VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Sebab PM dan Noh tidak dedahkan identiti wanita yang dibogel


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:58:29 12/20/05 Tue

Dewan Muslimat PAS mendapat maklumat bahawa sememangnya pihak polis telah mengetahui identiti wanita tersebut, tetapi tidak dihebahkan berikutan ketika itu Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir sedang berjalan.

Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Noh Omar berhubung isu wanita bogel dalam tahanan sekali lagi mendapat perhatian banyak pertubuhan wanita yang menyifatkan sebagai satu kenyataan tidak bertanggungjawab.

Abdullah dalam kenyataannya hari ini mengakui pihak polis telah mengetahui identiti wanita tersebut tetapi bertindak tidak mendedahkannya kerana bimbang tidak akan dipercayai, katanya dalam satu laporan akhbar hari ini.

Meskipun pada asalnya, wakil DAP Teresa Kok mendakwa wanita dalam video klip MMS itu ialah warga China, sebaliknya selepas inkuiri awam dibuat mendapati wanita Melayu adalah mangsa kepada perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Mengulas kenyataan itu Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Siti Mariah Mahmood berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari pemimpin tertinggi negara.

Malah katanya DMPP mendapat maklumat bahawa sememangnya pihak polis telah mengetahui identiti wanita tersebut, tetapi tidak dihebahkan berikutan ketika itu Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir sedang berjalan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan wartawan dalam sidang media bersama pemimpin wanita pelbagai pertubuhan mengenai isu wanita bogel itu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua DMPP, Ustazah Azizah Khatib Mat; Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia (Jim), Dr Harlina Harlizah Siraj; wakil wanita DAP, Teresa Kok Suih Sim; Pengerusi Dewan Perhimpunan Wanita Cina Selangor, Cheng Su Chean dan Ketua Wanita KeADILan, Zuraidah Kamaruddin.

"Macam mana dia boleh panggil wanita itu (siasatan) jika dia tidak tahu siapa.Siapa yang panggil wanita itu untuk hadir dalam siasatan inkuiri awam kalau bukan polis," katanya.

Tindakan itu sebenarnya hanya untuk menyelamatkan keadaan, malah usaha menghantar Menteri Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid ke China bagi memohon maaf dilihat sebagai satu pembaziran, kata Siti Mariah.

Sementara itu wakil PKR, Zuraidah pula turut menyatakan rasa kesalnya terhadap kenyataan Noh dan Abdullah itu.

Malah beliau mengutuk kenyataan itu dan menyifatkan sebagai satu penganiayaan kepada rakyat Malaysia sendiri yang terlibat dalam isu itu.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.