Subject: Masih Basahkah Benang Itu? |
Author:
samdol
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 10:40:01 06/23/05 Thu
Memang ternyata Muhazam adalah pakar putarbelit dan sewajarnya dianugerahkan pingat ahli putarbelit katak bawah tempurung. Sekarang kita ikuti kupasan lanjut pembelitannya tersebut ***.
Kita jawap:
1, 2 Cuba tengok: Kau kata hudud itu perkara agama. Kau juga kata hal2 agama itu mutlak di bawah YDPA. Kau kata juga PM berkuasa eksekutif dan tidak berkuasa apa2 dlm hal agama (kau tak pernah ulas apa takrif eksekutif - takut terbelit lagi ?). Lepas tu kau kata PAS minta perkara hudud yg melibatkan eksekutif. So, hudud tu perkara eksekutif (bukan agama, i.e. di bawah PM) atau perkara agama ? Tengoklah manusia pembelit apa yg sering menuduh saya pembelit ini.
*** Apakah Muhazam tidak tahu atau pura-pura atau sengaja berbelit mengenai hukum hudud? Hukum hudud merangkumi semua perkara (i.e hudud + had -takut nanti dibelitkan lagi) di dalam pemerintahan sesebuah kerajaan Islam. Hudud juga perlukan kuasa Esekutif bahkan sesiapa (i.e pemerintah aka ulilamri atau gabungan/gandingan kuasa Presiden - Perdana Menteri, YDPA - Perdana Menteri atau King/queen - Perdana Menteri). Maka secara jelasnya jawapannya adalah hudud berada di dalam kedua-dua kuasa batang tubuh itu iaitu YDPA dan PM. Walaupun YDPA berkuasa terhadap PM tetapi kuasa yang ada pada PM adalah lebih mutlak ditadbir atau diurus oleh PM sendiri. Sebagai contoh saya mengambil kes di dalam UMNO sendiri, baru-baru ini ada pemimpin kanan yang terlibat dengan salah laku dalam pemilihan dan perkara ini adalah terletak secara mutlak di bawah kuasa Lembaga Disiplin Parti dan Presiden atau Timbalan Presiden tidak berhak campur tangan dalam soal ini. Adakah ini bermakna Presiden atau Timbalan Presiden tidak berkuasa mutlak di dalam UMNO??? (takkan nak kena hurai panjang macam budak taski baru nak faham kut...) Perlembagaan Malaysia telah dirangka dan dilaksanakan atas arahan British dan sampai sekarang kita masih melaksanakannya cuma ada sebahagian kecil yang dipinda,dihapus atau ditambah dan ini tidaklah sehingga menenggelamkan terus undang-undang British tersebut. Ia disebut sebagai perkongsian kuasa iaitu di antara Raja/YDPA dan PM maka jadilah Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan (bacalah buku sejarah atau dapatkan maklumat lanjut yang bersepah di Internet!!!)
3 Kau jugak tulis kat situ: PERLEMBAGAAN BERADA DI BAWAH YDPA, MALAH PARLIMEN JUGA DI BAWAH YDPA, DAN PM ITU DI BAWAH PERLEMBAGAAN DAN PARLIMEN. So kenapa sebok2 dok suruh PM gubal undang2 ikut hudud ? Suruh la YDPA pinda perlembagaan supaya undang2 HANYA BOLEH DIGUBAL OLEH PM mengikut hudud SAHAJA. Bukan kah dia lebih tinggi drp Perlembagaan ?
Hebat putar belit kau wahai Samdol.
Ironinya, kau sendiri tulis bahawa YDPA lemah sebab Mahathir yang lama sangat berkuasa utk pinda2 undang2 dan perlembagaan utk lemahkan kan YDPA. Kalau begitu Mahathir lebih berkuasa drp YDPA la ! YDPA tak boleh ubah perlembagaan, tapi Mahathir (PM) boleh ! Maknanya PM lebih tinggi drp YDPA ! Kau kata pula YDPA lebih tinggi perlembagaan dan parlimen dan keduanya lebih tinggi drp PM. Tapi dlm masa yg sama PM pula yg berkuasa merubah2 perlembagaan ? Siapa yg membelit ni ?
Wahai Samdol, ikut shj tafsiran perlembagaan yg sudah diketahui ramai, tak perlu berpusing2 lagi:
Kuasa YDPA adalah kuasa di atas kertas (de jure) yg wujud hanya diawang2an - tidak wujud dlm dunia nyata.
Kuasa Ekesekutif PM adalah kuasa sebenar (de facto) yang paling tinggi dlm struktur pemerintahan Malaysia. Dia berkuasa meminda perlembagaan hatta utk meletakkan kuasa agama mutlak di bawahnya atau utk menjadi Malaysia sebuah republik.
Kalau tafsiran pakar spt di atas kau pakai, selesailah semua kekusutan - jelaslah bhw PM yg paling berkuasa - termasuk dlm hal agama.
*** Apa kata jika saya mengambil kaedah Muhazam iaitu menerbalikkan soalan atau persoalan iaitu jika PM lebih berkuasa dari YDPA mengapa PM tidak mengubahnya menjadi sebuah Republik seperti di Indonesia? Adakah PM mampu atau boleh berbuat seperti itu iaitu menukarkan sistem yang ada sekarang iaitu Raja Berperlembagaan kepada sesuatu yang lain? Untuk pengetahuan Muhazam kuasa ketenteraan (Tentera + Polis) bahkan kuasa yang lain-lain lagi terletak di bawah YDPA. Dengan kuasa tersebut yang ada pada YDPA mugnkin mustahil untuk membuat rampasan kuasa. Satu persoalan yang menarik ialah kita tengok Thailand, sudah berapa kali kuasa Tentera (Tentera di bawah Raja Thai) telah melakukan rampasan kuasa terhadap PM dan sudah berapa kali PM berjaya membuat rampasan kuasa??? sudahlah tu semua orang di Malaysia tahu struktur pemerintahan Malaysia cuma geng putarbelit Muhazam shj yang berbelit.
sebagai renungan terakhir untuk babak ini, kita ikuti satu kes terbaru mengenai Kuasa dan Kekuasaan...
"" Datuk S. Sothinathan has been suspended as Deputy Natural Resources and Environment Minister for three months effective yesterday for breaking
ranks with the Government in Parliament.
The Prime Minister was speaking to reporters yesterday after delivering a keynote address at the two-day Investors Conference organised by Bank Negara in conjunction with the 30th annual meeting of the Islamic Development Bank’s board of governors.
Asked if this was the first time a minister or a deputy minister had been suspended, he said that it was. “There’s always a first time.”
Abdullah SAID he had received the King’s CONSENT to suspend Sothinathan.""
Apasal pulak PM nak kena dapatkan CONSENT dari YDPA sedangkan Parlimen di bawah beliau, Menteri2 di bawah beliau dan Jamaah Menteri di bawah beliau??? PM kan ada kuasa, kuasa atas kuasa tak gitu??? Inilah dia konsep Raja Berperlembagaan... unik kan??? Oleh kerana keunikan inilah maka timbullah geng putarbelit Muhazam untuk mengaburi mata budak-budak taski/tadika...
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |