VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: MENJAWAB POSTING Drpd. MUHAZAM MUSTPHA.


Author:
Pemerhati
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 21:27:01 02/15/05 Tue






Muhazam@pak rempah berkata:
“Kenapa aku perlu bertanggungjawap membela guru aku ?

Tahu pun kau bahawa orang yg bertanggungjawap tu adalah orang memberikan maklumat dirinya utk dipertanggungjawapkan atas apa2 yg dia lakukan. JADINYA, OLEH SEBAB KAU MASIH MENYAMAR, MAKA KAU ADALAH MANUSIA TAK BERTANGGUNGJAWAP.

Bila masa aku kata aku tak pernah guna nickname ?

Tapi aku gunakan nama sebenar dlm kes hukum bughah kerana aku ingin mencabar supaya korang semua jawap persoalan bughah itu dan kau bertanggungjawap penuh terhadap apa2 yang aku tuliskan.”.
-----------------------------

JWAPAN Pemerhati:
Perhatikan Muhazam ada berkata: “Aku pernah guna nickname utk perkara2 lain selain drp hukum bughah.”. Maknanya, mengikut tanggapan Muhazam, setiap orang yang menggunakan “nick” itu adalah menyamar dan tak bertanggungjawablah! Itulah kenyataan rambang Muhazam. Dan pada masa yang sama pula dia mengatakan: “Bila masa aku kata aku tak pernah guna nickname ?”. Maknanya memang Muhazam pernahlah guna nickname! Dari kenyataan-kenyataan Muhazam itu kita kenallah lebih lagi siapa Muhazam, iaitu orang yang satu masa bertanggungjawab, dan pada masa lain pula dia tidak bertanggungjawab! Ini bererti juga kalaulah benar nickname “pak rempah” itu adalah juga Muhazam Mustapha, bererti semua postings oleh “pak rempah” adalah dari orang yang tak bertanggungjawab!
-------------------------------

Muhazam@pak rempah berkata:
“Diulangi: Aku hanya bertanggungjawap penuh atas apa2 yang aku tulis sahaja. Apa perlu aku bertanggungjawap utk membela Ustaz Rasul Dahri perkara Maulud (bukan hukum bughah), yg aku sudah katakan aku bukan pakar dlm hal itu, dan yg menulis itu pula bukan aku ?”
-------------

JAWAPAN Pemerhati:
Ruapa-rupanya, Muhazam ini jenis orang yang (a) bertanggungjawab penuh, (b) bertanggungjawab separuh, sebahagain, atau sekelumit saja, dan (c) langsung tak bertanggungjawab apabila da gunakan nickname menghantar postings!

Muhazam mengajukan soalan: “Apa perlu aku bertanggungjawap utk membela Ustaz Rasul Dahri perkara Maulud (bukan hukum bughah), yg aku sudah katakan aku bukan pakar dlm hal itu, dan yg menulis itu pula bukan aku ?”

Dari soalan yang diajukan oleh Muhazam itu, jelaslah kepada kita semua sekarang sikapnya terhadap gurunya sendiri dalam perkara Maulud; tak perlu dia bela. Kita nak tahu kenapa tidak perlu Muhazam bela? Bukankah dia guru Muhazam? Atau semamangnya Muhazam sendiri tidak bersetuju dengan pandangan gurunya itu mengenai Maulud? Kita tanya saja!

Dan dari kenyatan Muhazam itu juga, Muhazam akui dia bukan pakar hal Maulud, tapi pakar dalam hal Bughah. Siapa pula pakar rujuk atau guru Muhazam mengenai bab Bughah? Atau Muhazam adalah “self-made specialist” mengenai Bughah? Kita tanya saja!
-------------

Muhazam@pak rempah berkata:
“Tak tahu la kau ni Pak Rampa. Hujah berbelit2 daaaaahhh !!!

Pasal tulisan Maulud itu, dan pasal kutukan kau kpd Ustaz Rasul, juga pasal tulisan Ali Muda itu, aku sudah sampaikan kpd ust dan ust nampaknya bersedia menjawap. Kita tunggu saja.”.
--------

JAWAPAN Pemerhati:
Bagi diri Pemerhati, tak pernah nak “mengutuk” kepada Rasul dahari itu, tapi orang lain tak tahulah! Tak pernah pun Pemerhati gunakan perkataan seperti yang Muhazam selalu gunakan seperti “bengong”, “bahlul”, “hujah berbelit2”, “tak bertanggungjawap” terhadap Rasul Dahri itu. Kalau ada, sialah Muhazam quote dan paparkan!
Baguslah kalau Rasul Dahri sudi menjawab tulisan Ali Muda itu. Itulah fungsi forum, jawab jangan tak jawab; supaya para pembaca boleh belajar dan tahu siapa yang benar dan siapa yang menyelweng pada perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan awam.
Tetapi yang peliknya, jika tidak silap Pemerhati, pak rempah ada membuat kenyataan bahawa apa yang ditulis oleh Ust. Ali Muda mengenai Bughah itu, sudah pun dijawab oleh JIN. Tetapi apabila kita minta jawapan oleh JIN itu disiarkan semula, tak ada siapa pun nak siarkan semula!
Muhazam, kalau sudah berasa diri sebagai pakar bab Bughah, dan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai Bughah, kenapa tidak jawab saja tulisan Ust. Ali Muda itu? Kita tanya saja!


Muhazam@pak rempah berkata:
“Pak Rampa ni amat suka menafikan apa2 yang begitu jelas dia lakukan. Besok kalau dia pergi bertinggong kat tengah jalan dan berak, dgn disaksikan oleh puluhan orang, dia masih akan menafikan yg dia berak tengah jalan. Ala..... macam ada sorang tu yang berlakon kena pukul depan kamera, tapi bila polis tengok dlm rakaman kamera apa pun tarak - tapi masih lagi nak kata dia kena pukul.”
---------
JAWAPAN Pemerhati:
Ya, kita memang suka menafikan apa-apa yang Muhazam@pak rempah fitnah, iaitu yang Pemerhati tak kata, Muhazam tulis kononnya Pemerhati ada berkata itu ini, tetapi apabila Pemerhati minta Muhazam quote apa-apa yang Muhazam kata Pemerhati ada berkat, Muhazam tak buat pun quotation dan tak paparkan pun! itulah Muhazam@pak rempah!

Berulang-ulang kali dia tuduh Pemerhati mencaruti dia dengan berkata Pemerhati ada kata FUCK YOU!” kepada dia, itu sebagai Pemerhati mencarutinya. Tetapi apabila berulang kali pula Pemerhati minta dia quote sepenuhnya paragraf yang Pemerhati ada berkata “FUCK YOU!” itu, dan paparkan semula, Muhazam senyap. Kemudian diulangnya semula menuduh Pemerhati kata “FUCK YOU!” sebagai mencaruti dirinya. Itulah Muhazam. Membuat kenyataan rambang saja kerjanya, tetapi apabila diminta dia sendiri quote berikan bukti, dia senyap!
-------------------------------------------------------------

Muhazam@pak rempah berkata:
“Pak rampa berkata pasal nak recycle soalan2 yang sudah dijawap. Aku tak kesah, wahai Pak Rampa, pasal nak ulang2 kalau orang itu memang tak tahu. Tapi yang kau ni sudah berzaman duduk dlm forum ni tapi sengaja mengulang2 soalan yang sudah dijawap setelah kau menukar nama seolah2 kau orang baru. Kau adalah pengamal sejati kaedah machaivlsdfslda.. apa tu ? Aku tak reti nak eja. Matlamat kau bukan nak menegakkan kebenaran hujah, tapi sekadar nak tutup hujah2 kau yg sudah dijawap dgn cara mengulang soalan2 yg sudah dijawap dan kalau kami tak jawap maka akan diwarwarkan bhw kami kalah debat.”...
-------------
JAWAPAN Pemerhati:
Mengutuk PAS Muhazam pandai, mengutuk itu adalah melibatkan diri dalam hal politik, dan Laman Forum ini sendiri bernama “Forum Politik Nasional”. Pelk, makna perkataan “machiavellisme” pun Muhazam tidak tahu lagi! Apa hal? Orang dah sebut berulang kali, masih juga Muhazam tidak mahu “membangnkan idea” diri sendiri. Pakar ICT - tak boleh nak buat search dalam internet, cari apa itu “machiavellisme”; apa hal?
Dalam Utusan Malaysia pernah pun dipaparkan dalam satu artikel, ada menyebut apa itu “machivalliseme:, iaitu:
“Mengkut Academic Press Dictionary of Science and Technology, machiavellism bermaksud “Perangai yang cenderung untuk melakukan tipu daya dan putar belit demi mencapai cita-cita dan kehendak peribdi”. Itu bukan Pemerhati yang kata, Academic Press Dictionary of Science and Technology” yang kata; yang dipetik oleh penulis artikel dalam Utusan Malaysia, tak beberapa lama dulu. Takkan-lah di Universiti tempat Muhazam berkhidmat, tak ada Dictionary itu? Kalau tak ada di perstukaan, koman sangatlah universiti itu, kan? Tanya saja.

Itulah Muhazam! Dia ingat laman forum ini hanya dialog peribadi antara dirinya dengan Pemerhati saja; langsung tidak mengambil kira faktor bahawa ramai pembaca baru mendatang, yang terpinga-pinga, yang nak tahu. Nak cari dalam arhives tentulah faktor masa, penggalang nak cari. Kita memang suka recyce soalan-soalan terhadap kenyataan rambang oleh Muhazam dan kunco-kunconya kerana hal Agama, sebab bab Bugah adalah bab dalam Agama. Muhazam sering recylce kenyataan rambang, iaitu: PAS adalah bughah, haramnya Pas sebagaimana haramnya zina! Jangan Undi PAS.
Bagi pendatang baru, sudah pastilah nak tahu, apa rasionalsnya Muhazam kata begitu! Itu sebabnya kita recycle semula soalan yang Muhazam dan pihaknya sudah jawab, supaya pendatang baru tahu apa jawapan anda, ulang tayang sajalah jawapan atau rasionals anda itu.

Dan Pemerhati juga suka ulang tayang jawapan-jawapan Pemerhati sendiri di atas perkara yang Muhazam sendiri yang ulang tayang. Ada apa-pakah masalahkah bagi Muhazam bab recycle ini? Muhazam sendiri pun recyle hal “FUCK YOU!” itu, tak ada siapa pun yang komplen! Pemerhati tidak pernah pun kata: Sudah dijawab oleh Pemerhati! Pemerhati jawab lagi, dan lagi walau pun berulang kali, setiap kali Muhazam sendiri recyle, kerana Pemerhati tahu, ini adalah Laman Forum, bukan chatting hanya untuk kita berdua orang saja!
----------------------------------------------------

Muhazam@pak rempah berkata:
“Unless, kau Pak Rampa, adalah seorang SB yang menyamar, yg mahu mengekalkan keaktifan forum ini dlm menghangatkan dan mempopularkan isu bughah. Sudah banyak peforum PAS lain sebelum ini lebih suka mengambil pendekatan berhenti menulis di sini kerana mereka lebih arif bahawa sesebuah forum akan mati kerana kekeringan posting - itulah satu2nya cara terbaik utk membunuh sesebuah forum.”
JAWAPAN Pemerhati:
Salah andaian Muhazam itu. Pemerhati suka kepada Laman Forum “Politik Nasional” ini kerana tema Laman Forum ini adalah “Pembangun Idea”, dan ia juga adalah kelolaan “Idealis Mahasiswa”. Apakah kita harus membunuh sebuah Laman Forum yang menjana “Pembangunan Idea”?
Setahu kita, mereka yang meninggalkan tidak mahu meneruskan berforum-berhujah kerana apabila mereka dapati hujah-hujah pihak Muhazam yang melalut dan mengarut mengenai hal Bughah itu. Ada juga mereka buat komen di FRG tak ada apa gunanya dilayan Muhazam itu ...... , bukannya ada faedahnya.
Tapi bagi Pemerhati, ada faedahnya, iaitu dapat melaksanakan amalmakrufnahimungkar di laman Forum ini, khususnya dapat memberitahu bahawa orang yang suka mencerca orang itu adalah bukan orang mu’min, ada hadisnya!
Apabila dipaparkan maksud hadis tersebut, yang suka memaki-hamun itu pun terus berhenti memaki hamun. Tetapi Muhazam masih juga meneruskannya, mengatak orang “bengong” dan sebagainya!
Pemerhati nak bagi tahu Muhazam di sini, tak payahlah nak meletakkan nilai seperti “bengong”, “goblok”, “bahlul” dan sebagainya itu kepada mana-mana peforum yang menghujah balas postings anda, kerana dengan tiadanya itu semua pun, mereka boleh menilai siapakah yang sebenar “bengong”, “goblok”, “:bahlul” dan sebagainya yang sering Muhazam labelkan.
Kita bukan nak menjurus kepada hal peribadi Muhazam di sini, Cuma ini adalah Laman Forum, Muhazam kenalah “Please be respectful” seperti yg diminta oleh Webmaster Laman Forum ini. Pemerhati sudah berulang kali memapaprkan maksud hadis mengenai orang yg suka mencerca orang itu ia bukan orang mu’min; tetapi Muhazam tak ambil peduli pun pada maksud hadis itu. Yang Muhazam ambil peduli hanya hadis-hadis mengenai Bughah saja. Apa hal, Muhazam? Boleh berikan penjelasan!
-------------

Muhazam@pak rempah berkata:
“Tapi nampaknya Pak Rampa mengambil pendekatan yang berbeza. Kenapa ? Sebelum ni pun sudah ada beberapa peforum yg contact aku yg kata kau ni SB, tapi aku buat tak kesah je. Tapi, sekejap tadi, masa aku hadir dlm kuliah Ust Rasul di Kg Malaysia Tambahan, aku ada ajukan print-out tulisan kau kpd seorang sahabat. Dgn spontan saja sahabat tu jawap kat aku: "Sheikh, ini macam tulisan SB nih !". Ada logiknya jugak bahawa kau ni SB. So, kpd puak2 PAS totok yang skrg sedang dicontact dan dibina rangkaiannya oleh Pak Rampa ni (Pemerhati), berjaga2lah, better be safe than sorry. Takut2 kalau Pak Rampa@Pemerhati ni betul2 seorang SB. SB ni, kaedah perang sarafnya (psywar) amat dalam dan sukar ditelah. Jgn risau, lepas ni mmg Pak Rampa akan tulis kpd korang bhw Muhazam sedang cuba menjatuhkan kredibilitinya kpd korang semua. Dia akan kata "Jgn percaya Muhazam, Muhazam fitnah, Muhazam cuma serkap jarang."”...
-------------------------------------
JAWAPAN Pemerhati:
SB? Apa itu SB? “Syok-Berahi”?, “Suka Bulan (PAS)”, “Special Branch”? Boleh Muhazam jelaskan!
Itulah Muhazam, suka membuat andaian tanpa usul periksa! Logik? Eh, Muhazam, apa makna logik, boleh kau berikan difinasi logik, bila kua kata: “Ada logiknya jugak bahawa kau ni SB.”. Kayu ukur apa yang anda gunakan sebagai logik? Andaian tanpa usul periksa itu, apakah itu logik? Lebih baiklah kau ambil kursus Kemahiran Berfikir, dan baca banyak buku karya de Bono dan lain-lain itu bab cara berfikr. lebih-lebih lagi bacalah buku-buku kaedah dan teknik berfikr mengikut landasan Islam, supaya dapat “Membangun Bersama Islam”!

Kredibiliti? Bab kredibiliti, tak ada sesiapa pun di dunia dapat menghancurkan kredibiliti seseorang itu sekiranya seseorang itu itu sememangnya mempunyai krebiliti, melainkan Allah! Mengikut kelazimannya, krebiliti seseorang itu tak payah ditunjuk-tunjuk pun olehnya, orang akan tahu ia adalah seorang yg mempunyai krebiliti atau pun tidak; walaupun Muhazam melabelnya dengan pelbagai label buruk! Di sebaliknya orangyang suka melabel buruk dengan gelaran-gelaran sifat negatif mencerca itulah yang dengan sendiri keredibiltinya jatuh tersungkur, iaitu dari seorang mu’min, bertukar menjadi bukan mu’min!

Tidakpayah sesiapa pun nak berkata: “Jgn percaya Muhazam, Muhazam fitnah, Muhazam cuma serkap jarang.", namun orang tahu Muhazam memfitnah atau tidak, serkap jarang atau tidak, mu’min atau tidak! You are what you say! Dalam Bahasa melayu pun ada mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Dari bahasa yang digunakan itulah, melambangkan jiwa seseorang itu apa dia. Orang yang asyik mencerca orang saja, jiwanya adalah jiwa orang yang bukan mu’min. Bersetuju tak?

Di atas tadi Muhazam menceritakan:
“Tambahan, aku ada ajukan print-out tulisan kau kpd seorang sahabat. Dgn spontan saja sahabat tu jawap kat aku: "Sheikh, ini macam tulisan SB nih !".
Bolehkah Muhazam siarkan dalam posting Muhazam di Laman Forum ini, apa yang Muhazam print-out itu, kita orang semua boleh baca, yang dinilai oleh sahabat Muhazam itu sebagai “tulisan SB”? Kita semua tunggu! We keep note here!
-------------------------------

Muhazam@pak rempah berkata:
“Balik kpd pasal soalan2 recycle tu. Wahai Pak Rampa, tujuan kami membina website utk memusatkan dan memudahkan proses menjawap soalan itu pun kerana kami mengalu2kan persoalan drp mereka2 yg baru. Kalau orang2 baru tu bertanya soalan yang sudah kami jawap, maka kami akan berikan linknya shj dan suruh orang itu baca di situ. Senang. Kami sudah uji semua hujah2 kami dari segenap segi dan ternyata pihak bughah spt kau ini tidak mampu berdebat dan kering hujah sekering2nya. Maka dengan itu kami merasakan sudah tiba masanya utk kami berpindah ke fasa seterusnya dlm usaha kami menyebarkan hakikat hukum bughah ini kpd masyarakat - fasa pengumpulan hujah2 dari yg seremeh2nya hingga ke yg sehebat2nya. Artikel Ali Muda tu pun kami akan dokumenkan jawapan kami. Jgn risau. Kau teruskanlah mencari mana2 hujah yg kau rasa kami tak mampu jawap. Ini akan memudahkan kami memilih hujah mana yang penting utk didahulukan. Thanks for your help.”
--------------
JAWAPAN Pemerhati:
Yang peliknya, ada laman web lain yang Muhazam bina khas bagi menjawab hujah-hujah Pak Rampa (siapa Pak Rampa?) yang isi kandungannya adalah tulisan oleh Pemerhati sendiri. Tetapi, di laman web itu, tidak pula diberi oleh Muhazam sesiapa boleh menghujah bals balik apa-apa yang Muhazam kata. Boleh Muhazam berikan penjelasan, kenapa Muhazam bina laman web sebegitu? Menegakkan keadilan mengikut landasan Islam-kah begitu? Itulah namanya Muhazam berminda-michiavellisme. Adakah syarak membenarkan perbuatan seperti Muhazam buat itu, perbuatan menikam dari belakang?
Kita sesungguhnya tidak faham apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh Muhazam ini. Kalau kita nak kata dia menegakkan Islam, mencerca orang jadi amalannya bila berhujah. Menikam pula pihak lawannya dari belakang, membina laman-laman web lain bagi menghujah-balas postings yang tersiar dalam Laman Forum ini. Di laman-laman lain itu Muhama mengutuk, mencerca Pak Rampa.

[Siapa Pak Rampa itu, kita pun tak tahu sangat, kecuali ada beberapa artikelnya yang dipaste orang dalam FRG, Forum Trangnu Kite, dan sekali dua dulu di Laman Forum ini. Di atas tadi semacam Muhazam mengatakan Pak Rampa itu berpengaruh benar orangnya? Tak ada pulak dalam media massa nama Pak Rampa atau RAMPA itu kita tengok! Apa hal, orang yang sudah kembali ke Rahmatullah, boleh pulak Muhazam kutuk, dan takutkan pengaruhnya, apa hal?]
--------------------------------------------------

Muhazam@pak rempah berkata:
“Yang Pak Rampa ni pula kecut perut bila kami memulakan website utk mengumpulkan hujah2 debat di sini. Dia sudah merasakan satu hari nanti dia tak boleh lagi recycle soalan2 yang sudah dijawap kerana semuanya akan didokumenkan. "Satu cara Muhazam utk menghalang kita menjawap hujahnya", begitu alasan Pak Rampa. Tengkorak ko ! Yang ko dok copy and paste dari website lain tu boleh pulak. Copy and paste je drp website kami tu, dan jawap di sini. Settle masalah kau nak menjawap. Bukan susah pun.”...
---------------------------------

JAWAPAN Pemerhati:
Ada dua perkara yang berbeda, antara membina laman web lain dan memaki hamun orang di laman web itu tetapi tidak memberikan ruang orang boleh membalas dalam laman web itu juga; dengan “dok copy and paste dari website lain”. Apa yang kita ada dok copy and paste dari website lain dalam Laman Forum ini? Hal siapa dia Rasul Dahri? Itu kita petik dari laman web Rasul Dahri sendiri, tak ada pun mengutuk dia dan memfitnah dia! Orang lain yang mengutuk, itu kita tak tahu. tetapi Pemerhati, tak ada fasal nak mencerca sesiapa! Takut, sebab orang yg suka mencerca orang itu, gugur ia bukan lagi orang mu’min!
Muhazam kata: “Tengkorak ko !” kepada Pak Rampa. Kesian kepada hamba Allah itu yg dah kembali Ke Rahmatullah. Tapi tak mengapa kut, bertimbunlah pahala yang diperolehi oleh Pak Rampa itu hasil maki hamun oleh Muhazam itu!
------------------------------------------------------------------

Muhazam@pak rempah berkata:
“Pak Rampa pun nampaknya sangat risau tanpa Muhazam menulis tanpa kata2 kesat kpdnya. Sehinggakan dlm posting Muhazam yg tiada kata2 kesat tu, Pak Rampa akan menggunakan perkataan "Aku" yg digunakan oleh utk Muhazam utk menuduh Muhazam emosional. Wahai Pak Rampa, aku memang sengaja menggunakan kata2 kesat kpd semua lawan aku dlm berdebat kerana aku ingin lihat kalau2 lawan aku itu akan menjawap balik dgn mengatakan: "Muhazam menggunakan kata2 kesat". Kalau dia berkata begitu, maka sahlah dia tiada hujah. Dari pengalaman aku berdebat, orang yg benar2 mempunyai hujah tidak akan hilite apa2 ttg kekesatan kata2 lawannya, tetapi akan tetap dgn fokus kpd menjawap. Bagi sesiapa yg pernah melihat aku menulis semasa menjawap dgn mata kepala mereka sendiri, mereka tahu dan yakin bahawa aku tidak emosional. Kalau kau nak kata aku emosional, go ahead, itu membuktikan ramalan aku kpd orang2 spt kau.”
---------------------

JAWAPAN Pemerhati:
Tak ada siapa pun yang risau sangat kalau Muhazam menulis kata-kata kesat, mencerca. Yang kami risau satu saja, gugurnya Muhazam lalu menjadi bukan lagi orang mu’min. Itu saja. Ohhh, jadi memang sengaja Muhazam menggunakan kata-kata kesat, mencerca! Banyaklah orang yang Muhazam cerca itu yang bersabar, yang tidak membalas balik mendapat pahala. Tetapi kesengajaan oleh Muhazam menggunakan kata-kata kesat, yang maksudnya mencerca, sahlah di sini bahawa Muhazam sendiri membina dan menempah dirinya menjadi bukan orang mu’min, kerana ada Hadis yang maksudnya:
“Orang yang suka mencerca orang itu, ia bukan orang mu’min”. [HR, a-Bukhari-Muslim].
Muhazam tidak emosional? Baru sekejap tadi dia menngatakan: “Tengkorak ko !”. Bagi Muhazam, itu bukannya Muhazam sedang emosional, tetapi beribadat kepada Allah, betul tak? Kita tanya saja!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
kalau Mentaliti Muhazam cam ni, PEK DIK...???Kak sampah17:31:51 09/09/05 Fri


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.