VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: Cubalah belajar memahami wahai Samdol


Author:
Pek Dik
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 00:29:00 09/02/05 Fri

Assalamu'alaikum w.b.t.

Maka berkatalah Si Samdol nih :

Sekali lagi belitan mereka terkena balik kat batang hidung mereka bilamana mengatakan tak ada pilihanraya jika ikutkan hukum syarak. Adakah dia faham yang Malaysia mengamalkan Raja berperlembagaan secara Demokrasi? Bila demokrasi kena ada parti yang bertanding kalau hanya satu parti bukan demokrasi namanya. Bila bertanding ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau macam tu apa hukum demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia mengikut kefahaman kamu?

Wahai Samdodol. Demokrasi ini asalnya daripada ciptaan Yahudi zionis laknatullahi'alaih, di Amerika. Waktu depa dok Amerika dulu, depa pun selalu kena pulau, kena usir dan dinafikan hak dari mendapat hak2 yang sama rata spt mana rakyat Amerika yg lain. Maka depa mencari satu formula yang 'baik punya' untuk membolehkan mereka juga diberikan hak sama rata di Amerika. Maka timbullah istilah 'demokrasi'. Pempimpin2 AS waktu itu rasa malu dengan tindakan mereka yg memulau geng2 yahudi ni. Depa pun bagilah can kat yahudi utk mendapatkan hak yg sama di AS. Yahudi boleh pi masuk Universiti, sedangkan waktu dulu mereka tidak diberikan hak untuk belajar di univerisiti.

Apa lagiiii...dah dapat masuuk U, depa pun amiklah bidang2 pengajian yg kritikal pada waktu itu yang boleh membantu mereka utk menguasai Negara Amerika sebagai contoh, bisnessman, pentadbiran, perfileman, sains teknologi dan lain2. Sebab tu depa sekelip mata sahaja dapat mempengaruhi pemimpin2 AS dan rakyatnya. Kalau nak tau sejarah demokrasi, haa..itulah sedikit sebanyak tentangnya.

Bila sebut pula demokrasi di Malaysia. Yang paling tak demokrasi ialah PAS. Sebab apa?? konon2nya nak memperjuangkan Melayu lah..konon2nya...waktu kerajaan nak buka kuota MRSM kepada pelajar2 cina..siapa yg bangkang??? siapaaa??? tentu sekali parti totok hijau PAS. Maka hal ini sudah bercanggah dengan kenyataan Husam Musa dalam Forum Debat Perdana beberapa siri yg lalu dimana kata beliau, nak bagi sama adil kepada melayu, cina dan india.. hujahnya ialah, "Islam mengamalkan hak kesamarataan". Hah! tu dia. Cakap tak serupa bikin. Sebelum ni, bangkang bagai nak rak dalam hal MRSM.

Haa..ni baru nak sentuh pasai demokrasi Islam ni. Dalam Islam memang ada demoraksi, iaitu demokrasi dibawah satu lembayung jemaah Islam, yang diketuai oleh pemerintah yang beragama Islam dan pengikut2nya yang beragama Islam, dalam sebuah Negara yang berdaulat. Sekiranya seseorang pemimpin dalam sesebuah Negara itu sudah tiada, atau sudah letak jawatan, atau sudah meninggal dunia atau sudah kafir mutlak, maka jawatan pemimpin tersebut bolehlah dipilih melalui system demorkasi bagi melantik pemimpin yang baru pula. Haaa...tulah demokrasi dalam Islam. Demokrasi kepartian, MANA ADA WEHHH!!! MEMECAH BELAHKAN SAHAJA! Banyak dalil yang mewajibkan umat Islam bersatu. Lagu tema UMNO pun menitik beratkan perpaduan, "Bersatu kita bersatu...".


"Artinya : Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat." [Ali-Imran : 105]

Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Dan ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa" [Al-An'am : 153]

Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesunguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" [Al-Anfal : 46]

Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Kemudian mereka menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tipa golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka" [Al-Mukminun : 53]

"Dan beregang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah, dan jangan sekali-kali kamu bercerai berai". (QS Ali Imran 102).




Prihal melantik pemimpin ni, tak semestinya melalui system demokrasi. System demokrasi hanyalah choice semata2. Banyak lagi choice2 lain spt syura, monarki dan bughah. Dan semestinya bughah, kita tidak menerima cara ini melainkan mereka menang semasa memberontak, kemudian mereka berkuasa spt mana menangnya empayar Abasiyyah menentang Umaiyyah, dan Uthmaniyyah menentang Abasiyyah. Maka merekalah ulilamri kita. Namun, kita mesti menolak cara mereka ini selagi mana kita masih mempunyai ulilamri yang berkuasa dikalangan kita. Menjauhi bughah adalah demi kemaslahatan ummah. Ini kerana bughah juga merupakan salah satu larangan Nabi Muhammad s.a.w kepada kita untuk memastikan jemaah Islam(umat yang satu) ini sentiasa utuh dan bersatu padu, hatta pemimpin yg memerintah itu mencabut, dan merampas harta rakyat. Rasul memberikan isyarat yg jelas, terang dan nyata iaitu, maka dengar dan ta’atlah. Sesungguhnya kezaliman pemerintah akan dapat diatasi dengan kesabaran rakyatnya yg berhemah, berhati waja, cekal dan positif dengan rahmat Allah. InsyaAllah, akan lahir pula pemimpin2 yg baik spt mana lahirnya Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dizaman empayar Islam dahulu dimana khalifah dizaman sebelumnya amatlah kejam dalam pemerintahan. Seterusnya di Malaysia, akan lahir pemimpin yg baik spt Pak Lah walaupun Pak Lah tak sehebat Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Untuk zaman yang penuh pancaroba ini, Pak Lah adalah sebaik2 pemimpin.

Kadang2, geli hati saya melihat telatah Hj. Hadi dalam harakah keluaran sebelum ini yg mengajak pemimpin Melayu Islam bersatu. Barangkali, beliau juga menginginkan pemerintah spt. Pak Lah. Saya berpendapat, tiada guna menentang pemimpin yang baik seperti Pak Lah kerana Pak Lah lebih baik dari ulamak PAS itu sendiri. Kali ini, segala tohmahan yg telah dibuat oleh PAS terhadap pak Lah, telah kembali kepada muka mereka sendiri. Dak gitu orang2 PAS sekalian?? Hah hah hah hah...jangan maraaa... Ayuh!!! Masa semakin suntuk. Gerakkan semangat, pandanglah kearah kebenaran, tetapkan pendirian, marilah bersama-sama dengan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mudah2an segala gerak kerja yang lain untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara, akan menjadi semakin lancar.

Berenang2 ke hulu,
Berakit2 ketepian,
Bersusah2 dahulu,
Bersenang2 kemudian.

Dan pada hakikatnya tak ada yang susahnya bagi orang2 PAS untuk bersama kerajaan Barisan Nasional. Melainkan nawaitu depa sahaja..jika menyeleweng, maka rosaklah usaha mereka. Sejarah telah membuktikan, penyelewengan PAS dizaman Allahyarham Tun Abdul Razak dahulu, diberi kerusi, diberi tempat untuk berkuasa, malangnya mereka khianat dan menyeleweng dari landasan yang sebenar. Sifat rakus, tamak haloba inilah puncanya kerajaan BN sudah tidak mempercayai PAS lagi untuk dibuat sebagai rakan seperjuangan, melainkan PAS membubarkan sahaja parti mereka demi kepentingan agama, nusa dan bangsa. Bubarkan PAS, hapuskan penyelewengan dalam agama, murnikan kembali sinar Islam…dan berdakwah lah PAS sampai ke tua, bukan berdakwah sebagai badan politik, tetapi berdakwah sebagai mana orang Arab dahulu kala yg pertama kali menjejaki alam Melayu ini. Dari Melayu hindu, berubah menjadi Melayu Muslim. Semoga perjuanganmu diberkati oleh Ilahi dan yg sesungguhnya Dia amat menyayangi umatnya yg berhemah dalam berdakwah, berjihad..bukan berbuat jahat. Masa masih ada, kesedaran belum tiba. PAS diambang kehilangan identiti, hanyut dengan cita2 tanpa menghiraukan rasionaliti kehidupan, mungkin akan lenyap bila mereka memahami hakikat perjuangan yg sebenar2nya mendapat redha dari Ilahi. Pantun diatas amat sesuai bila PAS dibubarkan. Sekian. Wallahualam.. terima kasih.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
WAHAI PEK DIK...SEPERTIMANA KAMU MENJADIKAN RAJA SEBAGAI SIMBOLIK ATAS KERTAS SHJ...seruan01:55:09 09/02/05 Fri
..Pak Lah saye..Akur denganmu kerana Pemimpin saye..seruan02:11:27 09/02/05 Fri


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.