| Subject: kakaksampah |
Author:
kaksampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 05:40:25 12/19/05 Mon
Sial Kekalahan Di Kampus, Merebak Ke Pengkalan Pasir
Kekalahan mahasiswa PAS di bawah pimpinan Ramadhan Fitri merupakan rentetan kepada siri-siri kekalahan mahasiswa pembangkang di merata-rata tempat. Kehadiran Hanif Baderun pada permulaannya dengan wajhah silmiyyah kepada kerajaan dijangka boleh mengubati suasana. Namun, seperti anjing bercawat ekor, PAS di kampus, tidak mampu menahan gejolak nafsu untuk mendedahkan wajah mereka yang sebenarnya, walaupun kepimpinan baru masih bertatih memegang jawatan.
PAS di kampus berusaha kemudiannya menaikkan darjat mereka yang dipariahkan oleh Ramadhan Fitri. Jika dahulu, kekalahan PAS kampus disalahkan atas tindakan memboikot pilihanraya kampus oleh mantan Presiden PMI tersebut. Hanif cuba "mencerahkan" sinar yang kelam dengan alasan demokrasi sudah mati. Tetapi, hakikatnya, demokrasi tidak pernah mati di kampus. PMI telah memenangi kerusi di Akademi pengajian Islam. Ini merupakan bukti bahawa tiada benarnya tohmahan PAS kampus di Universiti Malaya.
Ini bermakna, kekalahan PAS kampus adalah atas dasar dosa dan salah mereka sendiri. Tiada kaitan dengan HEP dan mana-mana pihak yang lain. Golongan PAS kampus tidak berpuas hati, siri demonstrasi yang meniru pakatan ahzab yakni dengan menyatukan DEMA dan pelbagai unsur yang membenci pihak kerajaan diadakan. Universiti dimalukan bukan sekadar setakat flyers-flyers tradisional tetapi melalui media TV. Inilah kempen terburuk PAS kampus yang pernah diadakan di dalam sejarah kampus.
Namun, PAS kampus tidak boleh berpuas hati setakat itu. Matlamat terbesar untuk menjadi ahli PAS kampus adalah untuk menjadi barua PAS. Tidak guna memakai baju dan ketayap laksana seorang tuan guru kalau tidak boleh membantu jemaah.Biar berbogel dan bertelanjang bulat, asalkan itu dapat melenyapkan kuasa UMNO dan Barisan Nasional.
Bukti yang menjolok mata apabila Rifauddin Wahab telah bertindak turun ke padang. Tidak sebab yang paling munasabah untuk melihat kehadiran beliau di Pengkalan Pasir melainkan untuk membantu PAS Kelantan. Adakah Rifauddin tengah bercuti-cuti Malaysia? Tidak mungkin. Kerana Kelantan pun sedang berpesta banjir di saat dan ketika pengerusi SMM itu galak berada di pengkalan Pasir.
Akhirnya, PAS tewas di Pengkalan Pasir. Laman-laman pembangkang dan mahasiswa pembangkang terus tidak dapat menerima hakikat kekalahan tersebut. Teori-teori seperti pengundi pos, pengundi hantu dan pontianak terus dijadikan alasan penyedap hati mereka. Tetapi, mereka lupa bahawa pengundi telah bosan dengan stail kepimpinan mereka, tidak kira samada di dunia realiti mahupun di kampus. Mereka hanya mampu menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan sendiri.
Begitulah telahan penulis. Sial PAS kampus memang telah membawa ke Pengkalan Pasir. Amaran penulis nampaknya tidak diendahkan oleh pengikut-pengikut Hanif Baderun. PAS terpaksa menerima bala ini, akibat terus memperalatkan mahasiswa untuk kepentingan politik sempit mereka.
Pengundi di Pengkalan Pasir telah bijak menunaikan tanggungjawab mereka dengan menolak PAS dan juga Ibrahim Ali. Mereka telah berfikir dengan waras seperti juga mahasiswa di kampus yang telah menolak golongan ini awal-awal lagi. Trend ini akan berterusan dan bukan bersifat fana tetapi untuk satu jangka masa yang panjang. Saat untuk berdusta sudah tamat. Namun, jutaan ucapan syabas kepada penduduk Pengkalan Pasir atas pilihan anda yang tepat!!!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |