VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: MENJAWAN POSTING drpd. MUHAZAM


Author:
Pemerhati
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 17:11:01 02/14/05 Mon

Muhazam Mustapha@pak rempah berkata:
“Semua hujah Pak Rampa (yg sekarang memanggil dirinya sebagai Pemerhati) boleh dihumban balik kpdnya. Kita sudah jawap semua persoalan2 yang dia kemukakan. Kerja dia skrg adalah recycle-kan soalan2 yg dah dijawap tu dan minta dijawap semula.”...
------------------
Ikut suka Muhazam-lah nak mengatakan Pemerhati juga adalah Pak Rampa. Bagi Pemerhati, pernah membaca dalam laman Forum (terlupa nak saved) Pak Rampa itu sudah kembali ke Rahmatullah.

Pernah dahulu Muhazam mengatakan dirinya adalah Pendakwah. Tetapi sudah berulang kali pula Muhazam mempertikaikan orang yang sercyle-kan soalan-soalan, sedangkan dirinya sendiri recycle pertuduhan bahawa PAS adalah Bughah dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina.

Pertuduhan oleh Muhazam@pak rempah itu adalah berkaitan dengan hal Agama Islam. Bagi Muhazam perkara yang berkaitan dengan Agama Isla, tidak perlu di-recyle soalan-soalan walau pun dirinya sendiri membuat recyle pertiduhannya itu di laman forum ini.

Hairan sungguh kita, bagaimana seorang yang mempunyai ilmu dalam bidang ICT dan mengaku menjadi Pendakwah boleh menganggap membuat recycle soalan-soalan, boleh dia kata semuanya sudah dijawab, pada halnya yang melayari laman forum ini ramai pendatang-pendatang baru membaca, adakah bagi mereka apabila membaca pertuduhan yang di-recyle oleh Muhazam itu, kalau disoal semua perkara yang sama, bagi Muhazam memadai mengatakan semuanya sudah di jawab? Ini bererti Muhazam masih tidak memahami dunia ICT dan teori kumunikasi, itu sebabnya Muhazam melihat bahawa soalan-soalan yang di-recyle itu sebagai sampah, kerana Muhazam tidak penah mengambil kira faktor adanya ramai pendatang baru yang membaca laman forum ini!

Dalam hal Agama, bagi Muhazam, analoginya ialah seperti isi kandungan dalam Khutbah, selalu diulang-ulang oleh khatib, iatu adalah merupakan khatib melqkukan recycle dan tidak perlu. Ini menunjukkan Muhazam melupakan yang hadir berjemaah itu bukannya saja orang lama, bahkan juga turut sama hadir adalah para pelajar sekolah, generasi baru yang belum lagi mengetahui pada perkara-perkara yang telah dikhutbahkan pada 6 bulan yang lalu misalnya.

Dengan sebab itu sikap Muhazam yang anti soalan-soalan yang di-recyle adalah kita tolak kerana perkara yang dibincangkan adalah hal Agama, dan kita tidak boleh mengenepikan faktor ramai pendatang baru yang hanya membaca pertuduhan Muhazam yang Muhazam recycle berulang kali, mereka hanya membaca pertuduhan oleh Muhazam itu saja, tanpa mengetahui hujah-hujah balas yang juga sudah dikemukakan kepada Muhazam.

Muhazam@pak rempah berkata:
“Pak Pampa memang cukup suka membabitkan Majlis Fatwa dlm hujahnya. Dia berhujah KALAU SESUATU ITU TIDAK DIAMBIL TINDAKAN OLEH MAJLIS FATWA MAKA PERKARA ITU HALAL.”.....
---------------------------------------------------------
KITA tidak tahu sama ada Pak Rampa dulu pernah sukan membabitkan Majlis Fatwa dalam hujuahnya dan apakah pernah mengatakan “KALAU SESUATU ITU TIDAK DIAMBIL TINDAKAN OLEH MAJLIS FATWA MAKA PERKARA ITU HALAL”, kerana Muhazam sendiri tidak memetik atau quote apakah yang sebenarnya kata-kata Pak Rampa itu.

Tetapi apabila Muhazam tujukan kata-katanya itu kepada Pemerhati, ini Pemerhati jawab:
Pemerhati tidak pernah mengatakan “KALAU SESUATU ITU TIDAK DIAMBIL TINDAKAN OLEH MAJLIS FATWA MAKA PERKARA ITU HALAL”. Dari manakah sumber Muhazam perolehi, kita tidak tahu, tetapi kita di dunia Islam ini jangan lupa, syaitan juga adalah sumber yang utama yang boleh dipungut lalu dijadikan sebagai maklumat, yang bernama FITNAH!

Sepatutnya Muhazam apabila membuat sebarang kenyataan, lebih-lebih lagi kenytaan yang bersifat menuduh, Muhazam seharusnya profesional, buat quotation tentang apa yang orang telah katakan, jangan hanya menjadi pelapor atau pemberita yang berminda jahat-machiavellisme.

Muhazam@pak rempah mengatakan:
“Kata Pak Rampa, kerajaan sudah mengkaji bahawa PAS tidak haram dan majlis fatwa pun tak keluarkan apa2 fatwa ttg haramnya PAS - maka PAS halal.”.....

Kita sudah jawap: Tiada bukti kerajaan membuat kajian itu. Pak Rampa gagal memberikan apa2 bukti.
----------------------------

SEKALI lagi, perhatikan Muhazam@pak rempah membuat FITNAH hasil mendapatkan maklumat daripada sumber syaitan. Bilakah adanya Pak Rampa mengatakan PAS adalah halal atas dasar bahawa kerajaan sudah mengkaji bahawa PAS tidak haram dan majlis fatwa pun tak keluarkan apa2 fatwa ttg haramnya PAS - maka PAS halal?

Ini jawapan Pemerhati:
Kerajaan sendiri yang meluluskan dari setahun ke setahun pendaftaran parti PAS itu. Majlis Fatwa, sama ada Majlis Fatwa Negeri mahu pun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah pula menasihatkan PM selaku Menteri di KDN yang bertanggungjawab dalam pendaftaran parti-parti politik, supaya jangan meluluskan parti PAS sejak PAS ditubuhkan kali pertamanya dahulu. Apa hal? Bagaimanakah bolehnya pihak Muhazam mengatakan PAS adalah haram sebagaimana haramnya zina, sedangkan tiada sebarang tindakan oleh mana-mana jabatan Agama Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Raja-Raja Melayu bagi mengharamkan PAS dari segi Syarak?

Malahan pernahbekas PM mahukan perkataan “Islam” dalam parti PAS itu dihapuskan, di sebaliknya Majlis Fatwa Kebangsaan menolaknya. Apakah Majlis Fatwa dalam hal membuat keputusan menolak kehendak bekas PM itu, mereka tidak mengambil kira sama ada PAS itu adalah bughah dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina sebagaimana pertuduhan oleh pihak Muhazam itu? Di sebaliknya Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja Melayu membenarkan PAS terus menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.
Muhazam@pak rempah membuat pertuduhan bahawa PAS adalah Bughah dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina dengan mengenepikan faktor bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang membenarkan PAS menggunakan perkataan “Islam” bagi nama parti itu.

Muhazam@pak rempah juga mengenepikan faktor bahawa berjuta umat Islam di negara ini menjadi ahli PAS termasuk penyokong-penyokong PAS, termasuk di luar negara khususnya di Pattani. Apakah di Pattani tiadanya para ulama hingga terbiar saja rakyat di sana menyokong PAS yg haramnya sebagaimana haramnya zina? Dan apakah Majlis Fatwa Kebangsaan itu telah menolak hadis-hadis mengenai Bughah yang sahih itu, lalu meluluskan PAS sebagai Bughah dan dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina sebagai parti Islam yang sah? Jawablah dulu soalan-soalan ini, wahai Muhazam @pak rempah!

Dan, apakah Muhazam@pah rempah pasti bahawa kesemua para mufti dah ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan itu tiada seorang pun yang menjadi ahli PAS atau menyokong PAS? Buatlah terlebih dahulu “home-work” dan kaji habis-habisan sebelum menjatuhkan hukuman bahawa PAS adalah bughah dan haramnya AS sebagaimana haramnya zina, wahai Muhazam@pak rempah. Apabila berguru, jangan hanya berguru kepada hanya seorang kerana apabila guru itu melakukan kesalahan, anda akan terima itu sebagai benar, tiadanya dapat anda nak buat check and balance”.

Muhazam@pak rempah berkata:
“Pak Rampa, di sini kita membicarakan KAEDAH kau berhukum, iaitu: Kalau majlis fatwa tidak keluarkan apa2 hukum, maka hukumnya halal.

Kita sudah berikan persoalan kpd Pak Rampa - jika Majlis Fatwa dijadikan skala utk menentukan halal/haram, maka jgn ada double standard, sila harmonikan kaedah yg sama utk semua keadaan.”.....
------------------------------------

PEMERHATI tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang disebut oleh Muhazam itu. Itu adalah kenyataan oleh Muhazam@pak rempah sendiri, dan itu adalah persepsinya sendiri, bukan kaedah pun yang Pemerhati guna-pakai nak berkata seperti itu.

Apa yang Pemerhati katakan ialah jika PAS itu Bughah dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina, kenapa Majlis Fatwa dan Jabatan-Jabatan Agama Negeri tidak mengharamkan PAS? Kalah satu-dua buku Rasul Dahri boleh difatwakan sebagai haram oleh Jabatan Agama Johor, inikan pula parti PAS berjuta rakyat Islam menjadi ahli dan menyokongnya, kenapa Majlis Fatwa tidak memfatwakannya sebagai haram?
Apakah Majlis Ftwa itu bagi Muhazam tidak menggunakan hadis-hadis mengenai Bughah yang sohih itu sebagai skala, terus saja membenarkan PAS menggunakan terus perkataan “Islam” bagi nama parti itu? Sila jawab!

Muhazam@pak rempah berkata:
“Di satu pihak kau kata: Majlis Fatwa tidak fatwakan PAS haram, maka PAS tidak haram.

Maka di satu pihak lain kau perlu kata bahawa TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA JUGA HALAL KERANA MAJLIS FATWA TIDAK PERNAH MEMFATWAKANNYA SEBAGAI HARAM. FULL STOP. Dengan itu tidak releven lagi kewujudan PAS kerana tindakan kerajaan yg tidak melaksanakan hukum adalah HALAL mengikut kaedah yg digunakan oleh Pak Rampa.”...
-------------------

BILAKAH Majlis Fatwa memfatwakan bahawa tidak melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia sebagai halal? Kita tidak pernah hendak kaitakan Majlis Fatwa memfatwa atau apa, tetapi yang kita persoalkan kepada pihak Muhazam ialah pertuduhan pihak anda itu yang mengatakan PAS adalah haram, sebagaimana haramnya zina, berjuta umat Islam menjadi ahli PAS dan menyokong PAS kenapakah tiadanya tindakan apa-apa oleh Majlis raja-Raja melayu, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan-Jabatan Agama Negri mengharamkan PAS! kita tidak pernah mengatakan bahawa apabila Majlis Fatwa tidak memfatwakan sesuatu itu sebagai haram, maka ianya adalah halal! Mana ada? Jika ada, sila quote dan paparkan!

Muhazam@pak rempah berkata:
“Kita juga nak tengok bagaimana Pak Rampa jawap kes2 keharaman/kesesatan yang sudah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa:

1 - Amanat Hadi adalah sesat
2 - Doa Nik aziz yg berbunyi lebih kurang: Ya Allah butakanlah mata mereka supaya hanya boleh melihat bulan sahaja - sudah dinyatakan sesat oleh Majlis Fatwa.

Skrg, adakah kau nak SESATKAN Nik Aziz dan Hadi ?”
------------------------------------------------------------------
Amanat Hadi sesat? Hadi yang mana satu? Kita nak tengok Muhazam@pak rempah pula buat quoation perkataan demi perkataan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Amanat Hadi itu sebagai sesat. Sila paparkan! Jangan kutip sekerat-sekerat, tetapi sepenuhnya. Kita tunggu! Jangan nak mengatakan orang recyle, pihak anda sendiri yang recyle tak habis-habis mengenai Amanat tersebut!

Doa Nik Aziz sesat? Kita nak tengok Muhazam@pak rempah pula buat quoation perkataan demi perkataan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai doa Nik Aziz itu sebagai sesat. Sila paparkan! Jangan kutip sekerat-sekerat, tetapi sepenuhnya. Kita tunggu! Sila paparkan!

Muhazam@pak rempah berkata:
“Ingat Pak Rampa, aku bukan mengalih topik drp isu bughah. Aku mencabar kaedah kau yg menggunakan Majlis Fatwa sebagai skala. Aku sudah buktikan bahawa kalau dgn tiada fatwa drp majlis fatwa ttg keharaman PAS, menjadikan PAS halal, maka aku katakan bahawa tidak melaksanakan hudud juga halal kerana majlis fatwa tidak mengeluarkan apa2 fatwa ttgnya. Kita sedang melihat kaedah kau berhukum: Kau gunakan Majlis Fatwa. Kau kena harmonikan kaedah ini dlm segala tempat. Jgn hanya gunakan majlis fatwa di tempat2 yang menguntungkan kau shj.”.....
----------------------------------------------------------------------------------------

ANDA sekalian perhatikan Muhazam@pak rempah menggunakan perkataan “Aku” dalam ayatnya, menunjukkan Muhazam sudah emosional, sudah hulang keprofrsionalisme-nya.

Kita tidak pernah membuat generalisasi ebagaimana Muhazam@pak rempah telah buta iaitu: “bahawa kalau dgn tiada fatwa drp majlis fatwa ttg keharaman PAS, menjadikan PAS halal, maka aku katakan bahawa tidak melaksanakan hudud juga halal kerana majlis fatwa tidak mengeluarkan apa2 fatwa ttgnya. Kita sedang melihat kaedah kau berhukum”.

Kita tidak pernah menggunakan kaedah seperti itu. Yang kita suarakan selama ini ialah:
Jika PAS itu Bughah dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina, kenapa Majlis Fatwa dan Jabatan-Jabatan Agama Negeri tidak mengharamkan PAS? Kalah satu-dua buku Rasul Dahri boleh difatwakan sebagai haram oleh Jabatan Agama Johor, inikan pula parti PAS berjuta rakyat Islam menjadi ahli dan menyokongnya, kenapa Majlis Fatwa tidak memfatwakannya sebagai haram?
Apakah Majlis Ftwa itu bagi Muhazam tidak menggunakan hadis-hadis mengenai Bughah yang sohih itu sebagai skala, terus saja membenarkan PAS menggunakan terus perkataan “Islam” bagi nama parti itu?

Muhazam@pak rempah berkata:
“Dgn kepincangan kaedah kau yg telah aku buktikan di atas, maka jelaskan output drp majlis fatwa BUKAN skala dlm berhukum. Skala dalam berhukum adalah Al-Qur'an dan Hadith. Jgn hukum Allah begitu jelas.”......
--------------------------------------------------------

BAGI pihak Muhazam@pak rempah, skala dalam berhukum adalah Al-Qur'an dan Hadith. Itulah sebab buku-buku gurunya Rasul Dahri diharamkan oleh Jabatan Agama Johor sebagai karya haram dari segi Syarak, kerana bagi pihak Muhazam@pak rempah jabatan Agama Johor itu juga tidak berhukum menggunakan Al-Qur’an dan Hadith, begitu?

Kita tidak pernah kaitkan Majlis Fatwa Kebangsaan itu sebagai skala, tetapi yang kita suarakan selama ini ialah:
Jika PAS itu Bughah dan haramnya PAS sebagaimana haramnya zina, kenapa Majlis Fatwa dan Jabatan-Jabatan Agama Negeri tidak mengharamkan PAS? Kalah satu-dua buku Rasul Dahri boleh difatwakan sebagai haram oleh Jabatan Agama Johor, inikan pula parti PAS berjuta rakyat Islam menjadi ahli dan menyokongnya, kenapa Majlis Fatwa tidak memfatwakannya sebagai haram?
Apakah Majlis Ftwa itu bagi Muhazam tidak menggunakan hadis-hadis mengenai Bughah yang sohih itu sebagai skala, dan Al-Qur’an dan Hadith juga sebagai skala; terus saja membenarkan PAS menggunakan terus perkataan “Islam” bagi nama parti itu?

Ingat, pihak Muhazam@pak rempah juga menggunakan Al-Qur’an dan Hadiths, dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga menggunakan Al-Qur’an dan Hadith yang sama. Majlis Fatwa Negeri Johor juga menggunakan Al-Qur’an dan Hadith yang sama. Tetapi kenapakah buku-buku karya Rasul Dahri guru kepada Muhazam@pak rempah diharamkan oleh Jabatan Agama Johor? Anda para pembaca sekalian, fikirkanlah sendiri!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Muhazam tersadung dalam hujah-hujah nafsunya sendiriUMNO Tongkat20:00:02 02/14/05 Mon
Kasihannya saya melihat pak rempah@muhazam tu berforum... Makin karut wal melalut...UMNO Tongkat20:16:23 02/14/05 Mon


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.