VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: UNTUK MEREKA YANG MENUDUH PAS ADALAH BUGHAH.


Author:
Pemerhati
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 16:15:51 01/27/05 Thu

PENAFSIRAN Hadis-hadis mengenai Bughah oleh pihak Muhazam dan JIN selama ini adalah penfasiran mereka bermotifkan politik machiavellisme, bukannya berlandaskan Syarak; itulah sebabnya mereka sanggup membuat fitnah dan menuduh PAS adalah puak Bughah. Itulah sebabnya Muhazm hanya berani menjawab hujah-hujah pihak kita di laman web lain yang dibuatnya sendiri, supaya kita tidak berpeluang menghujah-balas di laman webnya itu.

Apabila kita hujah-balas, Muhazam melabel pihak kita mengulang-tayang; recycle hujah-hujah yang dia kata sudah pihaknya berikan jawapan. Bagi Muhazam, perkara agama, tidak perlu dilang-tayang; itulah sebabnya dia pertikaikan pihak kita yang mengulang-tayang. Bab Bughah adalah bab Agama, dan untuk mencari kebenaran, Muhazam tidak mahu diulang-ulang tayang.

Kita rujuk balik beberapa Hadis yang antaranya mereka telah paparkan sebagai landasan mereka menuduh PAS kononnya Bughah dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina. Kita dapat mengesan bahawa tafsiran mereka telah menyalahtafsirkan hadis-hadis berikut:

1. Rasulullah SAW bersabda :

Sesiapa yang telah mengangkat(bersetuju melantik) seorang pemipin kemudian memberikan padanya uluran tangannya dan buah hatinya(sebagai tanda persetujuan), maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika dating orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir(penentang), aku (Abdulrahman bin Abdul Rabbi’l Kabah) bertanya : Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah SAW? Ia (Abdullah bin Amr) menjawab: Aku mendengar (hadis ini) dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku”. [H/R Muslim 3/1472. Abu Daud 4/97. Dan Ibnu Majah 2/1306].


Perhatikan:
Dalam maksud hadis No.1 tersebut adanya ungkapan: “ maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin”.

Pernahkah selama ini kita temui postings drpd. Muhazam dan JIN dan lain-lain yang menyokong Muhazam dan JIN yang menuduh kononnya PAS adalah Bughah, mereka menghuraikan maksud ungkapan “maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin” yang terdapat dalam maksud Hadis tersebut di atas? Tidak pernah! Ini adalah kerana mereka mahu menyembunyikan maksud ungkapan “mentaatinya sedaya mungkin.” itu.

Apakah maksud “ maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin” itu? Dengan adanya ungkapan tersebut, bererti bahawa ketaatan terhadap Pemimpin, mengikut maksud Hadis itu adalah bersyarat, iaitu mentaaaaaaatinya setakat yang terdaya saja; tetapi apabila sudah tiadanya terdaya lagi kerana Pemimpin itu melakukan maksiat, kemungkaran dan tidak mahu menguatkuasakan Hukum Allah misalnya; maka rakyat yang beragama Islam adalah berhak dari segi Syarak membatalkan ketaatan kepada Pemimpin tersebut.

Di Malaysia, bagaimana? Adakah Pemimpin/Pemerintah telah pun mahu mengkuatkuasakan Hukum Allah, iaitu Hudud?

2. Daripada Ibn `Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
'Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang tidak disukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliyyah.' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Perhatikan dalam maksud hadis No.2 di atas, adanya ungkapan “hendaklah dia bersabar”. Dari segi Syarak, apakah maksud “bersabar”? Jangan kita ketepikan konsep “Bersabar” itu mengikut Syarak, kerna “bersabar” itu ada had dan batasannya. Itulah sebabnya bab “menganiayai” atau “menzalimi” tidak kira siapa, sama ia seorang Pemimpin atau bukan pemimpin, apabila ia melakukan penganiayaan atau kezaliman, Allah SWT mengizinkan pihak yang menganiayi dan menzlimi itu dicerca (Ayat 148 Surah Al-Nisaa’), lebih-lebih lagi terhadap Pemimpin yang enggan menghukum dengan Hukum Allah. Apakah dapat kita bersabar apabila Pemimpin kafir (engkar) tidak mahu menghukum dengan hukum Allah, tetapi menggunakan hukum sekular-kafir terhadap pe jenayah syariah-penjenayah syariaholeh rakyat beragama Islam?

