VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234567[8]910 ]
Subject: Buat Pek Dik yang perasan ...


Author:
siswasiswi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:07:23 09/13/05 Tue

Inilah hujah yang dikatakan paling ilmiah oleh Pek Dik Perhatikan tulisan Prof. Jayum, "YDPA hanyalah lambang kerajaan semata2". Jelas dan itulah kebenarannya, tafsiran dari Intelek yg bergelar Profesor. Tiada dolak dalih dari aku. Aku sendiri pernah berjumpa dengan Prof. Jayum A. Jawan face to face dalam bilik beliau di Fakulti Ekologi Manusia untuk berbicara siapa yang lebih berkuasa diantara PM ataupun YDPA. Sah, YDPA HANYALAH SIMBOLIK. Perkara 39 yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan hanyalah simbolik semata2 utk melambangkan kekuasaan Raja Yang Berperlembagaan. Mengangkat Raja sesuai dengan darjat baginda, tanpa sedikit pun wujud unsur2 penghinaan kepada baginda.

Pek Dik bukan hanya gagal memberikan jawapan pada persoalan saya Jelaskan perenggan mana dalam perlembagaan Malaysia mengatakan YDPA hanyalah kuasa SIMBOLIK!!! bahkan terus merapu-rapu.

Untuk kesekelian kalinya saya tegaskan daripada posting samdol bahawa Badan eksekutif adalah satu daripada tiga cabang kerajaan. Kepentingan badan bergantung kepada penyandangnya. Di dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan dan kedaulatan negara. Sesungguhnya Perlembagaan Persekutuan meletakkan baginda di tunggak pemerintahan negara, manakala kuasa kerajaan terletak pada tangan seorang Perdana Menteri yang merupakan Ketua Kerajaan.
Seorang Perdana Menteri memainkan pelbagai peranan, sama ada di dalam mahupun di luar kerajaan. Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa asalnya adalah daripada YDPA itu sendiri.


Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kausa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang dimaksudkan "Doktrin Pemisahan Kuasa". Idea ini dicetuskan oleh Motesquieu, ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis dalam abad 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini bertujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.


Ini diperkuatkan oleh pernyataan Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan
* Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:

# Badan Perundangan (Legislatif)
# Badan Pemerintahan (Eksekutif)
# Badan Kehakiman (Judisiari)



Pek Dik juga mendakwa kononnya Undang2 yg enggan ditandatangani oleh YDPA selama 30 hari akan menjadi undang2. YDPA tidak akan dapat berbuat apa dengan kuasa yg baginda ada. Kerana kuasa baginda adalah SIMBOLIK...

Memang undang-undang yg enggan ditandatangani oleh YDPA selama 30 hari akan menjadi undang-undang. Ini tidak bermakna ia bergantung sepenuhnya kepada keputusan Parlimen kerana ada satu badan lagi di bawah YDPA yang akan mengesahkan undang-undang tersebut iaitu di bawah Badan kehakiman.
Sila rujuk balik posting samdol di bawah:

Dalam amalan demokrasi di Malaysia, Parlimen Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster yang diamalkan di England. Parlimen membuat undang-undang, Enakmen digubal oleh DUN tetapi Undang-undang di negara ini bukanlah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja, tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu fungsi Mahkamah Persekutuan, iaitu menentukan kesahan undang-undang. Ini bermakna undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan diisytiharkan sebagai tidak sah.

Undang-undang yang digubal oleh DUN di Sarawak dinamakan Ordinan. Begitu juga dengan undang-undang di Sabah serta undang-undang yang digubal sebelum Tanah Melayu merdeka, iaitu sebelum tahun 1957. Undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen dipanggil Akta, manakala yang digubal oleh DUN di Semenanjung ialah Enakmen. Undang-undang yang dibuat oleh menteri yang fungsinya untuk memperincikan Akta Parlimen ialah Perundangan Kecil. Dalam hal ini, menteri yang berkenaan mestilah mendapat keizinan daripada Parlimen terlebih dahulu.

Mahkamah Persekutuan ialah
• Institusi ini menentukan keadilan negara.
• Institusi ini boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah.
• Institusi ini boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah.


Mahkamah ini menjalankan perbicaraan bagi kes-kes yang memang perlu dibicarakannya, iaitu perbicaraan kes-kes rayuan daripada Mahkamah Rayuan. Oleh itu, peranannya di sini adalah sebagai badan penentu keadilan. Mahkamah Persekutuan juga berfungsi mengesahkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan dalam sesuatu kes, mahkamah ini berkuasa menentukan bahawa sesuatu tindakan kerajaan adalah tidak sah. Kedua-dua kuasa ini diistilahkan sebagai kuasa eksklusif, iaitu kuasa yang tidak diperuntukkan kepada mahkamah-mahkamah lain. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi, manakala Parlimen ialah penggubal undang-undang. Kebanyakan memahami Parlimen yang mempunyai bidang kuasa dalam menentukan keadilan negara, boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah dan boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa undang-undang digubal oleh Parlimen, maka institusi inilah yang menentukan keadilan negara dan mengesahkan undang-undang. Yang sebenarnya Mahkamah Persekutuanlah yang mempunyai bidang kuasa tersebut. Siapakah yang berkuasa dalam Badan Kehakiman (Judisiari)? Sudah tentu YDPA dan baginda berkuasa mutlak sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai:-
Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan
* Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:

# Badan Perundangan (Legislatif)
# Badan Pemerintahan (Eksekutif)
# Badan Kehakiman (Judisiari)


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Ya inilah yang sebenar-benarnyaKak sampah14:02:39 09/13/05 Tue
Ada otak yang masih tak merdekaKak sampah10:58:02 10/10/05 Mon


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.