| Subject: Kita Tengok kes Saman yg ini |
Author:
Kak sampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 16:39:13 10/27/05 Thu
Kalau betul nak saman menyaman kena buat macam ni.
Setiausaha PAS Kawasan Kemaman, Haji Hanafiah Ramli, hari ini mengemukakan saman terhadap Ketua Polis Daerah Kemaman untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM1.5 juta.
Writ saman difailkan melalui firma guaman yang mewakili Hanafiah, Tetuan Wan Abd Muttalib & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Hanafiah turut menamakan Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu.
Dalam saman itu, beliau mendakwa penahanannya oleh pihak polis Kemaman pada 19 Julai lalu sehingga dibebaskan pada jam 4 petang 22 Julai adalah suatu perbuatan salah iaitu penahanan tidak sah, bertentangan dengan undang-undang dan prosedur undang-undang semasa dan Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, penahanan itu telah menyebabkan beliau mengalami penderitaan jiwa, tekanan perasaan, kehilangan maruah, kehilangan kebebasan dan hak-hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya mengalami kerugian dan kehilangan khas dan am.
Sehubungan itu, beliau menuntut defendan-defendan membayar ganti rugi tauladan tidak kurang daripada RM1 juta, ganti rugi am tidak kurang daripada RM500,000 dan ganti rugi khas yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.
Beliau juga memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah satu deklarasi bahawa tangkapan pada 19 Julai dan tahanan seterusnya ke atasnya sehingga 22 Julai adalah tidak sah, salah, tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang dan undang-undang prosedur.
Di samping itu, satu deklarasi bahawa beliau sebagai Setiausaha PAS Kawasan Kemaman sebuah parti politik yang berdaftar dan sah adalah berhak untuk mengadakan majlis dan program kepartian di tempat persendirian selain deklarasi bahawa beliau sebagai setiausaha parti politik yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, tidak terikat dan tidak boleh dikawal oleh Seksyen 27 Akta Polis 1967 dalam mengadakan majlis dan program kepartian di tempat persendirian.
Di mahkamah sama, seramai 45 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pengkalan Merbau, Setiu turut mengemukakan saman terhadap Pentadbir Tanah Daerah Setiu, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu dan kerajaan negeri.
Mereka menuntut satu pengisytiharan bahawa mereka adalah pemilik yang sah ke atas lot masing-masing mengikut Jadual A dan seterusnya diberi pemilikan semula tanpa apa-apa gangguan.
Mereka juga menuntut defendan-defendan membayar ganti rugi khas, ganti rugi am dan ganti rugi tauladan.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |