VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]45678910 ]
Subject: PAS Pengkalan Pasir akan kecundang?


Author:
Al Jazeera
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 16:19:12 12/03/05 Sat

PAS Pengkalan Pasir akan kecundang?




Sebenarnya rakyat sudah muak dengan PAS dan kepimpinannya. Cuba kita tanya orang Pasir Mas. Kenapa mereka terpaksa memangkah PAS? bukan disebabkan hebatnya PAS memerintah. Tetapi kerana slogan keramatnya yg berunsurkan agama menyebabkan rakyat mudah terpedaya dengan dakyah PAS. Sebut sahaja parti bulan, tangan pengundi yang terpedaya cukup ligat untuk memangkah. Sebut sahaja dacing, bagaikan gam ajaib melekat diminda pengundi melambangkan BN adalah pembawa maksiat. Maksiat itu dibenci tuhan!

Apakah rakyat kelantan melihat dan menilai kedudukan sosial muda mudi di bandar Kota Bharu? Apa bezanya PAS dengan kerajaan BN? Tiada bezanya! Punk, skinhead, grunch serta metal, sama-sama melatar dicelah-celah lorong dan dipusat-pusat membeli belah bandar Kota Bharu. Pusat snuker, studio jamming, kedai arak semuanya sudah tersedia. Ini bermakna kerajaan BN tidak perlu bersusah payah untuk membawa gejala maksiat ke negeri serendah sekebun bunga ini. Warisi sahaja dari kerajaan serambi mekah yang berpanjikan bulan purnama ini berlangitkan hijau. Apakah rakyat masih tidak menilai?

Kerajaan sudah bersiap sedia menyiapkan diri untuk memerintah negeri atau negara untuk jangka masa panjang dan pendek. Mereka turut sama-sama mendalami undang-undang Malaysia dan cara mengatasi kepincangan dalam pentadbiran, serta sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kualiti pentadbiran disamping menambahkan keefisyenan dalam mengurus ekonomi negara. Berbeza dengan orang-orang PAS yang hanya terdiri dari kalangan ustaz-ustaz yang hanya cenderung kepada retorik kosong dan tidak membina. Retorik yang hanya membawa rakyat melayani emosi, dendam dan kesumat. Ini kerana kelemahan Melayu adalah emosi! Tiada beza melayu indon dan melayu malaysia. Melayu bersemangat, tetapi mudah termakan dengan pujuk rayu!

Selepas berlalunya pilihan raya umum ke-11, bagi tahun 2004, rasanya bagaikan tidak percaya bahawa kerajaan PAS hampir tumbang. Mereka hanya nyawa-nyawa ikan. Kenapa bagaikan puting beliung yang datang tanpa diduga, akhirnya pimpinan PAS tidak boleh lagi mendabik dada. Musuh datang dari kiri dan kanan, hanya yang alpha akan tersingkir. Itulah natijahnya bagi golongan yang tamak serta haloba, yang bukan bercita-cita untuk menjalankan amanah yang telah diberikan sebaik-baiknya, tetapi suka berpolitik melebihi bidang tugas yang sepatutnya dipikul mereka.

Rakyat Pasir Mas seharusnya sedar dan mengerti bahawa pelaksana kepada pemerintahan hendaklah orang yang jujur serta beramanah. Rakyat seharusnya tidak mudah lupa tentang hakikat kerajaan malaysia adalah kerajaan islam yang contoh, disegani diseluruh pelusuk dunia. Maksiat, ada dimana-mana jua! Hatta dizaman Rasulullah SAW pun tidak terkecuali hadirnya pelaku maksiat. Apakah rakyat tidak mampu menilai? Memerintah dengan berpolitik adalah suatu yang berbeza. Memerintah itu menjalankan tugas. Berpolitik bukan memerintah, tetapi omong kosong! bergaduh sesama islam dan membuang masa. Percayalah, rakyat Pasir Mas akan memilih kerajaan yang pandai memerintah, bukan kerajaan yang pandai berpolitik.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
KENAPA KAU SUSAH HATI SANGAT KALAU PAS TUMBANGPEK DIK BARUA22:39:09 12/03/05 Sat
Kasihan kepada Al-Jazeera!Kasihan18:40:49 12/05/05 Mon
aku rasa aku pernah dengar ayat2 ni...tapi dimana yak? (NT)Pak Cik Ori17:05:49 12/10/05 Sat
Saya menyangkalMelayu Uranium17:19:44 12/10/05 Sat


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.