Subject: Penubuhan dan Pendaftaran PAS |
Author:
siswasiswi
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 15:09:41 09/12/05 Mon
Sebelum dimulakan cerita pendaftaran PAS elok kita lalui dahulu susur galur peristiwa penting politik orang-orang Melayu beserta Tarikh dan Faktanya sekali ketika peralihan kuasa dari:
british - jepun - kosong/peralihan - british - darurat - pru 1 :
-------------------------------------------------------------------
1. Tahun 1938 - Parti Kesatuan Melayu Muda, KMM.
--------------------------------------------------
Parti KMM diasaskan di Kuala Lumpur oleh Ibrahim Hj Yaacob (lahir di Temerloh, 1911 ), sebagai Parti politik PERTAMA orang Melayu di Tanah Melayu. Para pemimpinnya terdiri dari Guru-guru sekolah lepasan MPSI.
Tujuan utama KMM adalah memperjuangkan kepentingan Bangsa Melayu, menanam semangat kebangsaan orang Melayu, melindungi hak orang-orang Melayu dan menuntut kemerdekaan dari penjajah british kerana ketika itu dunia diambang peperangan besar dan jepun telah menawan manchuria dan menyerang china tahun 1937. Penjajah british amat gelisah dengan parti KMM dan dengan asakan kuasa jepun di asia ketika itu, british sasau dan telah menuduh KMM radikal dan menahan para pemimpin KMM pada bulan oktober 1941. (Perlu diingat, raja-raja Melayu ketika itu masih dinasihati british lagi.)
2. Tahun 1942 - jepun di Tanah Melayu.
-----------------------------------------
Bulan disember 1941 - jepun mendarat di Kota Bharu, dan bulan februari 1942 - seluruh tanah Melayu jatuh ke tangan jepun. Semasa pemerintahan jepun para pemimpin KMM yang ditahan british telah dibebaskan. Faktor kemenangan jepun di Tanah Melayu adalah kerana pertahanan british lemah, pemerintahan british ada unsur penipuan dan ada agenda tersembunyi kuasa nasara itu di rantau ini. Ketika jepun datang, tentera british tak nampak muka pun, perang dalam hutan tak tahu dan semua penakut, (mungkin harapkan sarjan Hassan saja untuk lawan jepun dlm hutan). Penjajah british cabut lari, "lesap siiuup macam jbond", bukan nak bela orang Melayu dan Tanah Melayu tetapi nak menyamun aja macam amerika di Iraq.
Penjajah jepun pula perlu mentadbir urusan orang-orang Melayu yg terkontang-kanting ditinggalkan british, maklumlah terlalu lama percaye pd penjajah british, minta dinasihati oleh kuffar british, dan tidak percaya pada kekuatan sendiri. Sultan telah disorokkan dan dengan itu, jepun terpaksa mengharapkan tokoh-tokoh orang Melayu yg ada ketika itu seperti Ibrahim Yaacob, Onn Jaafar dan Dr Burhanuddin Helmy. Pada lahirnya KMM dan tokoh-tokoh itu kerjasama dengan jepun, tetapi sebenarnya KMM dan tokoh-tokoh itu berhubung dengan gerakan Melayu anti jepun untuk memerdekakan Tanah Melayu. Ekonomi dunia pula tidak menentu ketika itu dan harga barang mahal, duit jepun tak laku dan rakyat gelisah. Pada bulan Jun 1942 jepun mula berkeras dan menyalahguna kuasa dengan mengawal suasana dan pergerakan rakyat secara kasar, manakala parti KMM pula dibubarkan.
3. 6 ogos 1945 - bom atom menghancurkan hiroshima dan nagasaki.
-----------------------------------------------------------------
Setelah jatuhnya bom atom yg menghancurkan hiroshima dan nagasaki pada 6 ogos 1945, maka bermulalah perlumbaan kuasa nuklear oleh negara-negara yang kemarok kekejaman, yg tiada etika perang dan yg lapar untuk membunuh ramai manusia tidak kira wanita, orang tua atau kanak-kanak. Maka tersohorlah formula kuasa atom e = mc2. Sangat jelas kekejaman pengeboman tentera amerika sama aje macam jepun dari dulu hingga kini, dan amerika saja yg boleh simpan bom nuklear, negara lain tak boleh, kan jelas niat jahat amerika itu. tetapi media barat menutupnya.
4. 15 ogos 1945 - jepun menyerah kalah.
----------------------------------------
Ada kekosongan kuasa di Tanah Melayu ketika itu. Orang Melayu terlepas peluang keemasan untuk betul-betul merdeka dari sebarang penjajah. british telah berhati-hati dan mereka datang sedikit dan berperingkat mulai penghujung september 1945. Sangat Aneh pejuang dan askar Melayu (yang dibawah perintah raja-raja) yang bersabung nyawa menghalau jepun boleh menerima dengan tersangat Mudah, penjajah british sebagai "Tuan" Semula ?? Kena pukau ke apa? Mengapa pejuang dan askar Melayu tak teruskan segera menghalau inggeris dan british?? Malah dijemput Semula kuffar british untuk menasihati ??
maka "naiklah tocang" british untuk meneruskan semula kepura-puraannya, untuk mengawal suasana di Tanah Melayu dan mengawal raja-raja Melayu agar menuruti lagi nasihat mereka. british sebenarnya lemah dan tiada kekuatan selain tipu helah dlm menasihati pembesar Melayu. Ketika jepun serang singapura pun, cuma satu meriam saja dilepaskan jepun dari johor bahru, british dah cabut lari naik kapal ke australia.
Malah british tak nampak muka pun menentang jepun dan membela orang Melayu - semua penakut, cabut lari, tinggal leftenan Adnan saja bela singapura, hingga dicincang jepun. mana british ?? mana bangsa lain ?? Mereka nak menguasai kekayaan negara aja dan mengangkutnya keluar. Sebenarnya penjajah british itu, mahu meneruskan agenda perampokan hasil bumi Tanah Melayu dan meneruskan penguasaan kuasa nasara itu ke atas umat Islam rantau ini. Adakah orang Melayu sedar ?? atau masih tidur ?
"Jangan tidur selamanya, sebab mati nanti baru celik... Semoga ALLAH hidupkan hati kamu dan kami dan dicelekkan minda, Amiin."
5. Bulan Oktober 1945 - Parti politik KEDUA orang Melayu ditubuhkan.
----------------------------------------------------------------------
Oktober 1945 - Parti politik KEDUA orang Melayu ditubuhkan bernama Parti Kebangsaan Melayu Malaya,PKMM, dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al Helmy, Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) dan Mokhtaruddin. Matlamatnya adalah memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan agama Islamnya, menyingkirkan pemerintah british dan mendirikan sebuah negara yang merdeka. Ini adalah kelompok pertama pemimpin dan Pemikir Melayu setelah tamat perang, yang cepat bangkit berdiri untuk menyelamatkan Tanah Melayu, bangsanya, Agamanya dan hasil buminya. Cuma sebulan saja setelah jepun 'surrender' mereka
telah Bangun Memperjuangkan Agama, Tanahair dan Bangsanya. Merekalah pejuang sejati.
Sekali lagi orang Melayu hilang punca, lambat bertindak dan "indecisive". Nak ikut raja atau pemimpin politik? Sungguh lemah minda rakyat ketika itu, dan tidak perkasa segala tindakan rakyat untuk menangani kebebasan diri dan negara. Maka british pun segera ambil kesempatan, mereka cepat
bertindak dan tidak termeleh.
Adakah orang Melayu memang suka perhambakan diri?? Jika betul menurut ajaran Islam ini tak seharusnya berlaku, dan Adakah sudah berubah sikap Melayu hingga kini?? Sudah Perkasakah jiwa, minda dan semangat Melayu? "Bersedialah Bangsaku, kerana ketikanya akan tiba dalam sekelip mata untuk meraih kemenangan", umpama surrendernya jepun dan terlepasnya peluang keemasan ketika itu untuk bebas merdeka.
6. Penghujung 1945 dan sepanjang 1946 adalah Sangat kritikal.
---------------------------------------------------------------
Orang Melayu semakin bangkit dan bersedia untuk merdeka dan menyahkan british. Pada bulan Februari 1946 - 2 lagi Parti politik orang Melayu (kumpulan KETIGA) ditubuhkan bernama Angkatan Pemuda Insaf, API, dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Dan Angkatan Wanita Sedar, AWAS, dipimpin oleh
Shamsiah Sutan Fakeh.
Untuk meredakan keresahan orang Melayu terhadap pentadbiran semula british di Tanah Melayu melalui tenteranya, maka british telah bertindak mengalihkan pentadbiran tentera kepada pentadbiran baru (ala penipuan) melalui malayan union pada 1 april 1946. Itulah "april fool" british terhadap umat Islam dan orang Melayu ketika itu. Dan itu disebabkan orang melayu masih tidak mempercayai Pentadbiran Islam, sampailah kini.
Parti PKMM, API dan AWAS telah lebih dahulu dari parti lain maju ke hadapan membela orang Melayu. Malah parti-parti itu telah bergabung menubuhkan
PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) untuk menolak perlembagaan baru british melalui malayan union. Hasilnya PUTERA telah mengemukakan "Perlembagaan
Rakyat" yg diterima sultan dengan menetapkan kuasa dan memelihara kedaulatan raja-raja Melayu, hak orang-orang Melayu dan mengetatkan syarat
kewarganegaraan.
Tetapi "Perlembagaan Rakyat" terus ditolak oleh british mentah-mentah. Dan british sengaja melengah-lengahkan usaha ke arah kepimpinan orang Melayu, dengan pelbagai helah untuk melambatkan usaha orang Melayu (seperti berlengahnya amerika keluar dari Iraq masa sekarang), disamping
british terus mencari formula baru untuk mengukuhkan kedudukannya disebalik tabir.
7. 1946, ditubuhnya u.m.n.o.
------------------------------
Semangat orang Melayu untuk merdeka terus berkobar-kobar dan merebak luas. Dan pada 11 mei 1946 - Parti politik Keempat orang Melayu ditubuhkan bernama United Malay National Organisation,Umno, dipimpin oleh Onn bin Jaafar (district officer pentadbiran british di Batu Pahat, yg berketurunan
turki) yang memperjuangkan nasionalisme Melayu. Umno terus didaftarkan di bawah pentadbiran british pada tahun 1946 itu juga. Nama awal Umno pada kongres bulan mac 1946, adalah pekembar, pkmb atau parti kebangsaan Melayu bersatu. Tup-tup bertukar u.m.n.o. - bahasa inggeris. Apakah psikologinya?? .. sedangkan nama 3 parti orang Melayu terdahulu berbahasa Melayu dan ketuanya berbangsa Melayu sepenuhnya. Adakah u.m.n.o. tajaan british ??
8. 1948, Hizbul Muslimin - Parti orang-orang Islam.
-----------------------------------------------------
Pada bulan Mac, 1948 - Hizbul Muslimin ditubuhkan dan adalah parti Islam Pertama orang Melayu pasca perang dunia ke 2. Ia juga merupakan Parti politik KELIMA orang Melayu, dan dipimpin oleh Guru Agama bernama Hj Abu Bakar Al-Baqir yang ingin menubuhkan Kerajaan Islam di Tanah Melayu ini.
Guru Agama itu tidak terlalu menonjol pendekatan politiknya dan banyak merendah diri, tetapi kuffar british nampak tertekan dengan perkembangan ini, dan telah terbuka tembelang penjajah nasara itu apabila terus mengishtiharkan darurat di Persekutuan Tanah Melayu mulai Jun 1948. Alasannya, 3 orang british yang mempunyai ladang dan estet di sungai siput perak dibunuh komunis.
Perintah darurat adalah helah british untuk mengukuhkan lagi tapak kuasanya di Tanah Melayu dan melengahkan lagi tuntutan merdeka. Parti politik tidak dibenarkan bergerak. Pertama sekali, british terus mengharamkan parti komunis, dan kemudian dilibatkan sekali pengharaman ke atas semua parti politik, kecuali u.m.n.o.
PKMM diharamkan kuffar british tahun 1948,
API diharamkan kuffar british tahun 1948,
AWAS diharamkan kuffar british tahun 1948, dan
HIZBUL MUSLIMIN diharamkan kuffar british bulan ogos, tahun 1948.
TETAPI u.m.n.o. tak diusik pun oleh british - hingga kini.
Adakah u.m.n.o. itu dizahirkan melalui pemikiran penjajah british??
Sedangkan rakyat dan pemimpin Parti Melayu terdahulu seperti Dr Burhanuddin Al Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Pak Sako, Ahmad Boestamam dll yang masih berjuang untuk menghalau penjajah Inggeris dari terus meracuni raja, pemimpin dan orang Melayu, telah dilabel pula oleh british dan u.m.n.o. yang pro kesenangan dan pro penjajah ketika itu sebagai pengganas, "radikal", haluan kiri dan hingga ada yang dilabel komunis.
Bayangkan betapa lamanya british berhelah dan liatnya british, dari 1945 - 1957. jepun cuma memerintah Tanah Melayu selama 3 tahun(1942 - 1945) dan itulah yang sering dipropaganda media pro british sebagai kesengsaraan yang panjang, ubi kayu dsbnya. Sedangkan buruknya penjajah british yang beratus tahun menipu dan diulang kembali menjajah didiamkan saja. Adakah bangsa kita terlalu kagum akan bangsa omputeh, bahasa omputeh dan terlalu malu? 1945 - 1957 adalah lama, 12 tahun orang Melayu kerugian, dan bila merdeka itu pun bersyarat, dan kepada orang2 pilihan british. Orang2 yang sanggup menyambung dasar-dasar british tanpa merugikan ladang-ladang, estet-estet, lombong-lombong, tanah-tanah, budaya, cara hidup dan gaya pemerintahan kuku besi british.
9. 1951 - Penubuhan PAS (Jawinya "pha-alif-siin" atau
PAS)
------------------------------------------------------------
Setelah nampak kemelut dan cabaran masa akan datang untuk umat Islam dan orang Melayu ketika itu, yang mana penjajah kuffar british tidak membenarkan Parti politik tertentu bergerak, maka ahli-ahli dari Hizbul Muslimin, PKMM serta Guru Agama, Ulama dan Pemikir ISLAM di Tanah Melayu dan segelintir ahli agama umno yang insaf, telah bermesyuarat di Gunung Semanggul, Perak pada 23 Ogos, tahun 1951. Mereka membincangkan peri pentingnya mendaulatkan ISLAM di Tanahair Tercinta Orang Melayu ini. Mereka juga telah bersependapat betapa perlunya wujud suatu gerakan Islam, Siasah Islam atau Harakah Islamiyyah apabila tidak ada negara Islam di Tanah Melayu ini.
Ada segelintir "talibarut british" yang mengintai kuasa dan mengambil kesempatan ketika itu, seperti Allawi di Iraq dan Karzai di Afghanistan masa kini, memberi gelaran "Bahaya dari Gunung" terhadap PAS dan "claim" itu parti serpihan umno. Sampai sekarang pun, masih ada yang terus menyambung
lidah talibarut british itu.
Namun begitu, Hasil dari mesyuarat itu telah tertubuhnya Parti Islam SeMalaya, PAS, pada 24 November 1951, yang diketuai oleh seorang Ulama bernama Tuan Hj Ahmad Fuad. PAS merupakan Parti politik KEENAM orang Melayu di Tanah Melayu ini. Walaupun PAS telah ditubuhkan 24 Nov 1951, tetapi
tidak didaftarkan di pejabat pentadbiran british sebagai teladan bahawa persatuan ISLAM itu tidak memerlukan restu british. Itulah Hikmahnya, tambahan pula memang tidak boleh didaftarkan dalam sistem british yg masih "berdarurat", kerana british masih tidak membenarkan parti politik Melayu bergerak kecuali u.m.n.o. ketika itu.
Begitulah kesusahan dan liku-liku yang dilalui PAS. ALLAH saja yang membalas usaha baik mereka yang terdahulu, Amiin.
PAS lahir dari Pemikiran Pelbagai Ahli Agama Islam dan Para Ulama di Tanah Melayu, di Gunung Semanggul, yang telah nampak ketika itu peri pentingnya mendaulatkan ISLAM di Tanahair Tercinta Orang Melayu. Mereka telah nampak kerosakan umat di masa akan datang jika ISLAM itu diperintah menurut acuan british, bukan memerintah. Itulah niat murni mereka terhadap orang Melayu dan tanahairnya, tetapi terus dipinggirkan. Dan kini semuanya jelas bagi kita masalah pentadbiran negara tanpa etika ISLAM yang menjadi telahan mereka(Alim Ulama) satu ketika dahulu.
Telah berterusan penipuan demi penipuan yang dilakukan british terhadap orang Melayu, seperti isu malayan union (akhir 40an),perlembagaan reid (50an), jus soli (50an), memerdekakan singapura (60an), tetapi semua itu ditutup oleh media, ditutup oleh sekatan berpolitik dan sekatan maklumat.
dan parti-parti yg diterajui umno terus menyimpang dari jalan lurus dengan, belot terhadap setiakawan PAS dengan membuat rusuhan lakonan di Kelantan (akhir 70an), tragedi Memali dan seterusnya perpecahan umno kerana telah hilang berkat (80an), umno juga telah mengulangi kedurjanaan setiakawannya apabila menganiaya Anwar, setelah banyak mempergunakan Anwar dan orangnya dlm isu Islam umno (akhir 90an), semakin merebak kemungkaran yg dilakukan umno/bn dengan rasuah, skandal wang, skandal peribadi, maksiat, salah guna kuasa, melacurkan institusi awam dan
pelbagai penyelewengan (akhir 90an),
bersambung pula dengan pm baru, penipuan besar-besaran dalam PRU 11 tanpa sekelumit perasaan malu, Rakyat umum rasa malu apa yang berlaku dalam pru itu, tetapi umno/bn serta spr buat muka tak malu. perkara mungkar terus membiak, orang Melayu makin lupa daratan, berkat makin tiada, pemimpin semakin gila kuasa dan kemarok duit hingga gondol segala bukit, tamak haloba merasuk pemimpin, dan orang melayu telah mabok dunia, tsunami datang pun masih tak luwes maboknya (tahun 2000an).
sekali lagi semua itu ditutup oleh media, ditutup oleh sekatan berpolitik, berceramah dan sekatan hebahan maklumat. Media yang dikawal sepenuhnya oleh umno/bn pun tipu, dengan menyatakan penipuan, penyelewengan, rasuah, tekanan, sekatan dan kemungkaran tidak berlaku sebaliknya mendakwa semua itu adalah kesalahan dari parti-parti alternatif.
Itulah dia sistem autokrasi tersohor dalam negara umat Melayu moden, pemimpin yang telah melakukan "Total Media Control" dan memerintah cara kuku besi/isa british terhadap rakyatnya sendiri yang sememangya dhaif, untuk para pemimpin itu terus merampok hasil bumi orang Melayu, seperti guru britishnya dulu merampok hasil bumi Tanah Melayu dan mengangkutnya keluar.
Jelas sekali, orang Melayu masih lagi hilang punca, lambat bertindak dan "indecisive". Nak ikut arahan kuasa pemimpin politik atau suruhan Agama ALLAH Yang MAHA BESAR? Sungguh lemah kemahuan dan minda orang Melayu untuk meraih Kebaikan sebenar.
Kebanyakannya suka tunggu dan lihat, suka tengok orang lain, tidak usaha bersungguh-sungguh dan ada yang tidak peduli langsong apa nak jadi pada masa depan Islam, Umat, politik dan Negara. Dan dari dulu hingga kini orang Islam Melayu masih termeleh dan tidak perkasa di bawah kepimpinan pm baru, mahupun yg lama. Semakin keliru nampaknya umat Melayu adalah.
Jika betul-betul menurut ajaran Islam semua itu tak seharusnya berlaku, Bolehkah bawaan parti umno melakukannya?? Jika boleh, eloklah. Jika tidak, Apakah pilihan Rakyat ?..."Bersedialah Secukupnya Sahabatku, kerana ketikanya akan tiba dalam sekelip mata untuk meraih kemenangan", umpama surrendernya jepun dan terlepasnya peluang keemasan ketika itu untuk bebas merdeka.
Semua Rakyat terutamanya pihak parti politik seperti PAS, PKR, Barisan Alternatif, kumpulan NGOs, badan tertentu, persatuan dan semua pihak yang sayangkan negara dan generasi pewaris negara ini hendaklah jangan berhenti mengkaji secara terperinci segala bentuk kerjasama untuk membersihkan pentadbiran negara, menyelamatkan generasi muda dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.
"Manusia politik juga hendaklah berkelaku baik dan konsisten, bertindak pantas dalam era yang sangat mencabar ini."
"Manusia politik hendaklah jujur pada diri, pengikut, parti dan sekalian rakyat."
10. Pendaftaran PAS tahun 1955
---------------------------------
Walaupun PAS secara resminya telah ditubuhkan pada 24 Nov 1951, tetapi masih tidak didaftarkan di pejabat pentadbiran british hinggalah hampir pilihanraya pertama 1955.
Tahun 1952 british telah melonggarkan batas pergerakan parti-parti politik untuk membolehkan praya majlis-majlis bandaran, menurut kaedah di London, dapat dilaksanakan dalam Tanah Melayu. Media dan akhbar pro british telah menutup kredibiliti Pemimpin dan Parti PAS, dan PAS tidak menyertai praya bandaran itu kerana tidak berdaftar dengan british. Hidup rakyat tidak selesa dan ruang menyebarkan PAS adalah sempit ketika itu.
penjajah british terus melakukan perang saraf untuk menakutkan rakyat melalui tempoh darurat itu (1948 - 1960) supaya british kukuh bertapak lagi.
malah birokrasi britishlah yang menetapkan bahawa untuk Pilihanraya pertama Persekutuan Tanah Melayu - semua parti politik mesti berdaftar dengan pentadbir british. Apa hak british membuat peraturan itu di rumah dan tanahair orang Melayu, sedangkan rumah dan tanahair british nun jauuh ribuan batu dari Tanah Melayu?? Sebenarnya british sudah tiada kuasa lagi mentadbir di Tanah Melayu dan menasihati raja-raja Melayu ketika itu, setelah lari dari jepun.
Di manakah silapnya orang-orang Melayu?? Di manakah kerjasama Raja-raja, Pemimpin politik Melayu, Alim Ulama Melayu, Askar Melayu, Pahlawan
Melayu, Pendekar Melayu dan Orang-orang Melayu ketika itu? Adakah kesepakatan yang wujud antara semua itu? Sudah hilangkah semua Ajaran ISLAM dan Amalan ISLAM masing-masing? Kenapa tak dipedulikan dan dibiarkan saja kuffar british menyelongkar tanahair, rumah hingga ke dapur kita?? Apa sudah jadi? Adakah itu natijah dari asohan ala barat dan nasihat british yg lebih seratus tahun itu? Sungguh terhina rasanya menyingkap sejarah silam orang Melayu.
Jangan didekati lagi cara barat, resam barat, budaya nasara, pemalsuan yahudi dan nasihat british, wahai Bangsaku ! Telah terbukti ia palsu dan kita diaibkan.
- Parti Umno telah berdaftar dengan pentadbir british, tetapi tidak menentu dan telah bergolak ketika itu, hingga Onn Jaafar keluar umno buat kali ke 2, dan akhirnya menubuhkan parti Malaya Merdeka, MP atau IMP inggerisnya, pada bulan Ogos 1951. Tahun 1953 IMP dibubarkannya dan ditubuhnya pula Parti Negara, februari 1954. Apakah penyebab malangnya nasib beliau? Setelah pilihanraya majlis-majlis bandaran, Umno dan Mca telah berpakat menubuhkan parti perikatan pada bulan mac 1953, kemudian disusuli Mic menjadi anggota pada bulan april, 1955.
kuffar british yg semakin kukuh kuasanya melalui pembelian masa dari orang-orang Melayu, telah tidak henti mahu menyekat pengaruh beberapa parti lain, termasuklah PAS ketika itu. media british terus membasuh minda rakyat bahawa parti yg direstuinya saja mampu mentadbir Tanah Melayu ini.
perang saraf menakutkan rakyat terus dilakukan british dan itulah tipu helah british sebagai sumber ilham kekuasaannya. Dan untuk menyertai Pilihanraya pertama Persekutuan Tanah Melayu (Julai 1955) - semua parti politik mesti berdaftar dengan pentadbir british.
Namun PAS tetap tidak berputus asa untuk menghadapi birokrasi british itu demi masa depan Islam, Rakyat dan Negara. Dan dari Pertolongan ALLAH SWT jua serta berkat usaha, doa dan kebijaksanaan Pemimpin Islam dan Ulama ketika itu, Parti Islam Se-Malaysia, PAS berjaya juga didaftarkan sebagai sebuah organisasi politik pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran 733 (Penang). Pendaftaran itu telah membolehkan PAS menyertai pilihanraya pertama Negara pada bulan Julai 1955.(bayangkan 1 bulan saja persediaan PAS ketika itu, berbanding perikatan yg telah berlari dahulu)
Pendaftaran itu pula melalui seorang kerani India yang kenal dengan Almarhum Dr Hj Abbas, YDP PAS kedua. Untuk makluman pembaca;
Presiden dan Yang Dipertua PAS hingga kini adalah 8.
1. Tuan Hj Ahmad Fuad } Ulama
2. Dr Hj Abbas Alias } Professional
3. Dr Burhanuddin Al-Helmi } Professional
4. Dr Zulkifli Mohamad } Professional
5. Dato' Hj Mohd Asri Muda } Ulama
6. Tuan Hj Yusof Rawa } Ulama
7. Datuk Hj Fadzil Mohd Noor } Ulama
8. Dato'Seri TG Hj Abd Hadi Awang } Ulama
dan kerani India itu pernah dibantu oleh Almarhum Dr Abbas ketika susah tiada kerja dahulu, sebelum beliau menjawat jawatan kerani dengan british.
Dan kebetulan pula hari itu pegawai british atasan tidak ada di pejabat pendaftar pertubuhan dan kelulusan zaman itu boleh dibuat oleh kerani kanan
(cc) itu saja - maka PAS pun berjaya didaftarkan pada 31hb. Mei 1955 untuk menyertai pilihanraya pertama dengan izin ALLAH SWT. Sesudah itu hinggalah kini menjadi sejarah. Tanyalah orang lama PAS dan dapatkan pengesahan. Hikmahnya, pendaftaran PAS tidak melalui manusia british, tetapi rakyat Malaya sendiri.
Pencapaian PAS dalam pilihanraya pertama tidak seberapa (PAS 1 kerusi, perikatan 51 dan jumlah 52 kerusi) sebab ramai yang percaya agenda
menakut-nakutkan rakyat oleh parti perikatan. Peranan media british pun telah membuat ramai yang sangsi dengan Politik ISLAM hinggalah ke hari ini.
Beza, jauh bezanya penubuhan PAS dengan u.m.n.o. Begitu juga kesusahan dan liku-liku yang dilalui PAS. Mereka tetap sabar dan beristiqamah. ALLAH saja yang Lebih Tahu dan membalas usaha baik mereka yang terdahulu, Amiin.
Kini PAS adalah pertubuhan berdaftar dan ia bukan pertubuhan bawah tanah. Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR.
Matlamat PAS ialah;
1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLAH.
2. PAS mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Dapatkan maklumat lanjut dari markas PAS atau cawangan PAS berdekatan.
Hati-hatilah membaca sejarah, kerana kebanyakan teks sejarah ditulis oleh mereka yang pro penjajah, pro kesenangan, pro mahu berkuasa, pro kuasa nasara, pro orientalis, pro membenci Pejuang Islam. Apatah lagi mereka telah menang cara resapan sekular dan cara penipuan yahudi yang sangat berleluasa di seluruh dunia masa kini.
Hati-hatilah bila menulis, membaca sejarah dari mindset pro penjajah british, dan
Hati-hatilah menuruti pemikiran pengampu british yang terus mahu berkuasa dan memperkudakan kamu.
ALLAH Maha MENGETAHUI.
ALLAH U AKBAR!
ALLAH U AKBAR!
ALLAH U AKBAR!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |