VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Pilihan raya satu medan perjuangan PAS


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 13:00:46 12/20/05 Tue

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya adalah satu medan perjuangan yang memerlukan pengorbanan dan kegigihan semua pejuang parti.

Katanya, apabila disebut perjuangan, ia merupakan satu perkara yang tidak mudah.

Begitupun, beliau menegaskan bahawa tidak mustahil PAS boleh mencapai kemenangan melalui pilihan raya.

“Dan kita boleh mempertahankan kemenangan melalui pilihan raya, dan rekod ini perlu diulangi oleh PAS dalam perjalanan perjuangan,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengapa PAS masih bertanding dalam pilihan raya walaupun sukar untuk mencapai kejayaan yang besar memandangkan proses pilihan raya di negara ini sering dikaitkan dengan penipuan.

Jelasnya, PAS memilih muwajahah silmiyyah iaitu berhadapan secara damai melalui pilihan raya.

Katanya, cara sedemikian merupakan pendekatan awal di dalam perjuangan Islam yang diajar oleh Allah kepada para nabi dan rasul.

“Pilihan raya adalah pendekatan secara damai dan penipuan adalah merupakan perkara biasa dalam perjuangan,” ujarnya.

Menurutnya, penipuan merupakan perkara yang dilakukan oleh musuh di sepanjang perjuangan Islam sama ada dalam pertempuran bersenjata ataupun tidak.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli-ahli supaya bersedia menghadapi penipuan dalam semua keadaan.

“Dan kita memilih damai merupakan langkah yang pertama dan penipuan adalah perkara biasa dalam menghadapi perjuangan yang seperti ini,” katanya lagi.

Mengenai pilihan raya kecil Dun Pengkalan Psir pada 6 Disember lalu, beliau berkata, ia adalah kesinambungan daripada penipuan pilihan raya yang akan berlarutan, selagi tidak dibetulkan.

“Dan dia menjadi petanda pencabulan terhadap demokrasi dan usaha untuk menghakiskan kewibawaan demokrasi yang sebenar,” ujarnya.

Perkara lain yang ditanya ialah adakah keputusan pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir memberikan satu petanda baru dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan, langkah yang sewajarnya diambil oleh PAS untuk terus mempertahankan kerajaan negeri dengan kelebihan satu kerusi dan Kelantan sebagai pangkalan terakhir PAS.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.