| Subject: Menjawap Kak Sampah: PKMM Sudah Membaiah UMNO |
Author:
Muhazam Mustapha
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 01:18:00 09/10/05 Sat
PKMM Sudah Membaiah UMNO
Di sini kita ingin menjawap persoalan yang sudahpun kita jawap sejak sekian lama. Persoalan tersebut adalah: Adakah dengan wujudnya PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) sebelum kewujudan UMNO, menyebabkan proses penubuhan UMNO itu sendiri telah menjadi satu gerakan bughah ?
Persoalan ini telah ditimbulkan di dalam forum ini oleh Prihatin dengan postingnya yang bertajuk "u.m.n.o. itulah yang Sebenarnya Bughah !!!" yang dihantar pada 2 Mac 2005. Posting itu pun telah kita jawap tetapi telah dihantar semula oleh Kak Sampah seolah-olah kita tidak pernah menjawap. Untuk makluman Kak Sampah dan seluruh kaum bughah yang menatap forum ini, persoalan atau hujah ini sudahpun ditimbulkan sejak awal-awal debat hukum bughah dimulakan di sini. Dan ianya sudah dijawap sejak ketika ia mula-mula ditimbulkan di zaman Muhazam (saya) dan JIN berdebat dengan seorang pendebat kaum bughah yang memanggil dirinya Alrijal. Kita tidak pasti sama ada persoalan ini ditimbulkan sendiri oleh Alrijal atau ditimbulkan oleh pendebat lain yang sezaman dengannya.
Sebelum kita menjawap, sekali lagi kita ingin peringatkan kepada ahli-ahli bughah yang teramat BONGOK yang mencuba-cuba nasib untuk berdebat di sini bahawa, kami para pejuang Al-Qur'an dan Hadis sudah mengkaji semua aspek dalam hal hukum bughah ini - dari aspek-aspek dalil naqli, Perlembagaan (isu YDPA vs PM), dan lain-lain, termasuklah isu sejarah penubuhan UMNO. Saya sendiri secara peribadi sudah memulakan kajian tentang hukum bughah ini sejak 1998. Dari kajian ini saya memperolehi keyakinan bahawa: PAS HARAM SEBAGAIMANA HARAMNYA ZINA. Apabila saya dijemput untuk berdebat di forum IM sekitar pertengahan 2001, maka slogan inilah yang saya bawa, dan saya serta beberapa pendebat yang sealiran dengan saya telah menguji kefahaman kami dengan debat-debat yang hangat, dan kita telahpun buktikan bahawa PAS telah gagal untuk diperhalalkan dengan apa cara sekalipun yang dilakukan oleh penganut-penganutnya.
Jadi saya peringatkan kepada puak-puak bughah BAGHAL ini supaya jangan memperbodohkan diri mereka di sini kerana sekiranya hujah anda dijawap dengan mantap oleh pihak kami, maka yang akan semakin goyah pegangannya adalah puak-puak anda sendiri.
Posting ini akan saya hantar juga kepada IM untuk dijadikan artikel tamu dan ini adalah sebahagian daripada usaha saya untuk membukukan tulisan-tulisan debat hukum bughah di sini. Terima kasih kepada para pendebat bughah jahiliyyah di sini kerana posting-posting anda ini telah memberikan saya motivasi untuk menulis. Kalau tidak, mungkin kita tidak tahu bila buku ini akan siap.
Berikut adalah jawapan kita dalam isu PKMM vs UMNO ini.
Wahai Kak Sampah dan puak-puak bughah sekalian,
Anda nampaknya suka membaca dan mengaji sejarah. Tapi kenapa baca sekerat-sekerat ? Kenapa fakta yang amat jelas dari sejarah anda sembunyikan ? Kedajalan jenis apa yang anda sedang laungkan ?
Wahai penyokong-penyokong PAS yang TONGONG sekalian,
Kau tahu atau tidak bahawa UMNO itu sendiri telah ditubuhkan oleh sekumpulan 41 pertubuhan Melayu yang bermesyuarat pada 1, 2, 3, dan 4 Mac 1946 dalam Kongres Melayu Se-Malaya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur, dan PKMM adalah salah satu daripada pertubuhan yang menubuhkan (baca: membaiah) UMNO tersebut.
Kau puak-puak bughah ni gheti sejarah ke ? Atau kau memang dajal-dajal yang berbohong secara terang-terangan ? Kau hanya tahu PKMM itu wujud sebelum UMNO, tapi kau tak tahu bahawa PKMM adalah sebahagian daripada pertubuhan penaja UMNO ?
Wahai puak-puak bughah BENGONG !
Kalau dah PKMM itu sendiri yang menubuhkan UMNO dan meleburkan diri ke dalamnya bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuhan lain, maka ini bermakna UMNO adalah gabungan besar yang merangkumi PKMM itu sendiri, dan tidak timbul persoalan bughah kerana UMNO itu sendiri ditubuhkan oleh PKMM. Faham ?
Ini samalah, sebagai analoginya, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (dan juga Malaysia) adalah tidak bughah walaupun sebelum itu sudah wujud negeri-negeri Melayu. Yang bughah adalah mana-mana negeri Melayu yang cuba untuk berpisah dari Persekutuan tersebut. Ini telah berlaku kepada PKMM di mana mereka telah leburkan diri ke dalam UMNO dan kemudiannya mufarraqah (berpisah dari jemaah @ bughah).
Jadi yang mana bughah, UMNO atau PKMM ?
Macam mana ? Masih adalah lagi yang rasa-rasa nak berdebat pasal hukum bughah ni ? Masih ada yang ragu-ragu dengan ilmu dan kajian kami ?
Kalau tak percaya, silalah cari mana-mana buku sejarah. Di sini saya scan 7 muka surat "Surat Tauliah Penubuhan UMNO" dari sebuah buku yang saya beli dalam jualan buku semasa Karnival Sure Heboh tahun lepas.
Tajuk buku: Daulat UMNO
Penulis: Dahalan bin Man
Penerbit: Kip Tech Sdn Bhd
Alamat Penerbit:
Kip Tech Sdn. Bhd. (456913K),
2784 Jalan Changkat Permata,
53000 Kuala Lumpur,
Tel: 03-41062015 Fax:03-41062013
Buku ini adalah kompilasi fakta-fakta sejarah UMNO dari penubuhannya, perhimpunan-perhimpunannya, senarai pemimpin-pemimpinya dan lain-lain. Sila baca 7 muka surat yang saya scan ini dan sila nilaikan sehebat manakah pembohongan anda tentang PKMM ini - kalau nak berbohong, biarlah pandai, jangan sampai bohong ala-ala Ayah Pin.
Saya tidak mahu pastekan seluruh scan tersebut di dalam posting ini kerana banyak sangat. Jadi sila klik pada link-link berikut yang saya bina di www.1jemaah.org:
1 - Daulat UMNO ms 158
2 - Daulat UMNO ms 159
3 - Daulat UMNO ms 160
4 - Daulat UMNO ms 161 - pada muka surat ini jelas ditulis bahawa Dr Burhanuddin yang mewakili PKMM adalah pihak ke-28 yang menandatangani surat tauliah penubuhan UMNO
5 - Daulat UMNO ms 162
6 - Daulat UMNO ms 163
7 - Daulat UMNO ms 164
Kalau boleh saya ingin mencari dokumen asal yang mengandungi tandatangan sebenar. Tengoklah kalau ada kesempatan untuk ke Arkib Negara.
Saya tidak tahu dengan kata-kata apa lagi nak kita perjelaskan kepada kaum yang enggan menerima cahaya hidayah ini bahawa:
PAS HARAM SEBAGAIMANA HARAMNYA ZINA
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |