| Subject: Tak perlu Merayu!!! |
Author:
Kak sampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 16:26:31 10/27/05 Thu
Pembangunan yang diimpikan... biarkan, biarkan janganlah mengeluh ikut ajela!!!
MEMORANDUM
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JELUTONG
KEPADA Y.A.B DATO SERI HAJI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI
, PERDANA MENTERI MALAYSIA
Sesungguhnya kami Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Jelutong amat sedih dan bimbang dengan pembangunan
yang begitu pesat dan cepat keatas tanah milik
persendirian ataupun milik syarikat yang melibatkan
orang orang Melayu khususnya di persikataran Jelutong.
Mengintai kembali sejarah yang membabitkan lot 326
hingga 332 Sek 1 dan lot 581,586 & 589 Sek 14 Bandar
Jelutong ini adalah dari tahun 1997 lagi . Pihak
Qaryah Masjid Jamek Jelutong telah menghantar sepucuk
surat kepada YB Dato Mohd Shariff Bin Haji Omar yang
ketika itu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
serta Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang
(MAIPP) untuk mengambil tindakan selanjutnya
.Malangnya surat itu tidak mendapat sebarang jawapan
serta reaksi daripada pihak YB Dato Timbalan Ketua
Menteri . Tidak dengan itu sahaja , malah pada tahun
2000 pula , sepucuk surat telah dihantar kepada YAB
Dato Seri yang pada masa itu sebagai Timbalan Perdana
Menteri . Alhamdullilah , salinan sepucuk surat kepada
YB Dato Dr Helmi Haji Yahaya selaku Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang merangkap Yang DiPertua Majlis
Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) telah diterima
daripada pihak YAB Dato Seri agar permohonan
Jawatankuasa Qaryah Masjid Jamek Jelutong ini diteliti
dan diambil tindakan segera .Walaupun pahit juga
hendak ditelan , namun semangat untuk tidak mengaku
kalah daripada melihat nasib nasib bangsa Melayu terus
dihalau dan merempat , sekali lagi pihak Jawatankuasa
Qaryah Masjid Jamek Jelutong telah menghantar sekali
lagi sepucuk surat kepada YAB Dato Seri pada 10hb
April 2004 . Walaupun sehingga sekarang tiada tindakan
serta reaksi daripada pihak YAB Dato Seri , tetapi
kami percaya bahawa YAB Dato Seri akan terus membela
nasib orang orang Islam serta Melayu Bandar dengan
ikhlas dan bijaksana .
Untuk pengetahuan YAB Dato Seri juga , diantara projek
projek pembangunan yang akan dibangunkan disekitar
kawasan setempat adalah seperti berikut :
1. Projek Pembangunan oleh Concorde Land Sdn Bhd
diatas Lot 326 hingga 332 Sek 1 Bandar Jelutong & Lot
581,586,588 dan 589 Sek 4 Bandar Jelutong , terletak
bersebelahan dengan Masjid Jamek Jelutong.
2. Projek Pembangunan Syarikat Lim Kheng Kim (yang
melibatkan lebih kurang 70 hingga 80 buah rumah
terletak di Jalan Mohd Taib dan Jalan Tengku yang mana
tanah pemilik asalnya ialah Allahyarhamah Shariffah
Aloyah.
3. Projek Pembangunan Syarikat Kobay Properties Sdn
Bhd yang melibatkan pembangunan di Jalan Kota Giam .
4. Projek Pembangunan Bendwind Sdn Bhd yang melibatkan
pembangunan di Jalan Kota Giam.
5. Projek Pembangunan Kampung Tengah , Jelutong oleh
Syarikat Udabina Sdn Bhd bersama JKP yang
terbelangkalai melebihi 3 tahun . JKP hendaklah
memastikan serta menumpu pembangunan di kawasan
tersebut dengan segera dan perlu bertegas dan
meletakkan noktah dalam menyelesaikan masalahnya
Menyedari tentang keupayaan dan kemampuan yang ada,
maka seharusnya golongan warga Melayu bandar tidak
sepatutnya dipinggirkan malah perlu dibela dan diberi
perhatian khusus dalam pelbagai aspek kerana warga
Melayu bandar adalah golongan yang bakal melahirkan
serta membentuk remaja yang akan mengambil alih tampuk
pemerintahan negara suatu hari nanti.
Justeru, kami mewakili seluruh warga Melayu Bandar
Jelutong mengharapkan agar YAB Dato Seri dapat memberi
perhatian dan akan terus membela nasib warga Melayu
Bandar di Jelutong. Menerusi memorandum ini juga ,
kami ingin merayu dan memohon simpati daripada YAB
Dato Seri supaya masalah pembangunan di kawasan
Jelutong diberikan perhatian yang sewajarnya dan
serius agar orang orang Melayu Bandar tidak lari
meninggalkan kawasan Jelutong dalam arus pembangunan
.Kami juga sedar bahawa pembangunan yang akan datang
dikawasan ini tidak dapat dielakkan , tetapi ianya
akan tetap berlaku . Tetapi biarlah pembangunan ini
terus dan memberi manfaat kepada semua penduduk asal
Jelutong.
Maka dengan ini kami :
1. Ingin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)
mengambil alih tanah diatas lot 326 hingga 332 Sek 1
Bandar Jelutong & Lot 581,586,588 dan 589 Sek 4 ,
Bandar Jelutong – terletak bersebelahan dengan Masjid
Jamek Jelutong dari dijadikan kawasan komersial oleh
Concord Land Sdn Bhd.Dengan pengambilan tanah itu ,
pembangunan yang dirancangkan terdahulu dapat
dihentikan dan mengelak masalah masalah social
bersebelahan masjid . Pengambilan tanah ini oleh
Majlis Agama Islam Pulau Pinang ini akan mengelak
kejadian kejadian serta suasana yang tidak diingini
sepertimana berlakunya keatas Masjid Bayan Baru baru
baru ini . Laungan azan masjid telah menyebabkan
penghuni penghuni bersebelahan Masjid kurang selesa
dan membuat aduan masalah laungan azan tadi . Ini
secara tidak langsung boleh mengakibatkan perasaan
marah oleh orang orang Islam yang mana isu ini amat
sensitive dan tidak perlu ada pertikaian. Bersempena
dengan kempen ISLAM HADHARI yang diperkenalkan oleh
YAB Dato Seri sendiri . Tanah tanah lapang
bersebelahan Masjid Jamek Jelutong ini perlu diambil
alih oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)
untuk pembesaran masjid yang sudah tidak dapat
menampung jemaah di persekitaran Jelutong.
2. Oleh yang demikian, kami memohon keprihatinan,
kesunguhan dan kebijaksanaan Majlis Agama Islam Pulau
Pinang agar dapat bertindak dan menjadi sebuah badan
yang membela bangsa Melayu dari faktor pembanguan
khususnya di Pulau Pinang. Adalah menjadi harapan
Pemuda UMNO dan seluruh warga Melayu Bandar agar
Majlis Agama Islam Pulau Pinang dapat melaksanakan
segala amanah yang dipertanggungjawabkan dalam membela
Agama, Bangsa dan Negara.
Akhirnya , Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong
menaruh setinggi tinggi harapan kepada pucuk pimpinan
UMNO dan kerajaan pimpinan UMNO untuk terus peka dalam
menangani isu serta masalah pembangunan di Jelutong
yang menghimpit serta mengeksploitasi orang orang
Melayu akan dapat diatasi dengan kadar segera .
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong amat
mengharapkan campur tangan YAB Dato Seri dengan segera
untuk menimbangkan agar tanah disebelah Masjid Jamek
Jelutong diatas Lot 326 hingga 332 Sek 1 Bandar
Jelutong dan Lot 581,586,588 & 589 Sek 4 Bandar
Jelutong dihentikan sebarang pembangunan sehingga
semua perundingan bersama Qaryah Masjid Jamek Jelutong
dipersetujui .Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong
juga memohon simpati YAB Dato Seri supaya masalah
pembangunan di Jelutong diberikan perhatian yang
serius agar orang orang Melayu tidak lari meninggalkan
kawasan asalnya Sekiranya tiada tindakan segera
diambil atau ditangani , maka Melayu hanya akan
menjadi tinggalan sejarah dikawasan Jelutong.
HIDUP ISLAM - HIDUP MELAYU - HIDUP MALAYSIA
Yang benar,
(ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN)
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Jelutong
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |