| Subject: Bagaimana dgn menyertai pilihanraya PAS boleh dituduh bughah? |
Author:
k_rul
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 13:54:37 01/26/05 Wed
Assallamualaikum...
Apakah pilihanraya itu proses menjatuhkan atau menukar pemimpin? Kita semua tau, tujuan pilihanraya adalah utk memberi peluang kepada rakyat utk memilih pemimpin pada penggal yg seterusnya menurut undang2. Tetapi apakah pilihanraya itu tujuannya utk menukar atau menjatuhkan pemimpin? Dan sesuaikah istilah menukar digunakan dalah terjemahan hadis sebagaimana digunakan oleh Pak Rempah dan rakan2nya?
Istilah menukar, membawa maksud tujuan kepada setiap perkara yg disebutkan spt, penggulingkan, menjatuhkan, memerangi, menentang. Tetapi kita harus ingat, apabila pemimpin muslim murtad, dia juga perlu ditukar, jika meninggal juga ditukar. So bagaimana istilah menukar dapat digunakan terutama dlm terjemahan hadis mengenai bughah sedangkan ia membawa maksud yg berbeza2. Menentang, menggulingkan, memberontak, menjatuhkan pemimpin utk menukar, atau menukar kerana pemimpin murtad. Istilah tetap sama, tetapi hukumya berbeza.
Tetapi lihat pula istilah menukar dari sudut pilihanraya. Gunakan fikiran yg waras, pandang sekeliling kita dan fikirkan. Lihat saja Pak Lah, DS Rafidah, DS Samy Vellu, TG Hadi, TG Nik Aziz dll. Apakah mereka2 ini ditukar semasa pilihanraya? Hakikatnya, ada 2 perkara yg berlaku semasa pilihanraya. Iaitu, mengekalkan pemimpin yg ada atau menukar kepada pemimpin yg baru. Sepanjang pilihanraya yg telah dijalankan selama ini, majoriti yg berlaku adalah mengekalkan pemimpin, hanya sedikit yg menukar pemimpin. Itu hanya pemimpin yg mewakili kawasan parlimen atau dewan undangan negeri. Penukaran pemimpin utk jawatan2 menteri kabinet dan lain2 itu ditentukan oleh kerajaan yg telah dipilih bukan rakyat. Jika ini yg berlaku, bagaimana boleh dikatakan pilihanraya itu bertujuan utk menjatuhkan pemimpin?
Cuba kita tgk kenyataan Muhazam...
=========================>>>
Usaha untuk menjatuhkan PM dari jawatannya adalah BUGHAH kerana:
1 - Jawatannya tidak bubar sewaktu Parlimen dibubarkan
2 - Dia adalah pemilik kuasa eksekutif tertinggi
Sama ada PM enggan mengadakan pilihanraya atau tidak, tidak timbul. PM dan jemaahnya tetap HARAM dijatuhkan walaupun dia tidak merampas kuasa. Yang aku tuliskan di situ adalah penekanan bahawa jawatan PM tidak bubar dengan bubarnya Parlimen. Aku bukan memberikan syarat tambahan untuk kebughahan PAS.
-------------------------------------------->>>
Kenapa perkara itu tidak timbul(mengadakan pilihanraya atau tidak) sedangkan itu melanggar undang2 yg telah dilaksanakan? Apakah maksud muhazam, sebagai seorg pemimpin, PM boleh melanggar undang2 yg dia sendiri junjung?
Disini Muhazam berkata, jawatan PM tidak bubar dgn bubarnya parlimen, oleh itu PM dan jamaah menteri haram dijatuhkan, PM sendiri adalah pemilik kuasa executive.
Ada 3 persoalan....
1)Siapa yg ingin menjatuhkan PM dan jamaah menteri dan bagaimana usaha2 mereka? Apakah PAS menjatuhkan PM dan jamaah menteri ketika pilihanraya? Kenapa tidak diberikan kaitan yg jelas antara tuduhan bughah melalui pilihanraya ini dengan rukun2nya dan dalil2 yg lain? Siapa pula yg merampas kuasa?
2) Jawatan PM sememangnya tidak bubar selepas parlimen dibubarkan, tetapi sehingga bila PM yg sama akan berkuasa jika beliau tidak bertanding?
Persoalan ini terlalu jelas utk dijadikan isu yg seolah2 terlalu kompleks. Kita semua dah tau, PM mestilah juga seorg AP, begitu juga menteri2. Jika PM tidak lagi mempunyai kedudukan itu(AP), maka pada ketika itu beliau kehilangan kelayakan utk menduduki kerusi jawatan PM kerana kalah bertanding yg juga bermaksud rakyat tidak percaya atau tidak menyokongnya. Kuasa PM dan jamaah menteri, setelah parlimen dibubarkan adalah bersifat sementara, sehinggalah keputusan pilihanraya diketahui dan kerajaan baru dibentuk. Jika ada dari ahli jamaah menteri kalah bertanding, dia akan ditukar dgn org lain, dan jamaah menteri itu sendiri adalah org2 yg dilantik. Andaikata berlaku perubahan dalam jamaah menteri pada hari ini, itu bukan kerana PAS menjatuhkannya, tetapi itu dibawah kuasa PM sebagai ketua kerajaan.
3) Apakah maksud PM pemilik kuasa executive? Sejak bila PM menjadi "pemilik" kuasa executive?? Bukankah pemilik berhak membuat apa saja kepada barang yg dimilikinya? Apakah PM itu adalah "pemilik" atau org yg "diberikan tanggungjwb" utk mengetuai kerajaan?
Lihat kenyataan muhazam seterusnya...
==========================>>>
Angkat sumpah kabinet selepas pilihanraya adalah perlantikan baru yang membatalkan sumpah kabiet sebelumnya, angkat sumpah itu bukan kerana bubarnya jawatan tersebut sewaktu pembubaran Parlimen, tetapi kerana perlantikan baru. Perlantikan baru inilah yang membubarkan jawatan ahli-ahli kabinet asal, bukannya pembubaran Parlimen yang membubarkan jawatan mereka.
----------------------------------------------->>>
Jika ini yg berlaku, dimana bughahnya PAS? Bukankah ini jelas menunjukkan limitation kuasa PM semasa pilihanraya? Kenapa pula disebut perlantikan baru? Kenapa tidak disebut menukar pemimpin, atau menjatuhkan pemimpin yg lama sedangkan proses itu membatalkan sumpah penjawat terdahulu yg sekali gus dia akan kehilangan kedudukan.
Cuba fikirkan, apabila parlimen dibubarkan, PM masih lagi berkuasa, walaupun hanya sementara, begitu juga kerajaan yg wujud juga kerajaan sementara. Apabila pilihanraya, bukan jawatan PM yg dipertandingkan. Yg dipertandingkan ialah kedudukannya sebagai AP. Oleh itu, sebarang perkara yg berlaku semasa pilihanraya, samada pemimpin yg lama dikekalkan atau pemimpin baru yg dipilih, tidak ada kaitan secara langsung dgn jawatan PM atau menteri. Hanya berkaitan AP dan ADUN. Jika PM kalah bertanding, bukan bermakna dia kalah sebagai PM, tetapi sebagai AP.
Tetapi cuba lihat kata2 muhazam...
---------------------------------->>>
Ertinya, PM masih wujud dan jawatannya masih wujud, dan dengan itu bertanding dalam pilihanraya untuk menentangnya adalah suatu penentangan terhadap jawatan ulil amri tertinggi yang masih wujud, dan dengan itu penentangan itu adalah bughah.
---------------------------------->>>
Munasabah ke apabila seseorg bertanding melawan Pak Lah di kawasan parlimennya dikatakan menentang Ketua Kerajaan yg boleh dihukumkan bughah? What is this?? Pertandingan itukan utk kawasan parlimen tersebut, Pak Lah sebagai Ahli Parlimen, bukan sebagai PM.
Kemudian bagaimana boleh disebut bughah dan kenapa disebut penentangan? Pilihanraya itu adalah pertandingan yg dibenarkan undang2 dan Pak Lah sebagai PM sendiri membenarkan dirinya dicabar sebagai wakil kawasan parlimen tersebut. Pertandingan itu utk merebut jawatan AP bukan PM. Sama ke? Bughah ke tu?
=============================>>>
Muhazam juga menggunakan hadis berikut.....
Rasulullah SAW bersabda,"Barang siapa yg mencabut tangannya dari ketaatan nescaya ia menemui Allah pada hari kiamat sedangkan ini tidak mempunyai hujjah dan barangsiapa yg mati sedangkan dilehernya tidak mempunyai bai'ah, maka ia mati sebagai bangkai jahiliyah".(Ibnu Umar)
------------------------------------------>>>
Cuba perhatikan keadaan hari ini. Apabila parlimen dibubarkan, tidak ada yg terkecuali, baik AP dari UMNO, DAP, PAS dll, semuanya akan hilang kedudukan sebagai AP, tanpa sebarang bantahan dari semua mereka. Bukankah ini menunjukkan mereka itu semuanya mentaati undang2 yg telah dilaksanakan? Mereka juga sama2 mengangkat sumpah jawatan, dan mematuhi setiap undang2 yg telah dilaksanakan. Apakah mereka ini terdiri jamaah yg terpisah2? Apakah PAS itu adalah jamaah yg menarik ketaatan daripada pemimpin yg memerintah? Ketua kerajaan tetap PM, ketua negara tetap YDPA. Apakah PAS menafikan kedudukan Pak Lah sebagai PM atau tidak mengiktiraf beliau? Sudah tentu tidak. PAS tetap mentaati PM, sebagai Ketua Kerajaan, tetapi bukan sebagai presiden UMNO.
Dalam hal ini, seolah2 maksud mentaati pemimpin bagi muhazam adalah dgn menyertai UMNO. Sedangkan dlm sebuah kerajaan demokrasi selalunya ada golongan parti pemerintah dan pembangkang. Dan antara mereka bertindak utk memastikan sistem yg dilaksanakan adalah yg terbaik.
Oleh itu bagaimana nak dikaitkan antara tindakan2 PAS dgn yg disebutkan dalam hadis diatas? Hadis menyebutkan, "Jangan mencabut ketaatan". ----> Sebagaimana rakyat yg lain PAS juga taat kepada kerajaan dan undang2.
Hadis mengatakan siapa yg tidak mempunyai bai'ah dia akan mati jahiliyah. Bukankah duduknya PAS didalam parlimen, Dewan rakyat/negara atau dewan undangan negeri itu setelah selesainya pilihanraya dan terbentuknya kerajaan baru sedang pada ketika itu PM telah ditentukan? Jika PAS tidak membai'ah kepada PM, kenapa PAS berada dalam dewan2 tersebut?
Apakah ini bermaksud terdapatnya perbezaan pandangan antara org yg berhujjah, ada yg mengatakan tidak berbai'ah kepada PM, ada yg berbai'ah kpd PM, ada yg berbaiah kepada YDPA. Cuba dgrkan betul2 apa yg disebut oleh khatib ketika kuthbah jumaat. "Taatlah kepada Ulil Amri iaitu org2 yg berkuasa dalam kalangan kamu". Apakah mentaati Ulil Amri itu bermaksud hanya mentaati pemimpin negara? Bagaimana dgn ketua jabatan, atau ketua kampung dan yg lain2? Apakah mereka tidak patut ditaati?
PM adalah ketua Kerajaan, dia patut ditaati. Begitu juga YDPA sebagai ketua negara, dia juga patut ditaati. Yg tidak ada adalah mentaati PM sebagai pemimpin UMNO.
==================>>>
Muhazam berkata lagi...
kau sendiri kata bahawa tak semua ahli kabinet adalah ahli Parlimen. Nah ! Kau sendiri telah membuktikan bahawa Kabinet Menteri itu adalah suatu entiti yang berbeza drp ahli Dewan Rakyat kerana ada ahli yang bukan ahli Dewan rakyat. Kalau ianya berbeza, bagaimana boleh ia bubar dengan bubarnya Dewan Rakyat ?
-------------------------------->>>
Memang betul, kabinet dan dewan rakyat adalah berbeza, tetapi harus diingat, perlantikan sebagai menteri kabinet juga berkaitan dgn kedudukan sebagai AP, kerana sebahagian besar dr jemaah menteri itu sendiri juga adalah AP. Mereka dilantik dgn kelayakan mereka sebagai AP. Jika parlimen dibubarkan maka kelayakan sebagai AP turut hilang, maka kedudukan mereka sebagai anggota kabinet juga turut berubah, iaitu bersifat sementara, dan kuasa kerajaan sementara ini adalah terbatas tidak sepertimana kuasa kerajaan sebelumnya. Sehinggalah setiap menteri tadi dilantik semula oleh kerajaan yg baru ditubuhkan, barulah mereka berkuasa penuh seperti biasa.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |