Subject: Kawalan Kuasa |
Author:
samdol
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 13:19:35 08/30/05 Tue
Sekali lagi untuk kesekelian kalinya masih ada kata-kata dangkal dan menurut perasaan hati yang tak keruan dek hambatan perasaan yang tak tertahan. maka dengan ini dipersembahkan satu posting yang menyangkup secara glokal buat santapan mata. Sila ikuti...
Dalam amalan demokrasi di Malaysia, Parlimen Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster yang diamalkan di England. Parlimen membuat undang-undang, Enakmen digubal oleh DUN tetapi Undang-undang di negara ini bukanlah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja, tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu fungsi Mahkamah Persekutuan, iaitu menentukan kesahan undang-undang. Ini bermakna undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan diisytiharkan sebagai tidak sah.
Undang-undang yang digubal oleh DUN di Sarawak dinamakan Ordinan. Begitu juga dengan undang-undang di Sabah serta undang-undang yang digubal sebelum Tanah Melayu merdeka, iaitu sebelum tahun 1957. Undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen dipanggil Akta, manakala yang digubal oleh DUN di Semenanjung ialah Enakmen. Undang-undang yang dibuat oleh menteri yang fungsinya untuk memperincikan Akta Parlimen ialah Perundangan Kecil. Dalam hal ini, menteri yang berkenaan mestilah mendapat keizinan daripada Parlimen terlebih dahulu.
Mahkamah Persekutuan ialah
Institusi ini menentukan keadilan negara.
Institusi ini boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah.
Institusi ini boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah.
Mahkamah ini menjalankan perbicaraan bagi kes-kes yang memang perlu dibicarakannya, iaitu perbicaraan kes-kes rayuan daripada Mahkamah Rayuan. Oleh itu, peranannya di sini adalah sebagai badan penentu keadilan. Mahkamah Persekutuan juga berfungsi mengesahkan undang-undang yang digubal oleh
Parlimen dan dalam sesuatu kes, mahkamah ini berkuasa menentukan bahawa sesuatu tindakan kerajaan adalah tidak sah. Kedua-dua kuasa ini
diistilahkan sebagai kuasa eksklusif, iaitu kuasa yang tidak diperuntukkan kepada mahkamah-mahkamah lain. Perlembagaan ialah undang-undang
tertinggi, manakala Parlimen ialah penggubal undang-undang. Kebanyakan memahami Parlimen yang mempunyai bidang kuasa dalam menentukan keadilan negara, boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah dan boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa undangundang digubal oleh Parlimen, maka institusi inilah yang menentukan keadilan negara dan mengesahkan undang-undang. Yang sebenarnya Mahkamah Persekutuanlah yang mempunyai bidang kuasa tersebut.
Di sini jelas sekali terwujud kuasa check and balance yang dimainkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam menyemak undang-undang dan Parlimen Malaysia. Secara mutlaknya Parlimen Malaysia perlu mendapatkan kesahan undang-undang daripada Mahkamah Persekutuan. Inilah konsep pengagihan kuasa yang dijalankan di Malaysia.
Sebenarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak terbubar apabila Parlimen dibubarkan. DUN yang belum sampai tempoh pembubarannya akan terus
berfungsi. Parlimen terbubar apabila Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan pembubaran Parlimen ialah Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun di
Semenanjung Malaysia, tarikh pembubaran Parlimen selama ini adalah sama dengan tarikh pembubaran DUN, dan untuk menjimatkan kos, pilihan raya diadakan serentak untuk Dewan Rakyat dan DUN. Di Sabah dan Sarawak, pembubaran DUN-nya berbeza dengan pembubaran Parlimen. Jadi, kedua-dua buah negeri tersebut mengadakan pilihan raya yang berbeza tarikhnya dengan pilihanraya Parlimen. Mereka yang berumur 21 tahun pula sebenarnya layak untuk mengundi, bukannya wajib. Jadi, tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk tidak mengundi.
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong merupakan komponen Parlimen. Komponen Parlimen terdiri daripada Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan yang tidak benar mengenai kedudukan tertinggi Yang di-Pertuan Agong dari segi perlembagaan ialah Yang di-Pertuan Agong mengetuai perjalanan pemerintahan negara, yang mengetuai perjalanan pemerintahan ialah Perdana Menteri yang memegang status Ketua Eksekutif. Yang di-Pertuan Agong ialah pemegang Kuasa Eksekutif, tetapi kuasa itu tidaklah dijalankan oleh baginda sendiri kerana ia diagihkan kepada Perdana Menteri atau kabinet melalui The Distribution of Power Act 1956.
Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Maknanya Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana kita tidak meletakkan individu di tempat yang tertinggi tetapi perlembagaan adalah yang tertinggi. Maknanya perlembagaan yang mengawal kuasa YDPA atau PM. Perlu diingat bahawa asas kuasa adalah daripada YDPA.
Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa asalnya adalah daripada YDPA itu sendiri.
Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletak hak pada Parlimen yang kemudiannya meletakkan hak kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.
Di antara tugas-tugas yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara ialah melantik Perdana Menteri dan Memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Kuasa mengikut budi bicara ini bermakna kuasa yang dilaksanakannya tanpa perlu mendapatkan nasihat dan kuasa tersebut termaktub dalam perlembagaan. Kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Ketua Hakim Negara dan melantik Yang Dipertua Negeri ialah kuasa mengikut nasihat, iaitu nasihat pihak tertentu, seperti Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja. Satu lagi kuasa baginda yang terkategori dalam kuasa budi bicara ialah menolak permintaan pembubaran Parlimen.
Ahli-ahli suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,iaitu untuk tempoh lima tahun. Suruhanjaya juga terbahagi kepada dua jenis,
iaitu suruhanjaya tetap (seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) dan suruhanjaya khas atau
sementara. Suruhanjaya ini ditubuhkan atas sebab tertentu demi kepentingan awam dan akan dibubarkan setelah tamat menjalankan tugasnya.
Suruhanjaya Kereta Api merupakan suruhanjaya khas, sebenarnya suruhanjaya ini telah dimansuhkan dan fungsinya dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Manakala yang menjadi badan penyelaras antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri ialah majlis-majlis yang ditubuhkan khas, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Raja-Raja dan Majlis Kewangan Negara.
Kebebasan peranan mahkamah dapat dilihat melalui perkara berikut:
Tidak semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong kerana hanya hakim-hakim Mahkamah Tinggi sahaja yang dilantik oleh baginda manakala Hakim Mahkamah Rendah dilantik oleh Sultan.
Hakim Mahkamah Persekutuan yang disabitkan kesalahan boleh dipecat dan pemecatan dibuat oleh sebuah tribunal. Ahli-ahli tribunal terdiri daripada
sekurang-kurang lima orang hakim yang berwibawa dan mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Di samping itu ada Lembaga Tatatertib yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan yang dinamakan PIHAK BERKUASA TATATERTIB. Sesuatu tindakan tatatertib ke atas mana-mana pegawai yang telah melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah dilaksanakan oleh sesebuah Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) atau Lembaga Tatatertib (LTT) yang mempunyai bidang kuasa sebagaimana ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang berkaitan.
PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan, kawalan tatatertib adalah merupakan salah satu fungsi tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun selaras dengan peruntukan Perkara 144 (5B), Yang di Pertuan Agong telah membuat peraturan-peraturan bagi menubuhkan lembaga-lembaga di peringkat Kementerian dan Jabatan bagi menjalankan sebahagian kuasa dan tugas Suruhanjaya berhubung kawalan tatatertib ini.
PENUBUHAN LEMBAGA-LEMBAGA TATATERTIB
Bagi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, penubuhan serta keanggotaan sesebuah Lembaga Tatatertib di peringkat Kementerian dan Jabatan adalah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [ P.U. (A) 396] serta Jadual di bawah peraturan tersebut. Lembaga-lembaga Tatatertib ini adalah mempunyai bidang kuasa tatatertib mengikut seperti yang ditetapkan dalam Jadual yang berkenaan yang pada keseluruhannya adalah berasaskan kepada kumpulan perkhidmatan serta mengikut tempat bertugas seseorang pegawai yang diambil tindakan tatatertib itu, iaitu seperti berikut:
*Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No. 1);
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No.2);
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1);
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2);
Siapakah yang bertanggungjawab menentukan dasar luar Malaysia? Dasar-dasar luar Malaysia dilaksanakan oleh Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri yang
dahulunya berpejabat di Wiswa Putra, Kuala Lumpur. Sebenarnya, kementerian tersebut hanyalah melaksanakan dasar sahaja kerana yang menentukan dasar-dasar tersebut ialah kabinet. Lazimnya, sesuatu dasar luar itu amat dipengaruhi oleh pendirian seseorang Perdana Menteri. Ini kerana kadangkala dasar luar memberikan penekanan kepada perkara yang berbeza pada waktu tertentu, iaitu berdasarkan pandangan semasa Perdana Menteri yang memerintah. Walau bagaimanapun, beliau tidak boleh menggubal dasar tersebut secara bersendirian, sebaliknya perlu mengemukakannya kepada kabinet dan mendapat persetujuan daripada badan tersebut.Di sinilah wujudnya had-had dan kawalan yang ada pada PM dalam menentukan dasar-dasar luar Malaysia yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh PM. Secara mutlaknya PM tidak boleh bertindak secara peribadi dalam menentukan dasar-dasar luar Malaysia.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |