| Subject: MENJAWAB MUHAZAM. |
Author:
Pemerhati
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 01:54:31 02/07/05 Mon
Muhazam berkata:
“Pak Rampa kata: Kerajaan dah ambik kira pasal hukum hakam semasa membenarkan pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik berdaftar.
Aku tak tahu la, Pak Rampa ni. Kalau aku kata dia BENGONG, lagi banyak dia tunjuk kebengongannya.”...
KITA tidak tahu dari mana Muhazam dapat yang Pak Rampa itu dah ambik kira pasal hukum hakam semasa membenarkan pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik berdaftar! Pak Rampa itu siapa? Elok Muhazam buat quotation sepenuhnya Pak Rampa itu kata. Adakah dia menulis perkataan “hukum hakam” dalam teks Pak Rampa itu, atau Muhazam hanya mencipta fitnah di Laman Forum ini?
Walau bagaimana pun kita tidak berhak menjawab pertuduhan Muhazam bahawa Pak Rampa itu semakin BENGONG! Tetapi sekadar mengulas balik sekiranya Muhazam merujuk kepada posting kita (Pemerhati), ini jawapannya:
Apakah buktinya Kerajaan tidak mengambil kira pasal hukum hakam semasa membenarkan pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik berdaftar? Sila kemukakn buktinya.
Muhazam terlupa bahawa PAS namanya ialah PARTI ISLAM dan menggunakan perkataan ISLAM dalam nama partinya itu. Apakah sewenang-wenangnya saja Kerajaan tidak mengambil kira hal hukum-hakam, apabila PAS menggunakan perkataan ISLAM dalam nama partinya itu? Siapakah yang BENGONG?
Muhazam berkata:
“Kalau betul macam tu Pak Rampa, tak timbullah isu nak tegakkan hukum hudud. Sebab tentu kerajaan dah ambik kira hukum hakam halal haramnya dlm nak menjalankan hudud atau tidak. Yang nyata, kerajaan tak laksanakan hudud. Kalau ikut formula kau tu, tentulah ianya syar'i sebab dlm membenarkan pendaftaran PAS pun kerajaan sudah mengkaji halal-haramnya, kan ?”...
JANGAN Muhazam nak putar belit fakta! Yang kira rujuk bahawa Kerajaan mengambil kira iaitu ialah jika benar PAS itu hukumnya telah dan sedang melakukan Bughah, kerana fokus kita adalah pertuduhan anda bahawa PAS adalah Bugah, haramnya PAS sebagaimana haramnya zina!
Yangnyata Kerajaan tak laksanakan Hudud, Hukum Allah, tetapi selama ini takkelihatan pun Muhazam mempertikaikan Kerajaan kerana tidak melaksanakan Hukum Allah itu. Mana ada?
Itulah mentaliti Muhazam, suka membuat generalisasi, pandai pula mengata pihak kita ada formula, sedangkan dia sendiri yg menanggap itu sebagai formula. Kita tak pernah membuat formula, sekali lagi Muhazam mengamalkan fitnah! Apa, Rasul Dahri tak pernah mengajar anda bab memfitnah dalam Islam, hanya bab bughah dan bidaah sajakah yang dia ajar? Demikian juga bab mencerca orang mengatakan BENGONG, Rasul Dahri tak ajarkan anda bab mencerca dalam Islam?
Baba Agama Islam, bukan bawah kuasa PM. PM juga tertakluk di bawah kuasa yda DAN Majlis Fatwa Kebangsaan. Dengan sebab itu, PAS yang menggunakan perkataan ISLAM bagi nama partinya juga, bekas PM cuba nak hapuskan perkataan ISLAM itu dari nama parti PAS, tak boleh, gagal kerana kuasa Majlis Fatwa lebih tinggi dari kuasa PM.
Sudah pastilah, apabila sesebuah parti politik yang nak gunakan perkataan ISLAM bagi nama partinya, ia juga adalah tertakluk kebenaran Kerajaan, dan telah diambil kira oleh Kerajaan serta Majlis Fatwa Kebangsaan. Contohnya Al-Arqam, Kerajaan tentu ambil kira hukum hakamnya, dan merujuk kepada Majlis Fatwa, memnta pandangan dan keputusan drpd. Majlis Fatwa.
PAS bukannya sebuah parti yang dianggotai setakat 20-30 orang, tetapi ribuan, dan masakan Majlis Fatwa kebangsaan tidak ambil peduli kerana melibatkan maslahat umat islam di negara ini, jika Kerajaan meluluskannya, sedangkan jika haramnya PAS sebagaimana haramnya zina. Sedangkan pasangan berzina sepasang dua pun, Jabatan Agama ambil tindakan, inikan pula ribuan orang yang menyertai PAS, Jabatan Agama takambil tindakan pun!
Kalaulah haramnya PAS sebagaimana haramnya zina, apa fasal hanya pasangan berzina saja jabatan Agama ambil tindakan, sedangkan ribuan ahli PAS, Kerajaan sendiri yang luluskan pendaftaran parti PAS itu! Ini membuktikan bahawa pertuduhan anda bahawa PAS adalah bughah, haramnya PAS sebagaimana haramnya zina, adalah merapu, menghina hadis-hadis mengenai Bughah! Sedarlah, implikasinya bagi pertuduhan anda itu, menghina hadis-hadis mengenai Bughah itu.
Muhazam berkata:
“Majlis fatwa juga dah mengeluarkan hukum haram ke atas peraduan melalui SMS. Aku tengok peraduan SMS masih bertimbun dlm majalah kat tepi jalan tu. Bila kerajaan haramkan peraduan tu ? Nak kata kerajaan dah selidik halal-haramnya lalu membenarkan peraduan tu kerana ianya halal, macam mana majlis fatwa kata haram ?”...
Itu kena tanyalah Majlis Fatwa, bila kerajaan haramkan peraduan itu! Kita tidak memberi fokus kepada hal peraduan melalui SMS. Kita hanya fokus kepada pertuduhan anda bahawa PAS adalah Bughah dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina.
Muhazam berkata:
“Jadinya, balik kpd pokok debat antara Pak Rempah dan Pak Rampa: Adakah kerajaan membenarkan pendaftaran PAS setelah dikaji kesyar'iannya ? Dari dua hujah/analogi di atas, jawapnya tentu tidak.>
TIDAK payah kerajaan kaji pun, Kerajaan sudah sedia tahu kerana Majlis Fatwa sejak negara merdeka hingga sekarang, tidak pernah pun membantah/menasihat Kerjaan supaya jangan meluluskan pendaftaran parti PAS kerana mereka sudah sedia tahu, tiada apa salahnya dari segi Syarak parti PAS itu didaftarkan sebagai parti politik dan beroperasi, bagi memenuhi tempat pembangkang dalam parlimen.
Apakah bagi Muhazam, Parlimen, pilihanraya itu adalah haram hukumnya dari segi Sayark. Sila jawab dan berikan nas-nas dan dalilnya.
Sedangkan kumpulan Al-Arqam yang tidak menggugat UMNO pun Kerajaan haramkan kerana pembawaan akidahnya dikatakan menyalahi syarak, apatah pula jika benar PAS adalah Bughah? Sebab PAS bukan Bughah-lah, Kerajaan luluskan pendaftarannya. Sebab Majlis Fatwa tidak mendapati PAS adalah bughah-lah, Majlis Fatwa tak haramkan PAS, tak tegah Kerajaan meluluskan pendaftaran PAS. Hanya pihak anda saja yg mengatakan PAS itu bughah bagi memenuhi politik- machiavellisme anda sendiri!
Orang yang mengamalkan politik-machiavellisme seperti Muhazam bukan ambil kira dosa-pahala, itu sebabnya Muhazam pernah mengatakan di ALAM MAYA (Cyber) ini tidak mengapa memaki-hamun orang! Itulah sebabnya juga Muhazam tak pernah ambil peduli kepada maksud hadis yang mengatakan bahawa orang yang suka mencerca orang, ia bukan orang mu’min, kerana dalam postingnya ia teruskan juga mencerca mengata mengina Pak Rampa itu sebagai BENGONG! Inilah produk murid Rasul Dahri, bercakap saja fasal hadis itu dan hadis ini, tetapi muridnya takambil peduli pun nak mematuhi maksud hadis yang satu itu, iaitu jangan mencerca orang!
Termasuk apa yang dimaksudkan dengan politik-machiavellisme antaranya termasuklah menggunakan kemahiran dalam bidang teknik perkomputaran, memanipulasi laman forum suapaya pihak lawan yang dapat mematahkan hujah-hujah, tidak dapat menghantar posting-balas; supaya para audians melihat bahawa postingnya itu sebagai kelihatan taiada ada sesiapa yang mampu dapat memabals-mematahkan hujahnya; dan juga menjawab-balas di laman web lain yang dibinanya sendiri, di sana tempat mengutuk dan mencerca; tetapi tidak disediakan ruang dan peluang untuk sesiapa dapat menghujah-balas. Baginya, perbuatannya mengutuk-menceraca di laman lain, itu tidak ada kena mengenanya dengan hukum dalam agama, kerana di ALAM MAYA baginya tiadanya kiraman katibin!
Ilmu yang Allah SWT. Kurniakan menjadi pakar dalam bidang perkomputaran bagi orang yg mengamalkan politik-machiavellisme adalah dijadikan sebagai wahana bagi memenuhi keperluan melalui saluran yang berupa "matlamat menghalalkan cara" kerana dalam kehidupannya mengenapikan saja Ayat 162 Surah Al-An’aam!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |