Subject: Bukti Umno lahir dari dokongan Penjajah Inggeris |
Author:
Kak sampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 12:11:29 09/12/05 Mon
Berpuluh-puluh tahun sebelum 31 Ogos 1957, tanah melayu berada di dalam keadaan yang sungguh tidak aman. Di sana-sini lahirnya pejuang bangsa yang menuntut kemerdekaan dari penjajah "nyata" iaitu inggeris.
Dalam masa yang sama, lahirlah parti atau pertubuhan yang menjadi landasan bagi pejuang bangsa ini. Antaranya HIzbul muslimin iaitu parti gerakan islam pertama di tanah melayu, PKMM (parti kebangsaan melayu malaya.) Sayap pemuda PKMM iaitu API (Angkatan pemuda Insaf) dan AWAS (angkatan wanita insaf ) sebagai sayap wanita. PETA (pembela Tanahair) BATAS (Barisan Tani Malaya), dan Malayan Democratis Youth League. Dan kesemua parti ini telah diHARAMkan kecuali UMNO.
Mengapa UMNO tidak diharamkan?????ini adalah kerana UMNO adalah parti belaan,didikan dan belaian penjajah inggeris ketika itu. Dan melalui UMNOlah tanah melayu diberi kebebasan berkerajaan dari penjajahan nyata ini.
Dan UMNO jugalah yang mentadbir tanah melayu sehingga kini.
Dan umno jugalah sebenarnya penjajah bangsanya sendiri bermula pada tarikh 31hb Ogos 1957 hingga hari ini.
UMNO adalah penjajah "maya"
UMNO adalah penjajah sebenar yang selalu dilaung-laungkan oleh mahathir sebagai "penjajahan cara baru". Mahathir adalah bapa kepada penjajahan cara baru ini.
Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar tanah melayu. UMNO tidak lain hanya kuda tunggangan penjajah, jentera pemindahan kuasa dari penjajah. Inilah adalah kerana pada masa itu penjajah inggeris telah hampir tewas kepada pejuang kemerdekaan tulen. Maka UMNO menjadi alat bagi mereka untuk terus menjajah tanah melayu.
Ingatlah,,UMNO hanya alat kesinambungan penjajahan inggeris di bumi melayu tercinta ini.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang kemerdekaan tulen tanah melayu adalah seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Lela, Mat Kilau , Rosli Dobby dan ramai lagi pahlawan-pahlawan melayu.... Mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Mereka telah menggadaikan nyawa untuk membebaskan bumi melayu tercinta ini.
Merekalah pejuang kemerdekaan sebenarnya dan bukannya pemimpin UMNO yang lahir dari golongan bangsawan. Perlu dingat bahawa golongan bangsawan ketika itu adalah sekutu penjajah.
Apakah yang sudah kita perolehi setelah 48 tahun "merdeka"?.
Benarkah kita merdeka dan mendapat apa yang kita hajati?
Dan "kemerdekaan" ini, sudahkah memberikan kita sebuah "kepuasan" mutlak?
Sejauh manakah kita telah menggunakan kuasa "kemerdekaan" itu untuk kepentingan bangsa dan agama tercinta ini?
Sejauh manakah aspek-aspek kehidupan kita telah diubah selaras dengan kehendak agama dan bangsa?
Sejauh manakah agenda pelajaran, ekonomi, kebudayaan dan yang paling penting agenda agama islam diletakkan pada dasar yang sepatutnya?
Dalam bidang ekonomi, kita telah menjadi kuli dalam negara sendiri. Kita menjadi hamba dalam rumah sendiri. Segala pembangunan yang kita bina dengan mudah hendak dilelong kepada orang luar hasil dari silapnya formula ekonomi yang dibawa oleh mahathir dengan sokongan UMNO. Kita masih gagal menguasai ekonomi asas tanah air kita sendiri.
Kita telah berpenat-lelah bekerja siang-malam untuk kepentingan mahathir kita berusaha untuk kekayaan mahathir dan kroni-kroninya. Mahathir dan kroninya makan isi dan kita ratah kulitnya sahaja.
Begitu juga dengan sistem pendidikan negara. UMNO masih meneruskan sistem sekular tinggalan penjajah. Apatah lagi dengan mahathir sebagai pemimpinnya. Mahathir telah mengatur dan mengajar kita dan anak-anak bangsa kita menjauhkan tuhan dan mendekati kebendaan. Pembangunan ihsan telah jauh kita tinggalkan akibat dari pimpinan mahathir.
Kita tidak mampu untuk menentang kerana memang kita telah dilatih dan pemikiran kita telah dibentuk melalui media-media mereka seperti utusan malaysia walaupun kita mengerti akibat buruk yang akan berlaku. Inilah nasib kita bangsa melayu di bawah UMNO.
Lihat saja Datuk Sri Anwar Ibrahim. Ketika menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah menggubal akta pendidikan yang baru. Apakah lebih ke arah islam? Hanya beliau yang tahu. Namun begitu, ia telah membuatkan mahathir menjadi begitu takut dan telah bertindak dengan segera. Beliau lantik DSA menjadi Menteri Kewangan seolah-olah "naik pangkat". Itulah mahathir yang takut dengan bayang-bayang sendiri.
SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA MENCURI.
Itulah sejarah yang tercatat mengenai mahathir, sejak mula memerintah selalu tipu rakyat dengan bermacam-macam kisah dan kini beliau telah "mencuri" segala khazanah negara untuk kepentingan anak-anak dan kroni-kroninya atas alasan ciptaan beliau sendiri.
Penjajah inggeris tidak pernah menyentuh soal agama sepanjang penjajahan kerana mereka tahu isu agama cukup sensitif. Tetapi tidak dengan mahathir, beliau secara lantang dan terang-terangan membidas kadhi dan ulama-ulama
yang menjalankan tanggungjawab agama. Nampak gayanya mahathir lebih teruk dari penjajah inggeris. Inilah mahathir bapa penjajahan cara baru bangsa melayu dalam menuju alaf baru.
Oleh itu, marilah saudara-saudara yang dikasihi... bersamalah kita tekad dan bulatkan hati untuk sama-sama berjuang mencari kemerdekaan kedua. Perjuangan kali ini amat sukar berbanding perjuangan dulu kerana penjajahan yang sedang kita alami ini adalah "penjajahan maya".
Bebaskan pemikiran kita dari aturan hidup ciptaan UMNO.
ayuh rakan-rakan......
perjuangkan kemerdekaan kedua.............
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA.......
melalui
REFORMASI..REFORMASI..REFORMASI...
demi
AGAMA DAN BANGSA.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |