VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234567[8]910 ]
Subject: Kes Ayah Pin (AP) dari sudut perundangan


Author:
siswasiswi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 13:15:35 09/19/05 Mon

Saya nak tengok apa peguam Muhazam dan kawan-kawannya komen@ apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas ayah pin (AP) jika bersandarkan undang-undang dan perlembagaan negara. Saya merujuk kepada laporan akhbar utusan malaysia yang suatu ketika dulu mendakwa kerajaan PAS pimpinan Tuan Guru Hj Abd. Hadi tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas Ayah Pin dan sekarang di bawah undang-undang islam Hadhari Terengganu bistari apa tindakan undang-undang yang telah dan sedang diambil oleh Dato Seri Idris Jusoh.



Ariffin Mohamed atau Arifffin murtad dipercayai tidak akan ditahan untuk didakwa oleh pihak berkuasa memandangkan tiada peruntukan undang-undang khusus yang boleh mensabitkan kesalahannya. Demikianlah kata Peguam Zulkifli Nordin. Menurut Zulkifli, perkara itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi kepada beliau oleh pihak-pihak tertentu.

“Mahkamah syariah tidak ada kuasa membicarakan kesalahan orang bukan Islam, sementara di bawah undang-undang sivil, murtad bukannya satu kesalahan.

“Ramai yang tidak tahu, Ariffin telah membuat akuan bersumpah pada 2 Ogos 1998 bahawa beliau telah keluar dari agama Islam.

Jadi, undang-undang mana kita hendak dakwanya, syariah atau sivil?” Soalnya.

Tambahnya lagi, Perlembagaan Persekutuan artikel 74 dan 75 dengan jelas menyatakan Mahkamah Syariah tiada kuasa untuk membicarakan kesalahan orang bukan Islam.

Jika kita dakwa Arifin di bawah undang-undang sivil, dan dia mengaku di mahkamah bahawa dia adalah Tuhan kerajaan langit sekalipun, itu bukannya satu kesalahan,” kata Zulkifli.

Jika kita dakwanya di mahkamah syariah, dan dia boleh membuktikan dia bukannya penganut Islam, mahkamah perlu bebaskannya. Jika perkara ini terjadi bagaimana tanggapan orang ramai nanti?” tanyanya.

“Lebih baik kita biarkan dia pergi menyabung ayam,” katanya ketawa.

Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat mengesan dan mendakwa Arifin, walaupun sebahagian besar pengikutnya termasuk salah seorang isterinya sedang dibicarakan di mahkamah syariah Terengganu.

Menyentuh fenomena murtad yang semakin berleluasa termasuk di kalangan yang berpendidikan agama, Zulkifli meletakkan kesalahan itu antara lain berpunca daripada ketidakprihatinan pemimpin Umno.

“Secara serius semuanya bermula pada 1998, apabila berlaku kes murtad Nor Aishah Bokhari,” jelasnya.

Pemimpin Umno tidak mengambil apa-apa tindakan dari segi undang-undang untuk mengubah perlembagaan negara bagi menghalang kejadian itu berulang.

Apabila berlaku kes murtad kita tidak ada sistem untuk mencegahnya. Pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan dari kelemahan undang-undang negara ini,” katanya.

Satu soalan yang perlu ditanya adalah siapakah yang perlu bertindak untuk mengubah perlembagaan negara bagi menghalang kejadian itu berulang? saya hanya mahu jawapan daripada peguam Muhazam @ Muhazam dan kaum kerabatnya. Atau adakah jawapanya sekadar SIMBOLIK!!! SIMMBOLIK!!! SIMBOLIK!!!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Apa la malaun ni merapu macam nak mampusMuhazam Mustapha09:28:49 09/20/05 Tue


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.