| Subject: Belum lagi Muhazam... |
Author:
Rusnizam Mahat
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 22:42:20 09/18/05 Sun
In reply to:
Muhazam Mustapha
's message, "Menjawap Kak Sampah: PKMM Sudah Membaiah UMNO" on 01:18:00 09/10/05 Sat
Pemimpin-pemimpin yang dinyatakan sebagai ‘hero’ kemerdekaan pernah memberikan khidmat (makan gaji) dengan kerajaan penjajah
Anak Muda di Malaysia seharusnya tahu bahawa pemimpian PKMM (Partai Kebangsaan Melayu Malaya) seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), Arshad Ashaari, Dahari Ali , Baharuddin Tahir,Khadijah Ali, Ibrahim Karim, Kamarulzaman Teh( Pak Zaman),Abdul Rahman Rahim dan ramai lagi telah memainkan peranan yang penting dalam perjuangan menuntu kemerdekaan.
Partai Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh , Perak , setahun sebelum UMNO ditubuhkan. Pemimpin pengasas terdiri dari Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman and Dr. Burhanuddin al-Helmi(kemudiannya menjadi Presiden PAS). Objektif
PKMM adalah untuk memperjuangkan Negara yang merdeka, bebas dari pengaruh kuasa Koloni British. Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA)adalah merupakan sayap dibawah PKMM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan PKMM menghantar perwakilan antara terbesar dalam Kongres UMNO 1- 4 Mac 1946 di Kuala Lumpur dan telah membawa usul untuk ‘ menolak Malayan Union dan mendesak agar Malaya dimerdekakan sepenuhnya”.Malangnya, usul tersebut telah ditolak oleh kongres yang meyebabkan kesemua delegasi PKMM keluar dari kongres pada hari ketiga sebagai tanda protes. Pemimpinnya telah terus berusaha dalam perjuangan memerdekakan Malaya sepenuhnya, berbeza dengan pemimpin konservatif UMNO yang hanya mahu mempertahankan status mereka.
British pada ketika itu memulakan gerakan untuk menghentikan kemaraan PKMM dan ahli API pada 1948.Ramai diantara pemimpin dah ahli berhaluan kiri ditahan dan ada diantara mereka berjaya melarikan diri dari polis dan masuk kehutan dan menyertai kumpulan pemberontak diketuai oleh MCP.Ini telah menyebabkan berlakunya pembersiahn politik yang segera dipenuhkan oleh UMNO dengan restu pihak British.MCA dan MIC kemudiannya telah ditubuhkan selepas kewujudan UMNO dengan galakkan dari pihak British.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |