Subject: Jangan buta Sejarah!!! |
Author:
siswasiswi
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 13:59:30 09/13/05 Tue
Inilah kenyataan yang bodoh, bebal dan bangang yang saya lihat. Tiada sandaran langsung!!!
UMNO tidak bughah.
Yang bughah adalah PKMM, Hizbul Muslimin, PAS dll.
PAS Haram sebagaimana haramnya ZINA.
Zina: Sebat 100x / rejam sampai mati (ada opsyen utk tidak mati)
PAS: Pancung sampai putus tengkok (tiada opsyen melainkan mati)
Aku nak bagitau kat sini bahawa kronoligi penubuhan parti politik ialah:-
1. Parti KMM diasaskan di Kuala Lumpur oleh Ibrahim Hj Yaacob (lahir di Temerloh, 1911 ), sebagai Parti politik PERTAMA orang Melayu di Tanah Melayu. Para pemimpinnya terdiri dari Guru-guru sekolah lepasan MPSI.
2. Oktober 1945 - Parti politik KEDUA orang Melayu ditubuhkan bernama Parti Kebangsaan Melayu Malaya,PKMM, dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al Helmy, Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) dan Mokhtaruddin.
3. Pada bulan Februari 1946 - 2 lagi Parti politik orang Melayu (kumpulan KETIGA) ditubuhkan bernama Angkatan Pemuda Insaf, API, dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Dan Angkatan Wanita Sedar, AWAS, dipimpin oleh Shamsiah Sutan Fakeh.
Parti PKMM, API dan AWAS telah lebih dahulu dari parti lain maju ke hadapan membela orang Melayu. Malah parti-parti itu telah bergabung menubuhkan
PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) untuk menolak perlembagaan baru british melalui malayan union. Hasilnya PUTERA telah mengemukakan "Perlembagaan
Rakyat" yg diterima sultan dengan menetapkan kuasa dan memelihara kedaulatan raja-raja Melayu, hak orang-orang Melayu dan mengetatkan syarat
kewarganegaraan.
Tetapi "Perlembagaan Rakyat" terus ditolak oleh british mentah-mentah. Dan british sengaja melengah-lengahkan usaha ke arah kepimpinan orang Melayu, dengan pelbagai helah untuk melambatkan usaha orang Melayu (seperti berlengahnya amerika keluar dari Iraq masa sekarang), disamping
british terus mencari formula baru untuk mengukuhkan kedudukannya disebalik tabir.
4. Dan pada 11 mei 1946 - Parti politik Keempat orang Melayu ditubuhkan bernama United Malay National Organisation,Umno, dipimpin oleh Onn bin Jaafar (district officer pentadbiran british di Batu Pahat, yg berketurunan turki) yang memperjuangkan nasionalisme Melayu. Umno terus didaftarkan di bawah pentadbiran british pada tahun 1946 itu juga. Nama awal Umno pada kongres bulan mac 1946, adalah pekembar, pkmb atau parti kebangsaan Melayu bersatu. Tup-tup bertukar u.m.n.o. - bahasa inggeris. Apakah psikologinya?? .. sedangkan nama 3 parti orang Melayu terdahulu berbahasa Melayu dan ketuanya berbangsa Melayu sepenuhnya. Adakah u.m.n.o. tajaan british ??
5. Pada bulan Mac, 1948 - Hizbul Muslimin ditubuhkan dan adalah parti Islam Pertama orang Melayu pasca perang dunia ke 2. Ia juga merupakan Parti politik KELIMA orang Melayu, dan dipimpin oleh Guru Agama bernama Hj Abu Bakar Al-Baqir yang ingin menubuhkan Kerajaan Islam di Tanah Melayu ini.
Guru Agama itu tidak terlalu menonjol pendekatan politiknya dan banyak merendah diri, tetapi kuffar british nampak tertekan dengan perkembangan ini, dan telah terbuka tembelang penjajah nasara itu apabila terus mengishtiharkan darurat di Persekutuan Tanah Melayu mulai Jun 1948. Alasannya, 3 orang british yang mempunyai ladang dan estet di sungai siput perak dibunuh komunis.
Perintah darurat adalah helah british untuk mengukuhkan lagi tapak kuasanya di Tanah Melayu dan melengahkan lagi tuntutan merdeka. Parti politik tidak dibenarkan bergerak. Pertama sekali, british terus mengharamkan parti komunis, dan kemudian dilibatkan sekali pengharaman ke atas semua parti politik, kecuali u.m.n.o.
PKMM diharamkan kuffar british tahun 1948,
API diharamkan kuffar british tahun 1948,
AWAS diharamkan kuffar british tahun 1948, dan
HIZBUL MUSLIMIN diharamkan kuffar british bulan ogos, tahun 1948.
TETAPI u.m.n.o. tak diusik pun oleh british - hingga kini.
Adakah u.m.n.o. itu dizahirkan melalui pemikiran penjajah british??
6. Setelah nampak kemelut dan cabaran masa akan datang untuk umat Islam dan orang Melayu ketika itu, yang mana penjajah kuffar british tidak membenarkan Parti politik tertentu bergerak, maka ahli-ahli dari Hizbul Muslimin, PKMM serta Guru Agama, Ulama dan Pemikir ISLAM di Tanah Melayu dan segelintir ahli agama umno yang insaf, telah bermesyuarat di Gunung Semanggul, Perak pada 23 Ogos, tahun 1951. Mereka membincangkan peri pentingnya mendaulatkan ISLAM di Tanahair Tercinta Orang Melayu ini. Mereka juga telah bersependapat betapa perlunya wujud suatu gerakan Islam, Siasah Islam atau Harakah Islamiyyah apabila tidak ada negara Islam di Tanah Melayu ini.
7. Walaupun PAS secara resminya telah ditubuhkan pada 24 Nov 1951, tetapi masih tidak didaftarkan di pejabat pentadbiran british hinggalah hampir pilihanraya pertama 1955. Salah satu penyebab PAS wujud ialah apabila Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Adalah jelas kewujudan PAS adalah menggantikan perjuangan
PKMM diharamkan kuffar british tahun 1948,
API diharamkan kuffar british tahun 1948,
AWAS diharamkan kuffar british tahun 1948, dan
HIZBUL MUSLIMIN diharamkan kuffar british bulan ogos, tahun 1948.
Yang paling nyata dan terserlah adalah penubuhan umno adalah diiktiraf oleh british. PAS bukanlah parti atau pertubuhan baru tetapi menggantikan parti-parti yang telah diharamkan oleh british. Ini sudah jelas terbukti dalam sejarah.
Nampaknya Muhazam dan kawan-kawannya tidak memahami atau sengaja tidak mahu faham posting-posting saya. Mereka perlu ditunujkkan cara membaca dan memahami apa yang ditulis. Lihatlah mentaliti Muhazam dan kawan-kawannya cuba memutarbelitkan kenyataan dan sejarah bagi memenuhi pemahaman semit dan jumud golongan mereka. Sudahlah tu banyak-banyaklah bertaubat dan insaf akan perbuatan-perbuatan dan pemahaman yang salah. Amillah iktibar daripada Mufti Terengganu!!!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |