| Subject: u.m.n.o. itulah yang Sebenarnya Bughah !!! |
Author:
prihatin
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 01:29:51 03/02/05 Wed
Subject: u.m.n.o. itulah yang Bughah
------------------------------------------
Sebelum u.m.n.o. ditubuhkan telah ada Parti Melayu terbesar ketika Jepun "surrender" tahun 1945, iaitu PKMM dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kesatuan Islam yang dipimpin oleh Guru-guru Agama didalamnya.
Ketika Jepun itu, british tak nampak muka pun ketika itu - semua penakut, cabut lari, bukan nak bela tanah Melayu tetapi nak menyamun aja macam amerika di Iraq.
Kita silap kerana sepatutnya tahun 1945 kita "declare" saja merdeka dari Jepun dan british, seperti Soekarno di Indonesia ketika belanda cabut lari tahun 1945. Apa sebabnya terlepas peluang keemasan ketika itu perlu dikaji semula, mungkin orang Melayu terlalu taat kepada ketua/sultan lebih dari taat kepada ALLAH SWT.
maka british pun di ""Jempuut"" untuk datang semula mengawal suasana di Tanah Melayu dan mengawal raja-raja Melayu menurut hipokrisi diplomasi mereka (untuk meneruskan agenda penguasaan keatas umat Islam nusantara dan sedunia oleh kuasa nasara itu).
Raja-raja termakan lagi dan rakyat ikut kata raja saja.
british meneruskan agenda salib mereka dengan mengharamkan Parti PKMM (Parti Kesatuan Melayu Malaya) yang memperjuangkan hak Orang Melayu Dan Hak Mendaulahkan ISLAM di Tanah Melayu ini. Nama Parti PKMM pun Bahasa Melayu.
Sepatutnya british tiada lagi kuasa diTanah Melayu ketika itu, setelah lari dari jepun.
Tetapi ada segelintir "pentadbir pro british dan talibarut british" yang ambil kesempatan di Malaya ketika itu, seperti Allawi di Iraq dan Karzai di Afghanistan masa kini (mereka juga dikatakan ada kaitan dengan CIA), yang mengintai kuasa dan menyokong usaha british itu.
Maka diharamkanlah oleh british Parti Melayu Islam, iaitu PKMM dalam tahun 1946 dan kemudiannya Parti Hizbul Muslimin dalam tahun 1948.
Maka british mengusulkan pula parti ""tajaan"" mereka dalam tahun 1946 itu juga yang namanya pun dicadangkan oleh mereka dengan mengutamakan bahasa british/inggeris - iaitu u.m.n.o. - kau carilah maknanya - Dan psikologinya, demi untuk menghormati bahasa british dan kuasa british.
Jadi sangat Jelaslah bahawa u.m.n.o. itulah yang Bughah jika itu yang kamu mahu terjemahkan/persepsikan Bughah itu, kerana telah ada parti PKMM (untuk semua orang Islam dan Melayu) sebelum u.m.n.o.
Sangat Jelas bahawa u.m.n.o. itulah yang kamu maksudkan Bughah !
dan u.m.n.o. itulah yang Sebenarnya Bughah !!!
Hati-hatilah bila menulis dan membaca sejarah dari mindset pengampu british yang terus mahu berkuasa.
Hati-hatilah menulis dan menuruti pemikiran pengampu british yang terus mahu berkuasa dan memperkudakan kamu.
malah u.m.n.o. itu pula, terus lulus didaftarkan oleh british pada tahun 1946 itu juga. Sangat jelas u.m.n.o. itu lahir daripada pemikiran penjajah british!
Sangat Aneh pejuang dan askar Melayu yang bersabung nyawa menghalau jepun boleh menerima dengan tersangat Mudah, penjajah british sebagai "Tuan" Semula ??
Mengapa pejuang dan askar Melayu tak teruskan segera menghalau inggeris dan british ??
