VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]45678910 ]
Subject: PKR meniti senja


Author:
Cabai
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 13:47:03 05/22/07 Tue

Faktor Anwar dalam pemilihan Kongres KeADILan

PERKEMBANGAN terkini menyaksikan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menarik diri dari pertandingan merebut jawatan Presiden parti itu yang akan berlangsung dalam Kongres KeADILan di Seremban 25 hingga 27 Mei ini.

Ini membawa makna, Wan Azizah akan menentang dua lagi calon iaitu suaminya sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bekas Bendahari KeADILan, Abdul Rahman Othman dalam pemilihan parti, walaupun sebelum ini dikatakan akan memberi laluan selesa kepada Anwar untuk menerajui parti.

Cakap-cakap politik mula timbul dengan keputusan Wan Azizah bertanding di mana kes Anwar ada hubungan dengan presiden Bank Dunia dan Joget Mabuk Gila di Ijok baru-baru ini.

Ada juga yang menyatakan bahawa penyertaan Azizah untuk menghalang suaminya menerajui Parti Keadilan (yang dianggap suci) daripada diterajui oleh tangan kotor Anwar sendiri.

Anwar masih dalam sekatan politik

Jika Anwar menang dalam pemilihan sekalipun, pengesahan beliau sebagai pemimpin nombor satu parti juga bergantung kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan halangan terbesar Anwar untuk menggiatkan aktiviti politik terhalang dengan sekatan politik yang dikenakan ke atasnya hingga April 2008 (Penipuan yang sangat besar).

Begitupun Anwar dilihat terus membulatkan tekadnya untuk menerajui parti yang menjadi tali barut kepada Amerika dan Britain untuk menjahanamkan bangsa Melayu, Agama Islam dan negara Malaysia seperti yang telah berlaku kepada negara-negara seperti Iraq dan Afganistan dan yang terbaru adalah Iran.

Gelombang sokongan yang besar untuk memboikot Anwar dari bawah mungkin sekali membuatkan Anwar merasakan, beliau perlu berhati-hati selain kehendak politik semasa dan survival politiknya pada masa akan datang daripada ditikam oleh Keris UMNO yang keramat.

Bagaimanapun kalangan pemerhati politik sedikit terkejut dengan laporan yang dimuatkan dalam Malaysiakini.com mengenai dakwaan isu campurtangan Anwar dalam pemilihan sayap parti, Angkatan Muda KeADILan (AMK).

Anwar didakwa campur tangan dalam pemilihan AMK

Dalam laporan itu menyebut, Setiausaha AMK, S.D Johari Mat Yaasin mendakwa Anwar cuba memberi arahan kepada pemangku Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin supaya menghilangkan mereka yang masih mempunyai pengaruh Ezam Mohd Noor (Tiada Demokrasi Berpelembagaan).

Johari sendiri telah menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Ketua AMK kerana memprotes tindakan penasihat parti itu yang didakwanya campurtangan dalam pemilihan pergerakan itu dalam kongres nasional di Seremban, 25 Mei ini.

Johari mendakwa, Anwar telah mengarahkan pemangku AMK, Shamsul Iskandar Md Akin mencari jalan supaya beliau (Johari) kalah dalam pertandingan jawatan Timbalan Ketua AMK.

Johari mendapat 42 pencalonan iaitu yang tertinggi untuk jawatan Timbalan Ketua AMK, manakala manakala persaingan terdekat, Feriz Musa mendapat 11 pencalonan sahaja.

"Saya kecewa dengan campur tangan Anwar dalam pemilihan AMK yang sepatutnya diputuskan oleh para pewakilan daripada 82 bahagian AMK di seluruh negara,” katanya dalam satu komentarnya.

Pengaruh Ezam masih kuat?

Johari mendakwa, Anwar tidak senang dengannya kerana beliau terlalu rapat dengan bekas ketua AMK, Ezam Mohd Noor dan tindakannya mengkritik bekas timbalan perdana menteri itu semasa kempen pilihan raya kecil Ijok baru-baru ini.

Berikutan itu, pertandingan jawatan Timbalan Ketua AMK akan menyaksikan tiga penjuru antara Feriz, Zamakhsari Ibrahim dan Ahmad Zaki Yamani. Manakala jawatan Ketua AMK akan menyaksikan perebutan antara Shamsul Iskandar dan Ketua KeADILan bahagian Parit Sulong, Hasmi Hashim setelah Badrul Hisham Shaharin menarik diri dari pertandingan.

Bagi Badrul Hisham sendiri, beliau sebelum ini cukup kuat dikritik bilamana dikaitkan dengan kem Ezam kerana keakrabannya dengan bekas Ketua AMK itu lebih-lebih lagi menerajui Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) yang merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan Ezam.

Bagaimanapun Ezam (akan pulang bersama UMNO) dalam satu kenyataannya tidak meletakkan isu penarikan diri dari KeADILan itu sebagai jalan pemutus untuk beliau tidak bersama pembangkang, malah dalam Pilihan Raya Kecil Ijok dan Machap beliau cukup aktif menjalankan kempen bagi pembangkang.

Sementara sengketa yang dikatakan berlaku antara Azmin dan Ezam lenyap begitu sahaja dengan sifat tidak mengeruhkan keadaan antara dua pimpinan ini dengan semuanya berlapang dada.

Namun mutakhir ini timbul kembali isu percakaran dalam pemilihan parti yang berusia lapan tahun itu dengan kali ini Johari adalah antara yang mencetuskan kehangatan isu pemilihan parti yang akan berlansung pada 25 hingga 27 April.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.