VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: Kuasa Hakim kalahkan PM


Author:
siswasiswi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 16:09:49 09/06/05 Tue


Ingin saya bawakan satu kisah Sejarah Kehakiman Vs PM yang mana badan kehakiman menidakkan keputusan-keputusan PM dengan kata lain keputusan PM boleh diBATALkan. Adakah ini BUKTI bahawa PEMERINTAH SEBENAR YG PALING BERKUASA ADALAH TERLETAK PADA PERDANA MENTERI??? PM dikalahkan dalam beberapa keputusan mahkamah. Sudahlah tu wahai Muhazam&CO. Terimalah hakikat perlembagaan Malaysia!!!


Ucapan Lim Kit Siang di forum awam bertajuk Harun Hashim: Seorang Hakim yang Ulung” anjuran DAP.


Pada Oktober 1987, Harun merupakan tumpuan utama ribut perlembagaan yang bergolak. Pada 10hb Oktober 1987, dalam ucapan Lim Kit Siang di Kesatuan Xavierian di Pulau Pinang bertajuk “Renungan kenegaraan Malaysia selama 30 tahun”, Lim Kit Siang telah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlakunya krisis perlembagaan. Lim Kit Siang merujuk kepada spekulasi yang hangat pada masa itu mengenai persediaan pihak Pentadbiran untuk ‘menyerang’ badan kehakimanan di dalam mesyuarat Parlimen akhir bulan berkenaan, samada menerusi usul pendakwaan terhadap seorang hakim Mahkamah Tinggi – sesuatu yang tidak penah berlaku dalam sejarah Parlimen – atau menerusi pindaan ke atas Perlembagaan supaya pihak Pentadbiran berupaya merampas kuasa badan kehakiman.

Hakim yang menjadi tumpuan pada masa itu adalah Allahyarham Harun Hasim. Pada masa itu, peristiwa krisis kehakiman telah sempat dielakkan buat sementara, kerana sesi mesyuarat parlimen pada akhir tahun 1987 tidak membangkitkan isu usul pendakwaan terhadap Harun. Sebaliknya, dua minggu kemudian, berlakulah Operasi Lalang, di mana penahanan beramai-ramai mengambil tempat. Karpal dan Lim Kit Siang antara 106 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Apabila krisis kehakiman akhirnya tercetus dan mengakibatkan kesan-kesan yang serius lapan bulan kemudian, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, telah menggantikan tempat Harun sebagai sasaran serangan pihak Pentadbiran, dan turut mengakibatkan pemecatan Salleh dan dua orang hakim Mahkamah Tertinggi, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Seah, dan bermulalah bad krisis kehakiman yang pertama dalam sejarah Negara kita.

Allahyarham Harun telah memainkan peranan yang penting dalam satu zaman yang telah dihuraikan oleh Menteri Undang-undang Datuk Dr Rais Yatim dalam bukunya Freedom under Executive Power in Malaysia sebagai:

“Zaman 1986-1989 mungkin boleh diringkaskan sebagai masa paling gemilang buat badan kehakiman di Malaysia kerana dalam tempoh yang singkat itu, ia telah melahirkan beberapa keputusan yang menggalakkan kebebasan. Keputusan-keputusan kehakiman ini tidak disukai oleh Perdana Menteri. Perasaan tidak suka beliau terhadap pihak kehakiman menjadi ketara apabila beliau dikalahkan dalam beberapa keputusan mahkamah.” (ms 318)

[“The period 1986-1989 could perhaps be summarized to be the finest hour of the Malaysian Judiciary for it was during this short period that it handed down those few judgments that gave freedom a boost. These judgments did not go down well with the Prime Minister. His dissatisfaction with the judiciary came into sharp focus when he was clearly stung by the various decisions of the court”. (p. 318).]



Sebagaimana yang disebutkan oleh Rais dalam kajian kedoktorannya, tiga perkara utama yang paling menjengkelkan Perdana Menteri pada masa itu adalah: kes-kes yang bertentangan dengan kehendak kerajaan, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa orang hakim di luar mahkamah (khasnya oleh Allahyarham Harun) di majlis-majlis rasmi seperti seminar dan forum, serta keputusan dan pengisytiharannya yang dibuat dalam sesetengah kes. Kes-kes yang paling menyakitkan hati pihak pentadbiran termasuklah Berthelsen v. Ketua Pengarah Imegresen, Lim Kit Siang v. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed, Lim Kit Siang v. UEM & Kerajaan Malaysia, Karpal Singh v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Aliran v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri serta kes UMNO 11. Dan kenyataan-kenyataa luar mahkamah termasuklah cadangan oleh Allahyarham Harun di forum akademi sebuah universiti tempatan bahawa Dewan Negara sebagai Dewan kedua Parlimen akan menjadi lebih efektif sekiranya keahliannya dirombak semula.



Dalam kolumnya di New Straits Times “Benchmark” pada 18hb Mei 2003, Allahyarham Harun menulis “Bertahun-tahun lamanya, sebelum dan selepas kemerdekaan, Malaysia menikmati reputasi kerana kehakimannya yang bebas, tidak berat sebelah dan bersih.”



Rais bersetuju sepenuhnya dengan pandangan ini apabila beliau berkata dalam bukunya:

“Sejak merdeka, badan kehakiman menikmat hak kebebasannya dan tidak seorang pun bekas perdana menteri, yang kebetulan semuanya mendapat latihan perundangan dari England, yang pernah campur tangan dalam hal kehakiman.” (ms 307)


[“Since merdeka the judiciary had by and large enjoyed its share of independence and none of the previous three Prime Ministers, who had incidentally received their legal training in England, as much as nudged the judiciary.” (p. 307)]



Bagaimana pun semua ini dihancurkan oleh krisis kehakiman pertama yang berlaku dalam tahun 1988. Rais menggulung:

“Peristiwa melucutkan Ketua Hakim Negara adalah berlandaskan kehendak pihak pentadbiran untuk memiliki kuasa mutlak dalam soal hala tujuan badan kehakiman di masa depan. Mesjnya jelas: Hakim hanya dibenarkan menakrif undang-undang menerusi cara yang ditentukan oleh pihak pentadbiran menerusi bahasa-bahasa yang diluluskan oleh parlimen... Dalam iklim sebegini, tidak salah jika dikatakan bahawa kebebasan kehakiman hanya merupakan satu ilusi.” (ms 360)

[“The whole episode of removing the Lord President was based on the desire of the executive to have an untrammeled say in the direction the judiciary should take in future. The message is clear: Judges are only allowed to interpret the law in the way that the executive had determined through the language passed by Parliament. … Needless to say that with this state of affairs at hand the independence of the judiciary may be seen as being merely illusory. (p 360).”]



Dan paling terus terang lagi, Rais berkata:

“Dalam keadaan ini, bagaimanapun, rakyat Malaysia yang dikaburi oleh media yang terus dikawal rapi, telah salah anggap bahawa tidak berlakunya kemerosotan dalam doktrin pemisahan kuasa dan bahawa kehakiman kita kekal bebas tanpa diganggu. Tetapi ini semuanya tidak benar. Apa yang tidak diketahui oleh seseorang tidak akan dirasai kehilangannya. Tetapi mereka yang terlibat dalam sistem perundangan sedar tentang hal yang sebenarnya dan krisis yang melanda sistem kedaulatan undang-undang di Malaysia.” (ms 379)


[ “Under the present circumstances, however, the Malaysian people by way of a consistently controlled media are being led to accept the view that there has been no demise of the doctrine of separation of powers and that the judiciary is as such unscathed in all respects. How true it is of the truism: what one does not know one does not miss. But the legal fraternity in particular knows the horrendous reality that the crisis has brought upon the rule of law in Malaysia.” (p.379)]



Semua ini adalah sebelum lebih banyak lagi krisis yang melandai badan kehakiman kita setelah penerbitan buku Rais dalam tahun 1995, dan masih tidak kelihatan sebarang harapan untuk pemulihannya – sungguhpun dua orang Ketua Hakim Negara telah mengambil alih tugas berkenaan berturut-turut dalam tiga tahun yang lepas.

P/S Penghormatan terulung kepada Harusn Hashim adalah dengan memulihkan kebebasan badan kehakiman dan system pemisahan kuasa antara pihak pentadbiran dan kehakiman ke tahap yang paling membanggakan dalam tempoh 1986 – 1988 sebagaimana yang diakui oleh Rais Yatim dalam tulisannya “Freedom Under Executive Power in Malaysia”

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
eh mintaklah hakim yg laksanakan hudud weh...napa plak ko nak kacau PMPek Dik18:05:07 09/06/05 Tue


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.