Malah dijemput Semula kuffar british untuk menasihati ??
Sedangkan rakyat dan pemimpin Melayu seperti Dr Burhanuddin Al Helmy yang masih berjuang untuk menghalau penjajah Inggeris dari terus meracuni raja, pemimpin dan orang Melayu, telah dilabel oleh british dan u.m.n.o. yang sangat pro penjajah ketika itu sebagai pengganas, "radical" dan hingga ada yang dilabel komunis.
Setelah british tidak tahan gerakan anti penjajah dari pejuang Islam, pejuang kemerdekaan dan pejuang Melayu dan pentadbir british kerugian berpanjangan (seperti amerika di Iraq sekarang), lama kelamaan british pun beri 'kemerdekaan' juga, TETAPI bersyarat dan kepada orang2 pilihan british. Orang2 yang sanggup menyambung dasar-dasar british tanpa merugikan ladang-ladang, estet-estet, lombong-lombong, tanah-tanah, budaya, cara hidup dan gaya pemerintahan kuku besi british.
Raja juga, yang terlalu banyak pengaruh ke atas orang melayu ketika itu, telah ikut telunjuk dan nasihat high commissioner/resident/wakil british aje.
Dengan percaturan politik penguasa british terhadap sultan yang paling rapat dengan british ketika itu, maka u.m.n.o. telah dengan resminya di tubuhkan di perkarangan istana lama johor bahru untuk menguatkan lagi "glamour"nya ke atas orang Melayu yang dhaif ketika itu.
Kebanyakan orang tahu, bahawa raja johorlah ketika itu yang terlalu kuat pro british dan mengikut gaya british/baratnya - tengok penutup kepala dan pakaian kesultanan johor pun dah tahu.
Hingga sekarang u.m.n.o. berkubu di Johor.
Jelas, Ketua-ketua Melayu dan pengikutnya termakan dengan mudah umpan british itu, maka berterusanlah penipuan demi penipuan yang dilakukan british lagi terhadap orang Melayu,
seperti isu malayan union (akhir 40an),
perlembagaan reid (50an),
jus soli (50an),
memerdekakan singapura (60an), dan
penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa (akhir 90an).
Bukankah pemimpin awal u.m.n.o. yang dipilih penjajah inggeris/british itu sama juga macam kerajaan boneka di Iraq dan Afghanistan?
Kini kerajaan u.m.n.o. pilihan inggeris itu masih lagi mendewa-dewakan undang-undang Inggeris dan membenci Hudud Islam.
Kini kerajaan u.m.n.o. pilihan inggeris itu masih lagi mendewa-dewakan gaya hidup dan budaya barat.
Kini kerajaan u.m.n.o. pilihan inggeris itu masih lagi mendewa-dewakan bahasa penjajah dan pemerintahan ala kuku besi/isa british.
Dan kini ada pula kedengaran orang u.m.n.o. itu pulak yang menuduh kerajaan allawi di Iraq dan hamid karzai di Afghanistan sebagai boneka penjajah.
Paku dulang, paku serpih.
u.m.n.o. kata orang, u.m.n.o. yang lebih.
Malangnya rakyat telah dilupakan pada sejarah sebenar oleh "total media control", "absolute power of governance" (ala kediktatoran - "absolute power corrupts absolutely") dan orang seperti kamu.
Pemikiran, tanggapan dan otak rakyat sudah dibasuh dengan propoganda pro penjajah, pro kesenangan, pro mahu berkuasa, pro kuasa nasara, pro orientalis, pro membenci Pejuang Islam.
Insaflah kamu, utamakanlah akan Nasib Agama Islam, rakyat dan Bangsa dari memikirkan habuan kuasa yang sedikit di dunia yang sementara ini.
Hati-hatilah menulis dan membaca kerana Kebanyakan sejarah ditulis oleh orang yang menang.
ALLAH U AKBAR!
ALLAH U AKBAR!
ALLAH U AKBAR!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |