| Subject: Menjawab MUHAZAM... !!! |
Author:
Pemerhati
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 12:19:28 01/28/05 Fri
Dipetik dari posting oleh Muhazam:
“Ini yang Pak Rampa mangkuk tulis:
Nak suruh macam mana, apbila YDPA sendiri tertakluk kepada Perlembagaan Lord Reid, Perlembagaan yang menegah Hukum Hudud dari boleh dilaksanakan!
Woi MANGKUK !
Aku tak cerita apa2 pasal Lord Reid di situ. Kalau kau kata perlu tukar undang2 Lord Reid, suruhlah YDPA tukar dulu undang2 Lord Reid tu, MANGKUK ! Kenapa dok suruh PM yang tukar ?”.....
PERTAMANYA, siapakah Pak Rampa itu, wahai Muhazam? Anda menjawab-balas posting oleh "Pemerhati". Agaknya di minda Muhazam, begitu kuat sekali pengaruh Pak Rampa, hinggkana Pemerhati pun dia sangka Pak Rampa. Kita dah katakan berulang kali, bahawa kita ada membaca di laman web lain, yang Pak Rampa itu sudah kembali ke Rahmatullah! Tetapi nampaknya Qarin Pak Rampa yang masih hidup masih menghantui minda Muhazam. Muhazam@pak rempah bagaimana pula, apakah diri Muhazam yang sama?
SAMA ada Muhazam menulis atau tidak menulis pasal Lord Reid, namun itulah keperihalan isunya yang tidak boleh diketepikan oleh Muhazam, iaitu YDPA sendiri ditakluk oleh Perlembagaan Lord Reid. SEMUA rakyat Malaysia adalah dijajah oleh Perlembagaan Lord Reid itu.
Resmi Muhazam yang suka mencerca orang, tetapi soalannya “Kenapa dok suruh PM yang tukar?” memperlihatkan mentaliti Muhazam sendiri, bagaikan dia tidak tahu peranan PM yang mentadbirkan Negara. Muhazam melupakan hakikat bahawa PM beragama Islam, dia patut lebih maklum hal-hal Hukum Allah wajib dikuatkuasakan, dan sebagai PM dia patut tahu apa-apa yang ada dalam Perlembagaan Lord Reid itu yang mencegah Hukum-Hukum Allah dari dapat dikuasakan. Dah PM sendiri yang tidak mahu, apakah kita rakyat yang beragama Islam yang beriman kepada Al-Qur’an wajib terus memberikan ketaatan kepada PM?
Muhazam berkata:
“Kau mmg suka tukar2 topik bila tak boleh jawap. Pasal hadis yang kau kata tak perlu taat kalau tak ada baiah tu pun kau pusing ke topik lain setelah aku bagi hadis lain yang kata tanpa baiah pun boleh bughah.”.....
KITA tak tukar topik, tetapi jawapan kita kepada Muhazam masih terus dalam keperihalan keadaan mengenai bab Bughah, iaitu pertuduhan oleh pihak Muhazam bahawa PAS adalah Bughuh dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina!
Muhazam menulis:
“Wahai PAK RAMPA MANGKUK !
Dlm posting aku yang kau jawap tu aku tanya benda ni:
ADAKAH YDPA ATAU PM YANG LEBIH BERKUASA, TERMASUK DLM HAL MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD ?
Aku sudah mengambil kira sama ada wujud atau tidaknya hukum Lord Reid.”.......
SELAMA mana Malaysia mengguna pakai Perlembagaan Lord Reid, tiada siapa yng berkuasa melaksanakan HUKUM HUDUD. Soalan yang dikemukakan oleh Muhazam itu bagaikan Muhazam tidak tahu isi kandungan Perlembagaan Lord Reid itu, di sebalik Muhazam berkata: “Aku sudah mengambil kira sama ada wujud atau tidaknya hukum Lord Reid.” itu.
Peliknya mentaliti Muhazam, di awal tadi dia berkata: “Aku tak cerita apa2 pasal Lord Reid di situ”, tetapi pada masa yang sama pula, dia berkata: “Aku sudah mengambil kira sama ada wujud atau tidaknya hukum Lord Reid.”. Tidak payah bercerita pun, namun kita tahu dan boleh baca minda anda, Muhazam drpd apa yang anda kemukakan.
Muhazam menulis:
“Sama ada wujud atau tidak hukum Lord Reid itu, siapakah yang paling berkuasa DARI SUDUT PEMAHAMAN KAU, dlm pemerintahan negara ini ? Agung atau PM ?”.....
SAMA ada wujud atau tidak hukum Lord Reid itu, bagi Malaysia perkara asas ialah kedua-dua Agung dan PM tidak mempunyai kuasa bagi melaksanakan Hukum Hudud itu, kerana kedua-dunya dijajah oleh Hukum Lord Reid. Itulah sebabnya PAS berjuang agar Hukum Lord Reid itu dipinda supaya membolehkan Hukum Hudud itu dapat dijadikan undang-undang kepada rakyat yg beragama Islam di Malaysia.
Apakah Muhazam tak teringin langsung supaya Hukum Lord itu dipinda agar Hukum Hudud itu dapat dikuatkuasakan, sedangkan Muhazam tahu Agung dan PM kedua-duanya tidak mempunyai kuasa melaksanakan kerana ditegah oleh Hukum Reid itu, dan PM sendiri tidak mahu Hukum Reid itu dipinda? (Kita amat berharap Muhazam menjawab soalan ini!)
Muhazam berkata:
“Selama ini kau dok jawap "Agung" ! Kalau YDPA paling berkuasa, MAKA HENTIKAN SEGALA USAHA KAU MENDESAK PM DAN UMNO MELAKSANAKAN HUDUD. TALAKAN SEMUA DESAKAN KAU KPD YDPA. TAK GUNA ADA KUASA SEBAGAI PM SEBAB YDPA YG LEBIH BERKUASA.”....
WAHAI Muhazam, bilakah kira pernah menjawab “Agung”? .... hanya sepatah perkataan? Quote sajalah apa yang kita kata sepenuhnya, supaya tidak membuat fitnah!
YDPA paling berkuasa sebagai Pemerintah Tertinggi di Malaysia, tetapi bab Hudud, Baginda tidak mempunyai apa-apa kuasa, kerana dijajah oleh Lord Reid. Untuk dapat Hukum Hudud itu dilaksanakan, Perlembagaan Lord Reid itu wajib dipinda, supaya YDPA dan PM mempunyai Kuasa menjadikan Hukum Hudud sebagai undang-undang di Malaysia. Apakah Muhazam tidak mahu YDPA dan Agung mempunyai kuasa supaya Hukum Hudud itu menjadi undang-undang? Tetapi PM sendiri tidak mahu mempunyai kuasa itu maka itulah sebabnya PM sendiri tidak mahu Perlembagaan Lord itu dipinda. Yang mahu hanya PAS, tetapi Muhazam telah mengkhianati Hukum Allah (Hudud) itu dari dapat dilaksanakan kerana menuduh PAS pula sebagai Bughah!
Muhazam berkata:
“Bubar PAS sebab perjuangan PAS tak berguna sebab YDPA tidak dipilih secara demokrasi. Kalau PM PAS memerintahpun kalau YDPA tak mahu hudud, tak jalan juga hudud tu.”...
KITA nampak sekarang, siapakah yang Bughah! Kumpulan Muhazam menyeru kita supaya menderhaka kepada YDPA dan PM pada perkara yang YDPA dan PM sendiri restui, yang meluluskan kewujudan PAS. YDPA selaku Ketua Agama di Malaysia tidak pernah pun meminta PAS dibubarkan, dan PM sendiri yang meluluskan pendaftaran PAS. Meminta agar PAS dibubabarkan bererti menentang (mengikut kefahaman Muhazam perkataan “menentang” Pemimpin/Pemerintah adalah Bughah) Pemerintah. Oleh itu kumpulan Muhazamlah yang melakukan Bughah.
Muhazam berkata:
“Persoalan undang2 lord of the reid tak timbul. Persoalannya siapa yang paling berkuasa untuk melaksanakan hudud itu dan siapa yang paling berkuasa MENUKAR PERLEMBAGAAN DAN UNDANG2 LORD REID ITU ?”.....
PERHTIKAAN berdolak-daliknya Muhzam, di atas tadi Dia berkata: “Aku sudah mengambil kira sama ada wujud atau tidaknya hukum Lord Reid.”, lepas itu dia berkata pula: “Persoalan undang2 lord of the reid tak timbul.”. Apa hal ni Muhazam?
Buat masa sekarang ini tidak ada siapa pun yang berkuasa untuk melaksanakan hudud itu kerana dijajah oleh Perlembagaan Lord Reid itu. Yang kerkuasa menukar Perlembagaan dan Undang-Undang Lord Reid ialah Parlimen di bawah kuasa majoriti ¾ ahli Parlimen di mana ¾ ahli parlimen itu adalah diketuai oleh PM. Tetapi apabila PM sendiri tidak mahu menukar dan memindanya, tidak mahu Hukum Allah (Hudud) itu dijadikan undang-undang, salah siapa? Apakah menjadi Bughah di pihak PAS yang mahu menukarkan penjawat jawatan PM (melalui pilihanraya yang direstui oleh YDPA dan PM sendiri) kepada golongan yang mahukan Hukum Allah (Hudud) itu dijadikan undang-undang? Bagi pihak Muhazam, hanya bab Bughah saja yang dia peduli, tetapi bab Negara tiadanya Hukum Hudud, tiadanya PM mahu meminda Perlembagaan Lord Reid supaya Hukum Allah itu boleh dikuatkuasakan sebagai undang-undang; pihak Muhazam tidak pernah peduli pun dalam Laman Forum ini.
Muhazam berkata:
“Kalau kau rasa hujah YDPA vs PM kau tu masih utuh, aku nak tengok kau jawap.”.....
WAHAI Muhazam, kita tidak pernah berforum mahu main “rasa”. Utuh atau tidaknya hujah kita, bukan kita yang menilainya. Tetapi apabila hujah-hujah anda menyelweng kita akan hujah-balas dengan tidak memki-hamun atau mencercaa, kerana orang yang suka mencerca orang itu, ia bukannya orang mu’min!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |