| Subject: Lagi bukti terkapai-kapainya kaum bughah dlm berhujjah |
Author:
Muhazam Mustapha
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 08:56:13 06/27/05 Mon
Lagi tulis keterbelitan Samdol:
Apa kata jika saya mengambil kaedah Muhazam iaitu menerbalikkan soalan atau persoalan iaitu jika PM lebih berkuasa dari YDPA mengapa PM tidak mengubahnya menjadi sebuah Republik seperti di Indonesia? Adakah PM mampu atau boleh berbuat seperti itu iaitu menukarkan sistem yang ada sekarang iaitu Raja Berperlembagaan kepada sesuatu yang lain? Untuk pengetahuan Muhazam kuasa ketenteraan (Tentera + Polis) bahkan kuasa yang lain-lain lagi terletak di bawah YDPA. Dengan kuasa tersebut yang ada pada YDPA mugnkin mustahil untuk membuat rampasan kuasa. Satu persoalan yang menarik ialah kita tengok Thailand, sudah berapa kali kuasa Tentera (Tentera di bawah Raja Thai) telah melakukan rampasan kuasa terhadap PM dan sudah berapa kali PM berjaya membuat rampasan kuasa??? sudahlah tu semua orang di Malaysia tahu struktur pemerintahan Malaysia cuma geng putarbelit Muhazam shj yang berbelit.
Kita uraikan:
Kata Samdol, kalau benar PM lebih berkuasa drp YDPA, kenapa dia tak jadikan Malaysia ni republik ? Ini adalah soalan balas Samdol BENGONG terhadap persoalan kita: Kalau benar YDPA lebih berkuasa drp PM, kenapa dia tidak suruh PM laksanakan hukum hudud ?
Jawapnya wahai NGOK ! sila lihat kenyataan ini:
1 - Tamak dan mengambil seluruh kuasa pemerintahan negara utk dijadikan milik mutlak diri sendiri (semata-mata kerana dia berkuasa melakukannya) dan melucutkan kuasa orang lain tanpa sebab - adakah ini haram atau halal ? (sila baca ini utk PM).
2 - Tidak menggunakan kuasa (yg kononnya ada) utk melaksanakan perkara wajib contohnya utk menyuruh orang bawahan melaksanakan hudud, adakah ini haram atau halal ? (sila baca ini utk YDPA).
Sila lihat di atas wahai bengong bernama Samdol. PM tidak menukarkan negara ini kpd republik krn dia tahu Malaysia lebih baik dan lebih tinggi maslahatnya jika berada dlm sistem skrg. Menukarkan Malaysia kpd republik akan menyebab kacau-bilau kerana amukan orang Melayu. Ini HARAM. Jadi PM tidak menjadikan Malaysia republik KERANA PM TIDAK MAHU MELAKUKAN PERKARA HARAM.
Sila lihat lagi di atas itu wahai biol bernama Samdol. YDPA, kalau benar lebih berkuasa drp PM, maka baginda telah melakukan dosa besar kerana tidak menyuruh orang bawahannya melaksanakan perkara wajib.
Hakikatnya, PERDANA MENTERI BOLEH MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH REPUBLIK. Ini terbukti semasa Mahathir baru menjadi PM, terdapat berita-berita mengatakan dia akan menjadikan Malaysia republik. Semua orang tahu PM boleh melakukan begitu - pergi dewan rakyat, buat pindaan perlembagaan yg mengatakan malaysia sebuah republik, dapatkan undi dua pertiga, hantar kpd dewan negara, kalau dewan rakyat tolak, bincang semula di dewan rakyat, dapatkan undi dua pertiga semula, hantar semula kpd dewan negara, dewan negara tidak berhak lagi menolak utk kali kedua, kemudian hantar kpd YDPA, walaupun YDPA tidak setuju, pindaan itu akan menjadi sah selepas 30 hari - begitu senang utk menjadikan Malaysia sebuah republik.
Ringkasan:
1 - PM berkuasa menjadikan Malaysia republik, tetapi dia melakukan begitu kerana sistem yg ada sudah sempurna (PM sudahpun berkuasa penuh) dan tidak perlu diambil risiko utk bermain api dgn sensitiviti orang Melayu dgn cara menukarkan Malaysia kpd republik. Yakni PM tidak menjadikan Malaysia republik kerana dia ingin menolak kacau bilau.
2 - YDPA tidak menyuruh PM melaksanakan hudud kerana dia tiada kuasa. Kalau dia berkuasa dan tahu kewajipan hudud, tentu dia akan takut kpd Allah dan menyuruh PM melaksanakan hudud.
Jelas. Hanya kaum bughah spt Samdol shj yang masih terbelit dgn hakikat yg nyata ini.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |