VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: Umno pemecah perpaduan melayu


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:27:55 09/12/05 Mon

Perpaduan Melayu sering diwar-warkan oleh pimpinan UMNO. UMNO sering memperkecilkan pembangkang Melayu dan mendesak mereka untuk bergabung dengan UMNO, demi "perpaduan Melayu". Walau bagaimanapun, perpaduan Melayu ini hanyalah diucapkan apabila UMNO menghadapi cabaran politik, dan digunakan demi 'survival' politik UMNO semata-mata.

Dari aspek sejarah, ini timbul berikutan berkumpulnya pertubuhan-pertubuhan Melayu pada 1946 untuk menentang rancangan Malayan Union, yang mana telah menjadi titik kelahiran UMNO. Maka perpaduan Melayu menjadi penyebab kelahiran UMNO.

Tetapi dari dahulu lagi wujudnya perbezaan pendapat yang telah mencabar dominasi UMNO terhadap sokongan politik orang Melayu. Parti Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Pak Sako dan Dr. Burhanuddin Al Helmy misalnya, melancarkan PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat bersama-sama Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh. Kematangan visi politik mereka terlihat lagi dengan gabungan PUTERA dengan kumpulan progresif bukan Melayu, All Malaya Council for Joint Action (AMCJA). Namun dengan tekanan oleh penjajah British, AMCJA-PUTERA akhirnya terkubur.

Pengasas UMNO sendiri, Dato' Onn kemudian berusaha untuk meluaskan visi politik UMNO dengan membuka keahlian kepada semua warga Tanah Melayu, termasuk yang bukan Melayu. Cadangannya ini ditolak oleh parti dan presiden UMNO tersebut menubuhkan Independence Malaya Party (IMP) yang gagal mendapat sokongan rakyat.

Tidak lama kemudian, golongan agama dari dalam UMNO menubuhkan PAS, yang kemudian mengambil Dr. Burhanuddin menjadi pemimpinnya, dan menjadi 'rival' UMNO untuk meraih sokongan umat Melayu-Islam sehingga hari ini.

Selepas tragedi 13 Mei 1969 meletus, PAS di bawah pimpinan Datuk Asri Muda mengambil keputusan untuk bergabung dengan Parti Perikatan dalam gagasan baru Barisan Nasional. Yang harus diingat di sini ialah dalam keadaan genting 1969, PASlah yang bersedia untuk bergabung dengan UMNO untuk memastikan bukan sahaja perpaduan bangsa Melayu, tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tetapi PAS tidak bertahan lama di dalam BN. Yang anehnya, PAS ditendang keluar dari BN bukan kerana pilihan sendiri, tetapi tekanan dari elemen-elemen tertentu dari UMNO yang tidak berpuas hati dengan PAS, dan campurtangan mereka dalam hal ehwal dalaman PAS. Jika benar penyertaan PAS ke
dalam BN telah mengukuhkan perpaduan Melayu, perpaduan yang sama telah dirobekkan oleh UMNO sendiri.

Isu perpaduan Melayu ini sekali lagi mendapat perhatian apabila UMNO berpecah pada 1987. Golongan Team A telah memecat Tun Salleh Abas yang merupakan Ketua Hakim Negara kerana beliau telah mengisytiharkan UMNO pertubuhan yang haram, berikutan penipuan yang wujud dalam pemilihan parti.

Mereka ini kemudiannya membentuk UMNO Baru, sementara Team B menjadi Semangat 46. Perpaduan Melayu / UMNO dalam hal ini dihancurkan sekali lagi oleh permainan politik dalaman UMNO.

Semangat 46 tidak bertahan lama. Selepas mengharungi dua pilihanraya bersama PAS, Semangat 46 akhirnya bertindak untuk menyertai UMNO semula.

Tetapi pada tahun 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu dipecat. Kesan pemecatannya, ramai ahli UMNO yang berduyun-duyun menyertai PAS, dan kemudiannya membentuk parti pelbagai kaum yang baru, iaitu Parti Keadilan Nasional (yang kini menjadi Parti Keadilan Rakyat). Tindakan zalim Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mencipta penentangan yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah politik negara.

Kesannya, UMNO pada pilihanraya 1999 kehilangan banyak kerusi, dan banyak 'heavyweight' UMNO yang kecundang. Menyedari kehilangan sokongan besar pengundi Melayu tersebut, Mahathir menggelarkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang "mudah lupa" dan isu perpaduan Melayu dimainkan semula.

Siapa yang menggerakkan perpecahan itu? Jangan salahkan kem Reformasi yang bangkit menentang, kerana mereka hanya ingin memperjuangkan keadilan.

Siapa yang mula-mula memecat Anwar? Dr. Mahathir. Mengapa mereka memecat Anwar? Adakah kerana Anwar agen IMF / CIA yang sering diwar-warkan? Atau kerana soal liwat yang kini sudah tidak disebut lagi oleh media perdana?

Mahathir memecat Anwar kerana beliau takut akan pengaruh Anwar. Beliau juga tersentak dengan Anwar menghalang wang rakyat digunakan membantu seorang dua ahli-ahli korporat yang rapat dengannya. Bantuan-bantuan tersebut bukan untuk menyelamatkan orang Melayu yang berada di bawah, tetapi

seorang dua towkay yang berkepentingan. Bantuan tersebut tidak dapat diberikan sekiranya Anwar tegas dengan pendiriannya, dan meneruskan dasar-dasar yang mesra rakyat seperti anti-rasuah dan juga perumahan kos rendah. Dasar-dasar tersebut lebih penting untuk kebajikan semua rakyat Malaysia, termasuk bangsa Melayu yang berpendapatan rendah.

Jadi agak ganjil apabila UMNO menyamakan perpaduan Melayu dengan bersatu di dalam UMNO.

Tambahan lagi, kita sememangnya mengamalkan sistem demokrasi, sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan kita. Demokrasi memberi peluang kepada pelbagai parti-parti politik untuk bertanding, maka tak timbul isu kewujudan pelbagai parti sebagai punca perpecahan. Jika pelbagai parti itu mengundang perpecahan, mengapa UMNO tak haramkan sahaja parti-parti pembangkang dan jadikan Malaysia sebagai negara satu parti secara rasmi.

Jika kita ingin membenarkan demokrasi, kita seharusnya akur dengan undang-undang demokrasi.

Adanya pelbagai parti politik memberikan rakyat peluang memilih, dan memastikan akauntabiliti kerajaan. Pada 1970an ketika PAS dan UMNO berada di dalam BN, kehilangan pilihan demokratik bagi masyarakat Melayu membawa kepada kepada satu vakum, yang diisi oleh ABIM dan gerakan mahasiswa pimpinan Anwar Ibrahim. Orang Melayu waktu itu tidak lagi dapat menjadikan PAS sebagai tempat mereka mengadu apabila tidak puas hati dengan kerajaan, maka dengan semulajadinya mencari platform baru.

Hakikatnya, banyak lagi isu-isu penting seperti salahguna kuasa, perpaduan rakyat Malaysia amnya, demokrasi, kebebasan media dan lain-lain lagi yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat, yang harus dipertimbangkan sebelum kita terlalu taksub dengan isu perpaduan Melayu. Perpaduan Melayu menjadi topeng UMNO untuk kepentingan politik mereka. Kita dapat lihat bagaimana ketika keadaan betul-betul mendesak seperti selepas tragedi 1970an, PAS sanggup untuk bergabung dengan UMNO demi kepentingan rakyat. Tetapi pada waktu lain, ada kepentingan lain yang harus kita perjuangkan.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.