Dalam Hadis itu juga adameneyebut: “Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliyyah.”. Kita tidak boleh pisahkan ayat ini, dengan ayat sebelumnya kerana sudah pastilah ia merujuk kepada keperihalan keadaan mengenai ayat yg berada sebelumnya itu, iaitu tertakluk juga kepada maksud “Bersabar” itu. Apa maksud bersabar mengikut Syarak? Apakah bersabar mengikut syarak, bersabar itu tiada had dan batasannya?

Apakah sesuatu jemaah itu, apabila jelas dan terbukti Pemimpinnya engkar, enggan menghukum dengan hukum Allah, kita wajib memberikan terus ketaatan, dan kita tidak boleh meninggalkan jemaah itu, dan meninggalkannya, kita akan mati jahiliyyah, sedangkan Pemimpin jemaah itu sendiri melakukan perkara-perkara jahiliyyah?

3. Daripada `Awf bin Malik al-Asyja`ie beliau berkata, 'aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
'Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan untuk kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah yang kamu benci mereka dan mereka bencikan kamu, kamu laknat mereka dan mereka melaknat kamu.' Kami berkata, 'Wahai Rasulullah, bolehkah kami memerangi mereka?' Baginda menjawab, 'Jangan! Selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat, maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukan itu dan jangan sekali-kali mencabut ketaatan.' (Riwayat Muslim, Ahmad)

Perhatikan maksud Hadis No.3, di atas, terdapatnya ungkapan: “..... kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat, maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukan itu dan jangan sekali-kali mencabut ketaatan.”

Apa maksudnya “..... dan jangan sekali-kali mencabut ketaatan”? Perhatikan semula maksud Hadis No.1, di atas, terdapatnya ungkapan: “.... maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin”. Adalah jelas bahawa maksud “..... dan jangan sekali-kali mencabut ketaatan” dalam Hadis No.3 itu, adalah tertakluk juga kepada maksud “ maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin”. Jika tidak, akan menjadikan Hadis No.1 itu menjadi bercanggah dengan Hadis No.3. jika mana-mana pihak menfsirkan bahawa maksud “..... dan jangan sekali-kali mencabut ketaatan” itu sebagai walaupun sudah tidak da daya lagi memberikan ketaatan, namun mesti wajib juga taat. Adalah mustahil adanya hadis sahih yang bercanggah.

Juteru, ketaatan terhadap PEMIMPIN dan JEMAAH dari segi Syarak ada batasannya, iaitu batasan ketaataan adalah setakat sedaya mungkin, dan batasan terhadap ketaatan kepada Jemaah adalah setakat yang dibenarkan “bersabar” oleh Syarak. Ini adalah kerana dalam ajaran Islam, ketaatan kepada Pemimpin itu setakat sedaya mungkin, dan ketaatan kepada jemaah itu juga, setakat mana kita boleh bersabar justeru Islam bukannya Agamaaa yang mengajar kit supaya taat dan bersabar membuta-tuli!

4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
'Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia.? Aku (Huzayfah) bertanya, 'Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat dengan suasana itu wahai Rasulullah?' Jawab baginda, 'Kamu dengar dan taat walaupun dia (pemimpin itu) menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat.' (Riwayat Muslim, al-Bayhaqi dll.)

Perhatikan dalam Hadis No.4 di atas, adanya ungkapan “'Kamu dengar dan taat walaupun dia (pemimpin itu) menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat.”. Kita jangan lupaaa kepada maksud Hadis No.1 tadi, bab taat, iaitu “... mentaatinya sedaya mungkin”. Apakah bagi Muhazam dan JIN, apabila menafsirkan Hadis No.4 di atas, ungkapan “.... mentaatinya sedaya mungkin” mesti jangan dipakai sebagai kriteria mengenai ketaatan? Jika ya, bererti Muhazam dan JIN telah menolak maksud Hadis No.1 itu.

5. Daripada `Ubadah bin al-Somit beliau berkata,
'Kami telah membai`ah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama ALLAH.' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Perhatikan maksud Hadis No.5 di atas, adanya ungkapan “.... melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama ALLAH”. Perkataan “melainkan” itu sendiri menunjukkan ketaatan terhadap Pemimpin adalah bersyarat, tidak boleh membuta tuli. Bagaimanakah apabila terang-terang Pemimpin yang engkar, tidak mahu menguatkuasakan HUKUM-HUKUM ALAAH, apakah ia bukannya telah melakukan kekufuran dalam agama ALLAH? Apakah bagi JIN dan Muhazam, Hukum Hudud itu, bukannya Hukum Allah? Apakah Pemimpin/Perintah yang berkuasa yang enggan menjadikan Hukum Hudud sebagai undang-undang kepada rakyat beragama Islam, mereka bukannya golongan yang melakukan kekufuran dalam agama ALLAH? Apakah Pemimpin/Pemerintah jenis, jika rakyat tukarkan mereka sebagai Pemimpin/Pemerintah melalui pilihanraya, maka hukumnya rakyat berkenaan melakukan Bughah?

6. Daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata,
'Wahai Abu Dzar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta al-faie ini?' Jawab Abu Dzar, 'Demi ALLAH yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan.' Baginda pun bersabda, 'Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu' Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku.' (Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban, Ibnu Hibban menthiqqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul).

Perhatikan maksud Hadis No.6 di atas, terdapatnya ungkapan: “Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku.”. Apakah maksud “bersabar” dan “sehingga engkau menemuiku”? dalam maksud hadis tersebut?

Seperti yang telah diperkatakan di atas tadi, “bersabar” adaa batasan dan hadnya. Ketaatan terhadap Pemimpin juga ada batasan dan hadnya, iaitu setakat “sedaya mungkin”. Apakah maksud “......sehingga engkau menemuiku”? Saudah pastilah maksud “engkau” itu, adalah Abu Dzar, bukannya kita sekarang ini kerana Rasulululah s.a.w. telah pun wafat. Yang tepat bagi kita sekarang ialah mengguna-pakai maksud “sehingga engkau menemuiku” itu, bermaksud kita kena merujuk kepada Hadis-Hadis Baginda s.a.w. sebagai maksud “menemui Baginda”. Dan dalam hal ini, kita juga telah “menemui Baginda”, iaitu melalui Hadis Bginda, iaitu:
“Sesiapa yang telah mengangkat(bersetuju melantik) seorang pemipin kemudian memberikan padanya uluran tangannya dan buah hatinya(sebagai tanda persetujuan), maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika dating orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir(penentang), aku (Abdulrahman bin Abdul Rabbi’l Kabah) bertanya : Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah SAW? Ia (Abdullah bin Amr) menjawab: Aku mendengar (hadis ini) dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku”. [H/R Muslim 3/1472. Abu Daud 4/97. Dan Ibnu Majah 2/1306].

Dan kita semua pun bertemu dengan sabda Baginda, iaitu: “.... maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin.”. Dengan sebab itu walau apa jenis ketaatan pun terhadap Pemimpin, hendaklah mentaatinya setakat “sedaya mungkin” sahaja, tidak lebih dari itu!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Makin bertubi2 pekung para penganut mazhab abuya Rasul Dahri terdedah seluas2nya!UMNO Tongkat20:41:02 01/27/05 Thu
Muhazam, sila jawab posting Pemerhati itu SEPENUHNYA!Salaman12:57:33 01/28/05 Fri


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.