Subject: Menjawab posting Muhazam |
Author:
samdol
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 12:05:21 09/06/05 Tue
Suara-suara sumbang masih sayup kedengaran. Apa nak buat inilah namanya golongan yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Saya telah menerangkan berkali-kali tetapi Muhazam kononnya nak mengorek kesalahan-kesalahan yang ada pada posting saya. Ternyata posting saya tiada apa-apa kecacatannya dan perkara itu tepat, jelas dan betul. Muhazam hanya berpegang pada hujah yang kononya daripada Prof. Jayum, yang sebenarnya tulisan Prof. Jayum itu secara lateral sahaja dan saya telah menjelaskan maksud yang terkandung dalam hujah beliau itu. Oleh kerana isu ini masih berbangkit saya akan menerangkan dengan lebih detail dalam posting yang bakal menyusul nanti. Dalam posting ini saya ingin menjawab beberapa persolan daripada Muhazam.
Muhazam menulis ""Hujah GOBLOB itu sudahpun saya jawap dalam posting saya pada 08/22/05 yang bertajuk "Salam pertemuan semula". Sedutannya:
Apala BODOH punya hujah ! Dia kata Muawiyah pembangkang ! Aduuuuuiiii !!!!!!
Wahai Samdol BENGONG ! Kalau bercakap pasal memerangi Muawiyah, kau tak tahu ke ayah kpd Hassan, Ali bin Abu Talib telah pun memerangi Muawiyah sampai kalah ? Kau ni BENOK jenis apa ni ? Aku ulangi, Ali sudahpun memerangi Muawiyah sehingga dia bertaubat dlm majlis tahkim. So, persoalan memerangi Muawiyah sudah settle.
So, disebabkan Muawiyah sudah bertaubat dan sudah tidak lagi menentang kerajaan pusat, dari mana timbulnya isu Muawiyah tu pembangkang (pembangkang yg nak jatuhkan kerajaan) masa dia diberikan jawatan oleh Hassan ? Muawiyah sudah tidak lagi bergerak utk menjatuhkan kerajaan setelah selesai majlis tahkim kerana salah satu isi kandungan perjanjian dlm majlis tahkim adalah jawatan Khalifah tidak boleh diberikan kpd Ali atau Muawiyah - lalu diberikan kpd Hassan. Dia ada mengkritik atas beberapa hal, tetapi bukan utk menjatuhkan Hassan dan kerajaannya.
Tengoklah sdr2 sekalian begitu mudah kita boleh jawap hujah TONGONG dari kaum bughah ni. Mereka memang tiada hujah spt mana yg telah dikatakan dlm hadis bahawa mereka akan mati tanpa hujah. Dan mereka bakal kekal dlm neraka kerana kematian mereka adalah kematian jahiliyyah.
Bertaubatlah. Takutlah tsunami Allah yg telah melanda kaum bughah di Aceh dan Kuala Kedah baru2 ini. Bertaubatlah.
Samdol tak jawap apa-apa sampai sekarang. Nampaknya Samdol tidak lagi menghiraukan percubaannya untuk berhujah dengan isu-isu yang berkaitan dgn agama. Dia nampaknya lebih berminat dengan hujah berdasarkan sistem Lord Reid yang dia panggil 'toghut' - hujah YDPA vs PM.""
Saya sudah menjwab dalam posting bertajuk "Menjawab Persoalan Ulangan" yang berbunyi ""Jelas sekali Muhazam cuba berbelit dengan hujah yang telah saya berikan. Hujah saya adalah Muawiyah menjadi pembangkang dalam isu ini iaitu mahukan jawatan sebagai Khalifah. Memang benar jawatan itu telah diputuskan oleh Majlis tahkim dan menyerahkan kepada Hasan tetapi demi kemaslahan umat Hasan telah menyerahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyah. Dalam hal ini jawatan Khalifah tidak boleh dipinta tetapi ia diputuskan oleh Majlis Tahkim. Hasan amat memahami yang Muawiyah layak memegang jwatan Khalifah kerana beliau adalah salah seorang sahabat Nabi yang kanan tambahan pula pada zaman itu umat Islam bertelingkah dalam soal perlantikan khalifah. Point yang ingin saya ketengahkan adalah Muawiyah bertindak sebagai pembangkang dalam soal ini dan memanglah dia tidak menjatuhkan Hasan dan kerajaan tetapi mendapat kekuasaan daripada Hasan yang menyerahkan jawatan itu secara sukarela. Dalam sejarah, peristiwa ini ada yang telah disalah sebarkan yang kononnya Muawiyah merampas kekuasaan daridapa Hasan. Malangnya ramai orang Islam sendiri terpedaya dengan maklumat songsang ini dan menyalahkan Muawiyah yang kononnya merampas kekuasaan daripda hasan dan ini banyak tercatat hatta dalam sejarah Islam sekalipun. Inilah dakyah orang-orang kafir yang cuba membelitkan sejarah yang sebenar.""
Muhazam menulis "" Pada 07/27/05, Samdol telah menghantar posting bertajuk "Kedudukan YDPA Dalam Senarai Keutamaan Persekutuan" yang sebahagian kandungannya adalah:
Susunan Keutamaan ini telah digazet dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan Keutamaan ini menyenaraikan 70 kategori seperti berikut:
1. Yang di-Pertuan Agong.
2. Raja Permaisuri Agong.
3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
4. Yang Dipertua Negeri-Negeri.
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan.
6. Perdana Menteri.
7. Timbalan Perdana Menteri.
Senarai keutamaan itu diberikan oleh Samdol dan rangka usahanya untuk membuktikan bahawa YDPA adalah lebih berkuasa daripada Perdana Menteri.
Aduh ! Betapa hebatnya putar belit, PEMBOHONGAN dan kedajalan oleh makhluk bughah bernama SAMDOL ini.
Wahai Samdol TOLOL, gezet senarai itu adalah semata-mata untuk digunakan sebagai protokol dalam majlis-majlis rasmi. Itu saja. Ia hanya melibatkan kedudukan letak kerusi, keutamaan utk dapat usher, dll. IA TIADA APA-APA HUBUNGKAIT DGN SIAPA BERKUASA SIAPA TAK BERKUASA. BENGONG sungguh mamat ni !
Kau tengok kat situ PM letaknya lebih rendah drp bekas Raja permaisuri agong. ADAKAH INI MAKNANYA PM PERLU MINTA KEBENARAN DRP BEKAS RAJA PERMAISURI AGUNG SEBELUM LULUSKAN UNDANG-UNDANG ? Kalau macam tu baik pi melobi kpd bekas2 raja permaisuri agong supaya negara gunakan hudud - tak perlu susah payah dok paksa PM laksanakan hudud - sebab BEKAS raja permaisuri agong lebih tinggi dan berkuasa drp PM !
Inilah dia orang yang PAHAM PERLEMBAGAAN !!!!!!
Aku nak ajukan semula soalan cepumas yg tidak pernah dapat dijawap oleh puak2 hipokrit macam kau:
Kalau benar YDPA lebih berkuasa drp PM, kenapa PM berjaya melucutkan kekebalan YDPA ? Dan apa pula benda yg pernah dilucutkan oleh YDPA dari PM ?""
Kekebalan YDPA telah dipersetujui bersama oleh Majlis Raja-Raja dan YDPA itu sendiri setelah Parlimen meluluskan pindaan perlembagaan (Memerlukan suara Parlimen dan bukannya kuasa PM atau PM secara bersendirian). Perkara ini juga telah mengikuti prosedur-prosedur pindaan perlembagaan yang telah termaktub. Apa yang jelas PM bukanlah individu yang berjaya menghapuskan/mengurangkan kekebalan YDPA tetapi persetujuan bersama. Apakah asas yang menyebabkan Majlis Raja-Raja, YDPA dan Parlimen bersetuju untuk menghapuskan/mengurangkan kekebalan YDPA??? Saya telah menerangkan dalam posting yang lepas.
Negara telah merdeka selama hampir empat dekad. Antara tahun 1957 dan 1994 perlembagaan telah dipinda sebanyak 41 kali. Meskipun ini menunjukkan bahawa ia terlalu kerap dipinda, perlu juga diingat bahawa perlembagaan negara ini adalah terperinci (detailed): 183 perkara (terbahagi kepada 14 bahagian) dan 12 jadual.
Berbeza dengan Amerika Syarikat yang perlembagaannya bersifat umum, perlembagaan kita adalah terperinci dan perlu dipinda untuk disesuaikan dengan kehendak dan perubahan. Contoh yang baik untuk ini ialah perlunya kerusi Dewan Rakyat ditambah mengikut keperluan. Tidak semua pindaan memerlukan majoriti 2/3; setengahnya hanya perlukan simple majority.
Meskipun demikian tidak dinafikan bahawa ada juga pindaan-pindaan yang dibuat berdasarkan kepentingan dan pertimbangan politik seperti kekalahan di mahkamah dan seumpamanya. Kontroversi yang belaku sewaktu pindaan perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993 adalah contoh-contoh lain yang menekankan bahawa meskipun niat asal pindaan mungkin boleh diterima. Cara melaksanakannya telah menimbulkan persoalan.
Muhazam menulis "" Pada 08/03/05, Samdol telah menghantar satu posting yang bertajuk "YDPA sebagai Payung Negara (Ketua Negara)" yang di dalamnya dia menaipkan semula tulisan Prof Jayum spt yang kita scan spt berikut:
Perdana Menteri adalah satu jawatan yang paling penting dalam sebuah sistem politik bercorak demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Dalam konteks demokrasi moden dan Malaysia, raja berperlembagaan adalah semata-mata lambang kerajaan dan baginda tidak mempunyai kuasa sebenar daripada apa segi pun. Namun demikian, jawatan sebagai Ketua Negara adalah cukup untuk mempastikan bahawa baginda mempunyai pengaruh besar di dalam kerajaan, walaupun tidak mempunyai kuasa sebenar dalam hal-hal harian kerajaan. Oleh yang demikian, kuasa sebenar pemerintahan terletak pada Perdana Menteri, iaitu ketua Jemaah Menteri yang memberi nasihat yang mesti diterima oleh Baginda.
Samdol ni cukup rajin dalam meng-convert-kan imej kpd teks. Kita cuma paste-kan scan, tapi dia sanggup tuliskan teksnya terus. Alangkah untungnya kalau kerajinan itu digunakan utk memahami Al-Qur'an dan Hadis supaya terselamat dari mati jahiliyyah.
Walau bagaimanapun, seperti lazimnya yang berlaku kepada orang-orang yang rajin tak bertempat spt Samdol ini, dia cuba untuk menunjukkan bahawa dia hebat dan cuba untuk menjawap hujah kita yang menggunakan tulisan pakar tersebut. Sayangnya dia melencong entah ke mana. Tak percaya cuba baca sendiri tulisannya. Sila tunjukkan part mana yang dia telah menjawap tulisan Prof. Jayum. Dia tidak menjawap persoalan pokok spt yang Prof Jayum tuliskan iaitu: Kuasa sebenar adalah pada Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong tidak mempunyai pilihan lain selain daripada taat kepada nasihat Perdana Menteri.
Dia meracau-racau cuba untuk menjawap dengan cara membicarakan pasal ubah-mengubah perlembagaan pula. Kita cerita pasal PM lebih berkuasa daripada YDPA, dia jawap pasal pinda-meminda perlembagaan pula. Haru sungguh ! Ini pekak badak ke pekak biawak ni ?
Dia tulis juga:
Walaupun kita berpegang kepada konsep ketertinggian perlembagaan, kita masih boleh membuat pindaan terhadapnya kecuali beberapa perkara yang hanya boleh dipinda dengan izin Raja-Raja Melayu.
Wahai Samdol, kau memperlekehkan aku kononnya aku tak tahu undang-undang dan perlembagaan (sekurang-kurangnya aku guna hujah pakar, tapi kau guna hujah otak sendiri), sekarang aku nak tanya, part mana dlm perlembagaan itu yang boleh dipinda dgn izin raja-raja Melayu shj ?""
Saya bawakan contoh perlembagaan itu yang boleh dipinda dengan izin raja-raja Melayu atau kuasa Majlis Raja-Raja; melibatkan keutamaan Yang diPertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri; jaminan takhta; dan juga kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera di Sabab dan Sarawak. Persetujuan juga diperlukan bagi sebarang undang-undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri. Pada tahun 1971 misalnya, atas sebab kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam, pindaan perlembagaan dibuat bagi melarang menyoal secara umum perkara sensitif, iaitu mengenai kerakyatan, Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, dan mengenai kedaulatan serta hak istimewa Raja-Raja.
Proses Penggubalan Dasar Kerajaan / Undang-Undang
Pada umumnya, sebelum sesuatu cadangan dan dasar dijadikan rang undang-undang, menteri berkenaan hendaklah berunding dengan Peguam Negara. Setelah itu kertas cadangan tersebut dikemukakan kepada Jemaah Menteri (Bukannya PM secara sendirian)untuk mendapat kelulusan.
Setelah diluluskan, barulah rang undang-undang digubal oleh Penggubal Undang-undang. Penggubal Undang-undang biasanya herunding dengan menteri dan pihak lain yang berkaitan dengan rang undang-undang tersebut. Rang undang-undang yang digubal itu perlu dikemukakan untuk persetujuan Jemaah Menteri(Bukannya PM secara sendirian).
Apabila telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri, menteri berkenaan memaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara tentang hasratnya hendak mengemukakan rang undang-undang tersebut. Setiausaha Dewan kemudiannya mengedarkan rang undang-undang yang telah dicetak kepada semua Ahli Parlimen.
Sebelum rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat, ia mestilah melalui beberapa peringkat atau disebut bacaan. Bacaan pertama ialah memberitahu secara lisan mengenai tujuan dan tajuk rang undang-undang itu. Dalam bacaan kedua, prinsip dan rang undang-undang itu dibahaskan. Ini adalah peringkat yang paling penting.
Seperti yang telah dinyatakan, Dewan Negara adalah lebih tinggi tarafnya daripada Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara dalam banyak perkara. Perkara 67(1) Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada Dewan Negara untuk memperkenalkan sesuatu rang undang-undang atau pindaan yang berhubung dengan hal ehwal percukaian, pinjaman wang dan juga hal berhubung dengan kumpulan wang kerajaan serta akaun Persekutuan dan Negeri.
Bagi rang undang-undang yang bukan melibatkan undang-undang kewangan, Dewan Negara boleh melewatkannya bagi tempoh selama satu tahun. Bagi rang undang-undang kewangan, Dewan Negara boleh melewatkannya selama sebulan sahaja.
Sekali lagi ditegaskan di sini Dewan Negara adalah lebih tinggi tarafnya daripada Dewan Rakyat begitulah juga kuasa YDPA lebih tinggi daripada PM. Perkara ini telah jelas di dalam perlembagaan. Sebab itulah perlembagaan letaknya ditempat yang pling tinggi mengatasi semua orang.
Dalam tempoh selama hampir 40 tahun yang lalu ideal dan falsafah perlembagaan tidak diikuti semuanya. Kelihatannya institusi, ahli politik, para pentadbir dan rakyat jelata keseluruhanya tidak selalu memahami pertimbangan tersebut. Dalam banyak hal, kepentingan politik kepartian dan kelompok lebih mempengaruhi keputusan dan cara bagaimana peruntukan perlembagaan dilaksanakan. Ini termasuk bagaimana pindaan dilakukan.
Untuk mengatasi masalah itu di masa akan datang, kita perlu memulakan pendidikan perlembagaan di peringkat sekolah, khususnya di sekolah-sekolah menengah dan universiti, termasuk yang dimiliki oleh pihak swasta. Perlu ditekankan bahawa perlembagaan adalah milik bersama. Pengajian perlembagaan tidak harus dianggap sebagai forum untuk mengkritik pemerintah.
Selain daripada itu pendekatan terhdap pengajaran undang-undang perlembagaan juga perlu difikirkan semula. Kita masih bergantung kepada tulisan yang dibuat oleh orang luar. Masalah yang timbul ialah mereka tidak memahami bahasa Melayu dan dengan itu gagal memahami persoalan dan isu yang sebenar. Buku tentang perlembagaan perlu ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri. Ini menuntut iltizam yang bersungguh dari banyak pihak seperti kerajaan, pihak berkuasa universiti, para penerbit dan yang paling penting, para sarjana undang-undang tempatan.
Dalam pada itu mungkin perlu juga dipertimbangkan agar pengajian undang-undang tidak dilihat hanya sebagai jambatan untuk mengejar kekayaan. Pengajian Perlembagaan juga perlu diperluaskan di pengajian yang lain, sekurang-kurangnya dijadikan salah satu dari mata pelajaran pilihan. Ini akan menjamin bahawa golongan yang terdidik yang akan menjawat jawatan penting negara memahami intisari perlembagaan.
Mungkin perlu difikirkan bahawa pengajian undang-undang perlembagaan harus diajar bersama dengan disiplin yang lain seperti sejarah, teori perlembagaan berdasarkan agama, sains politik dan sosiologi politik. Sekiranya ini tidak dapat dibuat di peringkat diploma atau ijazah, mungkin ia boleh dijadikan kursus jangka pendek sama seperti kursus motivasi yang begitu popular sekarang. Pendeknya pendidikan perlembagaan perlu dilihat sebagai suatu proses yang berterusan. Prinsip perlembagaan sentiasa berkembang mengikut peredaran masa.
Tidak kurang penting juga ialah peranan yang patut dimainkan oleh media massa. Selama ini mereka boleh dikatakan telah gagal untuk membantu rakyat memahami intisari perlembagaan. Mereka, terutamanya yang dimiliki oleh golongan yang rapat dengan pihak parti pemerintah, hanya bersedia menyiarkan pendapat yang selari dengan dasar dan keutamaan kerajaan.
Dalam krisis istana kerajaan negeri Kelantan umpamanya media memberi terlalu banyak ruang kepada tafsiran yang ganjil dan salah terhadap pelbagai perkara dan isu yang berhubung dengan kedudukan, peranan dan kuasa pihak sultan, menteri besar dan kakitangan awam. Ini mendorong orang awam menyakini bahawa yang penting bukan perlembagaan dan isinya, tetapi apa yang kerajaan yang memerintah mahu dan fikir betul. Ini kurang tepat kerana intisari perlembagaan bertulis itu sendiri ialah membahagi kuasa dan memastikan bahawa tidak ada siapa raja, parlimen, menteri, hakim, para pentadbir-yang melampaui batasan yang telah ditetapkan.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |