VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234567[8]910 ]
Subject: Siswa UiTM Mensyirikkan Allah


Author:
Muhazam Mustapha
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 09:58:39 10/15/05 Sat

Walau sedikit manapun sokongan diberi kepada PAS, natijahnya mati jahiliyyah, bukti:



"Barang siapa yang keluar dari jamaah sekadar sejengkal maka sesungguhnya ia telah mencabut ikatan Islam dari lehernya sehinggalah ia rujuk kembali dan barang siapa yang mati sedangkan ia tidak berada di bawah pimpinan kepala negara dan jamaah maka matinya adalah mati jahiliah."
Hadis sahih riwayat Al-Hakim



Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Entah berapa kali saya sudah flash back hujah2 mereka & saya dapati TIADA satu pun yg betul2 valid di sisi Islam utk dijadikan hujah mengharamkan tindakan menukar ulil amri... Dan, entah berapa kali hujah2 mereka itu telah sempurna ditalkinkan oleh ramai pemforum di sini... Saya takde masalah nak talkinkannya sekali lagi!


Kita jawap:

Inilah satu lagi pembohongan besar daripada orang yang pernah berbohong atas nama Imam Bukhari. Kita sudah berikan pelbagai dalil yang sah dan valid untuk mengharamkan PAS secara mutlak. Persoalannya sekarang bukan dalil itu valid atau tidak, tetapi persoalannya adalah mereka yang tidak mahu menerima dalil itu kerana ianya terkena batang hidung mereka.

Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Mereka begitu berleluasa mendakwa saya telah syahid... Saya tergelak shj melihat telatah mereka mendakwa saya begitu...


Kita jawap:

Memang kau dah syahid pun. Kau datang balik ni pun sebagai zombi je. Apabila kau terpaksa berbohong atas nama Imam Bukhari dan lepas itu terpaksa minta maaf, maka seluruh kredibiliti kau dan hujah sudah syahid.

Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Para ulama' muktabar tersebut memberikan pendapat mereka agar menghindari tindakan melucutkan jawatan ulil amri... Ingin saya ingatkan, anda lupa atau buat2 lupa bhw semua pendapat tersebut perlu dibaca dgn 'kenapa mereka berpendapat begitu?'1 - mereka melarang jika ia membawa mudharat yg lebih besar dpd manfaatnya (secara automatik boleh ditolak jika manfaat lebih besar dpd mudharat)!2


Kita jawap:

1 Kenapa ulama muktabar mengharamkan melucutkan jawatan ulil amri ? Jawapan amat jelas: KERANA NABI MENGHARAMKANNYA DARI SEKIAN BANYAK HADIS-HADIS SAHIH. FULL STOP. SAMI'NA WA ATHO'NA, kata mereka.

2 Ini satu lagi kebathilan dari bekas pembohong. Mamat pendusta ini nampaknya selepas bertaubat dari satu dusta, dia buat seribu dusta baru.

Wahai pendusta, kaedah usul fekah "menolak mafsadah lebih besar utk mafsadah lebih kecil" hanya boleh digunakan apabila tiada dalil khusus untuk sesuatu kes. Kaedah ini hanya boleh utk mencari ijmak dan qiyas shj ATAU tatkala ulama itu cuba menerangkan KENAPA hukum itu diterbitkan oleh Al-Qur'an dan Hadith. TETAPI INGAT ! HUKUM YANG BERASAL TERUS DARI AL-QUR'AN DAN HADITH TETAP KEKAL TIDAK BERUBAH WALAUPUN ALASAN WUJUDNYA HUKUM ITU, BERDASARKAN PENERANGAN AKAL ULAMA SUDAH TIDAK WUJUD LAGI. INI KERANA AL-QUR'AN DAN HADITH TIDAK AKAN MANSUH SEHINGGA HARI KIAMAT

Cth:

Makan Babi hukumnya haram. Dalilnya direct drp Al-Qur'an dan hadith yang tidak pernah mansuh.

Kenapa ? (ulama cuba terangkan): Kerana babi adalah perumah pertama bagi parasit cacing pita yang akan menjadikan manusia yang memakannya sebagai perumah kedua dan kerana babi itu pembawa JE.

Tapi macam mana kalau babi itu bersih daripada caci pita dan JE ? Jawapan: Hukum makan babi TETAP haram.

Kenapa ? Kerana hukum itu berasal TERUS daripada Al-Qur'an dan Hadith, ia bukan berasal daripada huraian ulama yang cuba untuk mengupas kenapa babi itu haram. Hilangnya alasan (yakni tiadanya cacing pita dan JE) untuk sesuatu hukum (hukum haram makan babi) berdasarkan pandangan akal manusia, tidak akan memansuhkan hukum itu dari dalilnya (haram makan babi). Ini kerana hukum Allah tidak boleh difikir dgn akal.

Maka, balik kpd bughah:

Hukum menjatuhkan pemimpin adalah haram. Dalil:



Kenapa ? (ulama cuba terangkan): Kerana ia akan menyebabkan huru-hara dan pemberontakan berdarah yang banyak mengorbankan nyawa.

Tapi macam mana kalau kita ada kaedah baru untuk menukar pemimpin tanpa huru-hara ? Jawapannya: Sama seperti kaedah hukum babi tadi, HUKUM MENJATUHKAN PEMIMPIN TETAP HARAM.

Kenapa ? Kerana hukum itu berasal TERUS dari Al-Qur'an dan hadith, ia bukan berasal daripada huraian ulama yang cuba untuk mengupas kenapa menjatuhkan pemimpin itu haram. Hilangnya alasan (yakni tiada lagi pemberontakan bersenjata) untuk sesuatu hukum (hukum haram menjatuhkan pemimpin) berdasarkan pandangan akal manusia, tidak akan memansuhkan hukum itu dari dalilnya. Ini kerana hukum Allah tidak boleh difikir dgn akal.

Hukum agama sudah jelas. Hanya kaum bughah sahaja yang enggan patuh. Siswa UiTM kata pemimpin haram ditukar hanya dgn pemberontakan bersenjata kerana dia cuma rujuk hadith ini:



Tapi kita rujuk semua hadis2 lain termasuk yg sebelumnya di atas. Hadis terakhir ini adalah khusus utk kes pemberontak, tetapi bagi kes yang lebih umum termasuk kes menukar pemimpin secara pilihanraya, hadis sebelumnya adalah terpakai dan ianya lebih keras. SISWA UITM LANGSUNG TIDAK MEMPUNYAI HAK UNTUK BERKATA "DALIL TIDAK WUJUD" KERANA DALIL MEMANG BENAR-BENAR WUJUD.


Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Sistem pemerintahan ketika ulama' tersebut hidup pula adalah sistem dinasti yg mana penukaran ulil amri yg zalim HANYA boleh berlaku dgn pemberontakan BERDARAH/BERSENJATA & mereka TIDAK pernah merasai sistem pemerintahan bercorak demokrasi hari ini yg kurang memerlukan pemberontakan ngeri tadi...

Justeru, TIDAK hairanlah jika mereka lebih cenderung utk berpendapat agar menghindari dpd melucutkan jawatan ulil amri memandangkan proses pd zaman mereka itu melibatkan pemberontakan bersenjata yg mana terang2 telah dilarang oleh Baginda SAW...


Kita jawap:

Ini juga BATHIL dan juga telah kita jawap banyak kali. Hujah ini juga hujah favorite seorang lagi peforum kaum bughah yang bernama Seruan yang juga tidak pernah menghiraukan jawapan kita yang berulang-kali itu.

Demokrasi wujud dari falsafah tamaddun Greek sejak zaman Bani Israel lagi. Julius Caesar adalah pemimpin Rom yang merupakan pemimpin pertama di dunia yg dilantik secara pilihanraya demokrasi sebelum lahir Nabi Muhammad saw lagi. Nabi sudah tahu hakikat ini. Bodohlah Nabi (baca: Bodohlah Allah) kalau mengeluarkan hukum haram menukarkan pemimpin hanya untuk kes pemerintahan monarki sahaja sedangkan demokrasi sudah wujud ketika hayatnya, atau seolah-olah Allah swt tidak tahu masa hadapan lalu mewahyukan hukum yang bakal mansuh bila demokrasi meluas di muka bumi.

Saudara-saudara sekalian, kalau kita nak gunakan formula ciptaan Siswa UiTM ini, iaitu hukum bertukar apabila keadaan zaman bertukar, maka kita dengan mudah boleh menghalalkan tidak berhukum dengan hukum hudud. Hukum hudud dilaksanakan di zaman dahulu kerana negara Islam tidak bermasyarakat berbilang agama. Sekarang negara Islam Malaysia ini mempunyai masyarakat berbilang agama yang mana Islam hanya 45% shj. So, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana komposisi masyarakat sudah berubah. Huh ! Nampaknya merekalah skrg ni yang menolak hukum Allah.


Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Zaman sekarang berbeza, TIDAK lagi melibatkan pemberontakan bersenjata sekaligus manfaat sudah menjadi lebih besar dpd mudharat...


Kita jawap:

Lihatlah sdr2 sekalian, lihatlah betapa tanpa sedikitpun rasa takut kepada Allah swt, Siswa UiTM telah meletakkan hukum akalnya lebih tinggi daripada hukum Allah dan dia telah dengan terang mengatakan bahawa hukum Allah tidak sesuai pada setiap zaman. Dia telah mensyirikkan Allah kerana telah meletakkan akalnya lebih tinggi drp hukum Allah.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.