga perlu disampaikan oleh orang Melayu. Kalau dicari memang ada Melayu lulusan sekolah Cina dan Tamil. Sampai bilakah Bahasa Melayu akan menjadi bahasa sari kata.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |