Subject: Menjawab Persoalan Ulangan |
Author:
samdol
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 14:00:29 08/29/05 Mon
Walaupun tidak dapat mengemukakan sesuatu hujah berdasarkan kepada fakta dan bukti-bukti sahih secara ilmiah, namun sifat tidak mahu menerima kebenaran masih tegar di dalam diri, inilah gambaran yang dapat diungkapkan buat Muhazam dan kawan-kawannya. Saya amat memahami situasi ini kerana saya memerhatikan dari dahulu lagi bahawa mereka menyangka atau perasan yang golongan mereka telah berjaya dalam isu bughah ini. Ia seumpama Pak Pandir, ini adalah label yang layak digelarkan kepada Muhazam dan kawan-kawannya. Saya amat yakin, manakan seorang yang digelar pensyarah dan mempunyai sarjana tidak memahami apa yang saya perkatakan, perjelaskan, terangkan dan huraikan akan tetapi bila saya amati ternyata beliau hanyalah mahir dalam bidang kejuruteraan dan tidak memahamai dalam konteks perundangan. Saya tidak boleh menyalahkan Muhazam kerana itu yang dia pilih.
Di kesempatan ini maka sekali lagi saya akan perjelaskan apa yang cuba dimomokkan oleh golongan ini. Saya amat yakin para pembaca boleh menerima mana yang benar dan yang sebaliknya kerana sudah lama dan banyak yang saya telah jelaskan sebelum ini. Mari kita ikuti...
Sebagai memperlihatkan sifat Muhazam yang tidak mahu menerima apa yang telah saya jelaskan sebelum ini adalah petikan kata-kata
"" Agak lama saya tidak masuk ke sini. Sibuk brother, sibuk. Nampak sangat puak2 bughah ni cuma berminat utk mendiamkan insan yang bernama Muhazam yang hujahnya amat mereka takuti ini. Makhluk yang memanggil dirinya Samdol juga sudah mendiamkan diri setelah dia merasakan matlamatnya utk mendiamkan hujah2 Muhazam sudah tercapai. Biarkan dia perasan sorang2.
Pak Rampa (Pemerhati) juga telah masuk semula setelah dia melihat Muhazam sudah diam. Dia mula merasakan tektiknya dgn cara tidak menghantar posting ke forum ini sudah menjadi kerana forum ini sudah agak sunyi dan Muhazam juga sudah hilang motivasi utk berdebat.
Tapi yang paling menarik, Pek Dik juga sudah muncul kembali. Tahniah atas reincarnation ini. Saya harap Pek Dik masih teguh dgn perjuangan menentang kaum bughah bernama PAS ini. Ingatlah, hukuman hudud ke atas mereka adalah PANCUNG (KILL ON SIGHT, WITH NO MERCY). Apa yang kita lakukan di sini is the least we can do since we have no power to kill them. Ingatlah juga ttg besarnya pahala bagi mana2 jiwa yang membunuh kaum bughah ini, dan ttg besarnya pahala bagi mana2 jiwa Islam yg dibunuh oleh kaum bughah.""
Inilah pemahaman songsang yang amat berbahaya di dalam diri golongan ini kerana mereka terlalu taksub dengan apa yang telah didokmakan dengan doktrin bughah oleh mentor-mentor mereka. Pemahaman ini telah menjadi sedaging dalam diri mereka. Berilah penerangan yang macam mana sekalipun, mereka tidak akan berganjak, tetapi perlu diingat bahawa Allah mampu dan boleh mengubah setiap sesuatu.
Dengan tidak memandang kanan dan kiri Muhazam tanpa segan silu memalukan dirinya dengan mengaku ""Kita sudah berdebat ttg hukum bughah di sini sejak pertengahan 2002 sehingga ke pertengahan 2005 kini. Sudah 3 tahun berlalu tiada satupun hujah kita yang boleh dijentik oleh kaum bughah. Benarlah firman Allah yg mafhumnya: sekiranya al-qur'an (wahyu) itu adalah sesuatu yang direka2 maka pasti kau akan temui banyak perselisihan di dlmnya. Dlm hujah kita, kita hanya guna al-qur'an dan hadis - kita sudah buktikan semuanya saling kuat-menguat dan tiada dalil yg bertelingkah antara satu sama lain walaupun kaum bughah cuba utk melaga2kan dalil2 tersebut. Kalau gagal melaga2kan dalil mereka akan menggunakan hukum akal atau hukum toghut lord Reid utk menghalalkan kewujudan PAS. Tak percaya, tanya Pak Rampa - pakar bab guna-mengguna hukum lord reid ttg YDPA utk menginjak2 hukum Allah (hukum bughah).""
Saya dengan sarat dan penuh dengan hujah-hujah dari AlQuran dan Hadis, fakta-fakta ilmiah telah menangkis segala tomahan Muhazam dan kawan-kawannya. Mereka langsung tidak menjawab dan sememangnya tidak boleh menjawab segala yang telah kita keluarkan. Alih-alih mengaku telah menjawab dan merentap habis hujah-hujah kita. Inilah bahananya jika hidup di awang-awangan dan tidak berpijak di bumi nyata. Kita harap jangan sampai jadi macam Ayah Pin yang kononnya telah naik ke langit.
Setelah meneliti hujah-hujah (kononya hujah tetapi sampah) daripada Muhazam dan kawan-kawannya saya merasa amat kasihan kerana telah diperalatkan oleh mentor-mentor mereka menjadi robot yang tidak memahami apa-apa. Ini dapat saya simpulkan bila membaca kata-kata "" Last, utk posting ini saya nak jawap satu hujah BONGOK yang diberikan seorang pendebat TOLOL kaum bughah yang bernama SAMDOL. Saya ingin menuliskan jawapan ini dgn lebih sempurna sebagai artikel tamu utk IM.
Samdol ni trademark nya adalah "benang basah" yg dia cuba kenakan kpd hujah2 kita. Dia tidak sedar bahawa benang miliknyalah yg basah. Sila lihat basah atau kering benang milik Samdol ni dalam satu posting panjang yg dia hantar yang mengandungi satu kisah ttg Muawiyah. Sdr2 boleh cari posting itu dlm arkib, rasanya masih ada.
Dlm posting itu dia kata Hassan bin Ali telah memberikan jawatan Khalifah kpd Muawiyah. Kemudian dia kata, disebabkan Hassan telah memberikan jawatan itu kpd Muawiyah, maka ini bermakna dlm Islam pembangkang kerajaan adalah bukan bughah. Kerana kalau pembangkang adalah bughah tentu Hassan akan memerangi Muawiyah dan tidak mungkin dia berikan jawatan itu kpd Muawiyah.
Apala BODOH punya hujah ! Dia kata Muawiyah pembangkang ! Aduuuuuiiii !!!!!!
Wahai Samdol BENGONG ! Kalau bercakap pasal memerangi Muawiyah, kau tak tahu ke ayah kpd Hassan, Ali bin Abu Talib telah pun memerangi Muawiyah sampai kalah ? Kau ni BENOK jenis apa ni ? Aku ulangi, Ali sudahpun memerangi Muawiyah sehingga dia bertaubat dlm majlis tahkim. So, persoalan memerangi Muawiyah sudah settle.
So, disebabkan Muawiyah sudah bertaubat dan sudah tidak lagi menentang kerajaan pusat, dari mana timbulnya isu Muawiyah tu pembangkang (pembangkang yg nak jatuhkan kerajaan) masa dia diberikan jawatan oleh Hassan? Muawiyah sudah tidak lagi bergerak utk menjatuhkan kerajaan setelah selesai majlis tahkim kerana salah satu isi kandungan perjanjian dlm majlis tahkim adalah jawatan Khalifah tidak boleh diberikan kpd Ali atau Muawiyah - lalu diberikan kpd Hassan. Dia ada mengkritik atas beberapa hal, tetapi bukan utk menjatuhkan Hassan dan kerajaannya.
Tengoklah sdr2 sekalian begitu mudah kita boleh jawap hujah TONGONG dari kaum bughah ni. Mereka memang tiada hujah spt mana yg telah dikatakan dlm hadis bahawa mereka akan mati tanpa hujah. Dan mereka bakal kekal dlm neraka kerana kematian mereka adalah kematian jahiliyyah.""
Jelas sekali Muhazam cuba berbelit dengan hujah yang telah saya berikan. Hujah saya adalah Muawiyah menjadi pembangkang dalam isu ini iaitu mahukan jawatan sebagai Khalifah. Memang benar jawatan itu telah diputuskan oleh Majlis tahkim dan menyerahkan kepada Hasan tetapi demi kemaslahan umat Hasan telah menyerahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyah. Dalam hal ini jawatan Khalifah tidak boleh dipinta tetapi ia diputuskan oleh Majlis Tahkim. Hasan amat memahami yang Muawiyah layak memegang jwatan Khalifah kerana beliau adalah salah seorang sahabat Nabi yang kanan tambahan pula pada zaman itu umat Islam bertelingkah dalam soal perlantikan khalifah. Point yang ingin saya ketengahkan adalah Muawiyah bertindak sebagai pembangkang dalam soal ini dan memanglah dia tidak menjatuhkan Hasan dan kerajaan tetapi mendapat kekuasaan daripada Hasan yang menyerahkan jawatan itu secara sukarela. Dalam sejarah, peristiwa ini ada yang telah disalah sebarkan yang kononnya Muawiyah merampas kekuasaan daridapa Hasan. Malangnya ramai orang Islam sendiri terpedaya dengan maklumat songsang ini dan menyalahkan Muawiyah yang kononnya merampas kekuasaan daripda hasan dan ini banyak tercatat hatta dalam sejarah Islam sekalipun. Inilah dakyah orang-orang kafir yang cuba membelitkan sejarah yang sebenar.
Ini pula tafsiran anak didik Muhazam dalam pemahaman istilah lawan ""Hey! mana boleh kata bukan lawan. Kalau ikut konteks umum pun kita akan tafsir sebagai lawan. Si A lawan satu sama satu dengan Si B. Cik Mud mewakili parti kura-kura menentang(lawan) parti likud Pak Rampa. Ada paham??
Kalau ikutkan syarak..takde pilihanraya kepartian lah pak cik. takde..memang takde. ambillah kitab mana pun dalam sejarah umat Islam sejak zaman Nabi s.a.w hinggalah zaman khalifah2 terkemuka dahulu...takde pilihanraya kepartian ni...benda ni memecah belahkan sahaja. semuanya tajaan yahudi laknatullahi'alaih... ada paham pak cik...??
PAS ajak ramai2 rakyat menumbangkan barisan nasional...lihat saja di kain rentang kepunyaan Dato' Hassan Ali yg jelas tertera, "MENUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Hihih....lawaklah kadang2 pak cik nih...toksah nak kelingtong larrr....lawan tetap lawan. Kerajaan sudah lama menganggap PAS sebagai penderhaka...cuma dibiarkan sahaja PAS beroperasi..kerajaan nak tau..sejauhmana keikhlasan PAS nakkan Islam...kerajaan kita bijak nak duga orang...sekarang ini sudah jelas...PAS pun amik separuh2...tak mo melaksanakan hudud bughah secara TERANG2AN keatas diri mereka sendiri...
Dahhh...dah..dahh...jangan kata kerajaan izinkan...arak dan judi, kerajaan izinkan kepada orang kapiaq sahaja(bukan utk orang Islam), PAS dah bising2 dengan ceramah haram dia...tapi tang bab bughah yg terkena pada batang hidung dia sendiri selaku orang Islam yg sewajibnya depa laksanakan, depa wat make dono ajaa....triple trillion trillion trillion standard.. dari golongan al likud PAS...keh keh keh keh...jangan maraaa...""
Sekali lagi belitan mereka terkena balik kat batang hidung mereka bilamana mengatakan tak ada pilihanraya jika ikutkan hukum syarak. Adakah dia faham yang Malaysia mengamalkan Raja berperlembagaan secara Demokrasi? Bila demokrasi kena ada parti yang bertanding kalau hanya satu parti bukan demokrasi namanya. Bila bertanding ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau macam tu apa hukum demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia mengikut kefahaman kamu?
Satu lagi persoalan yang menarik daripada Muhazam ialah "" Bagi orang-orang seperti Samdol, yang begitu galak menyenaraikan 'kuasa-kuasa' Yang Dipertuan Agong untuk kononnya membuktikan kedudukan kuasa baginda lebih tinggi daripada Perdana Menteri. Salah satu 'kuasa' yang kononnya dimiliki oleh Yang Dipertuan Agong adalah kuasa mengisytiharkan darurat.
Jelaslah baru-baru ini mereka menerima tamparan yang hebat apabila Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi mengisytiharkan darurat jerebu, yang tidak kita nampak pun di mana-mana perkataan Yang Dipertuan Agong, malah disebut juga beliau adalah juga pengerusi Mageran (Majlis Gerakan Negara sewaktu darurat).
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa sebenar di Malaysia adalah di tangan Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agong hanya kuasa di atas kertas.""
Jika kita mengamati Perlembagaan Malaysia mengenai KUASA BAGI MENGISYTIHARKAN DARURAT...
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berpuas hati mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri-negeri dalam keadaan terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat.
Perkara 150 Perlembagaan menyatakan:
"150. Perisytiharan darurat.
(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam oleh kerananya, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat dengan membuat dalamnya pengumuman yang bermaksud sedemikian.
(2) Perisytiharan Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancamkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada kemungkinan yang hampir akan berlakunya kejadian yang mengancamkan itu.
(2a) Kuasa yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini hendaklah termasuk kuasa mengeluarkan Perisytiharan-perisytiharan yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan telah pun dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan itu ada berkuatkuasa.
(2b) Jika pada bila-bila masa semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen bersidang serentak Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan segera, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan apa-apa ordinan sebagaimana Yang di-Pertuan Agong berpendapat adalah dikehendaki oleh hal-hal keadaan.
(2c) Sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah berkuatkuasa sama seperti Akta Parlimen dan hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya seolah-olah ianya Akta Parlimen sehingga ianya dibatalkan atau dimansuhkan di bawah Fasal (3) atau sehingga ianya luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan ordinan-ordinan di bawah Fasal (2b) boleh dijalankan berhubungan dengan apa-apa perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang mengenainya, tidak kira acara perundingan atau lain-lain acara yang dikehendaki diikuti, atau bahagian dari jumlah undi yang dikehendaki diperolehi, dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.
(3) Perisytiharan Darurat dan apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis itu membatalkan Perisytiharan atau ordinan itu, tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut Perisytiharan atau ordinan itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan suatu Perisytiharan baharu di bawah Fasal (1) atau mengisytiharkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2b).
(4) Semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa kuasa pemerintah Persekutuan adalah, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara di dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan adalah termasuk memberi arahan-arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihakberkuasa Negeri itu.
(5) Tertakluk kepada Fasal (6a), semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, Parlimen boleh, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat bahawa undang-undang itu adalah dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang untuk suatu undang-undang itu atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-undang itu, dan juga tidaklah dipakai bagi apa-apa peruntukan Perlembagaan ini atau apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa kebenaran atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenai undang-undang itu, atau yang menyekat perjalanan atau kuatkuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat sesuatu Rang Undang-undang daripada diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuannya.
(6) Tertakluk kepada Fasal (6a), tiada apa-apa peruntukan sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Perkara ini, dan tiada apa-apa peruntukkan sesuatu Akta Parlimen yang diluluskan semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa dan yang menyatakan bahawa undang-undang itu adalah, pada pendapat Parlimen, dikehendaki oleh sebab darurat, boleh terbatal atas alasan bahawa ia adalah berlawanan dengan mana-mana peruntukkan Perlembagaan ini.
(6a) Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu atau berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat istiadat bumiputera di sesuatu Negeri Borneo; dan juga Fasal (6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa perkara itu atau berhubung dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.
(7) Apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh Perisytiharan Darurat itu terhenti berkuatkuasa, apa-apa ordinan yang diisytiharkan menurut Perisytiharan itu dan apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Perisytiharan itu berkuatkuasa, iaitu setakat mana ianya tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana Perkara ini, hendaklah terhenti berkuatkuasa, kecuali mengenai perkara-perkara yang telah dilakukan atau tidak dilakukan sebelum habis tempoh enam bulan yang tersebut itu.
(8) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini:
(a) puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2b) adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah atau apa-apa alasan; dan
(b) tiada sesuatu mahkamah pun boleh mempunyai bidangkuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai sahnya
(i) Perisytiharan di bawah Fasal (1) atau pengumuman yang dibuat dalam Pengisytiharan itu yang bermaksud sebagaimana dinyatakan dalam Fasal (1);
(ii) kuatkuasa berterusan Perisytiharan itu;
(iii) apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b); atau
(iv) penerusan kuatkuasa mana-mana ordinan itu.
(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-majlis Parlimen hendaklah dianggap sebagai bersidang hanya jika ahli tiap-tiap satu Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu."
Persoalan darurat jerebu adalah darurat kecil dan ia telah diperkenankan oleh YDPA untuk diuruskan dan diputuskan oleh PM. apakah maksud darurat jerebu? Adakah rakyat dilarang daripada keluar rumah secara mutlak? Ia hanyalah sebahagian kecil bidang kuasa yang diserahkan kepada PM oleh YDPA.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |