VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4]5678910 ]
Subject: Berdebatlah dengan cara yang baik


Author:
sidratul_muntaha
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:43:51 07/05/06 Wed

Assalamualaikum wbt.

Idealis mahasiswa nampaknya dah jadi idealis untuk caci-mencaci. Sama ja, tidak kiralah pro-pas ke atau pun pro-kerajaan. Berdebat untuk mencari kebenaran memang diharuskan bahkan dituntut. Cuma silapnya kita ni berdebat dengan cara yang tak betul. Mencaci, maki hamun, hina, cakap bahasa kesat sepeti yang dinyatakan Muhazam Mustafa, xmen dan tidak terkecuali juga pro-pas seperti pas sejati. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua supaya berdebatlah dengan cara baik dan dalam keadaan ilmiah. Keluarkan hujah jangan ikut hawa nafsu. 1st artikel yang saya tulis terus dihentam dan saya dilabel sebagai orang jahil. Patutkah macamtu?

sila rujuk al-quran surah

“serulah (manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah/berbantahlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya dia lebih mengetahui siapa yang sebenarnya tersesat dan siapa yang mendapat petunjuk”
An-nahl 125.

Islam sebenarnya cantik kan? Tapi yang jadikan tak cantik siapa? Kita2 ni lah.
Semua perasan ilmu banyak. Sampai nak kata yang itu haram, yang ini halal.
Nabi memberitahu bahawa setiap yang halal dan yang haram itu adalah jelas. Maka yang tidak disebutkan itu adalah didiamkan. mengharam dan menghalalkan sesuatu adalah tugas Allah. Maka dikatakan pas itu haram seperti haramnya zina adalah tidak betul sama sekali. Dan saya ingatkan kepada sahabat yang berkata demikian agar bertaubat. Selain perkara yang tidak disebutkan Allah tentang haram atau halal sesuatu, maka perkara itu tidak lah dilihat sebagai yang mutlak hukumnya. Boleh jadi haram atau halal mengikut keadaan.

Sila rujuk al-quran surah

“tidak ada yang memperdebatkan (untuk melenyapkan kebatilan) tentang ayat Allah kecuali orang kafir...”
Al-mukmin4

…mereka (kaum nuh dan golongan bersekutu) membantah/berdebat menggunakan alas an yang batil untuk melenyapkan kebenaran. Kerana itu Aku siksa dia dengan azab. Maka betapa pedihnya azabku?”
Al-mukmin 5

Al-mukmin 4, Allah melarang keras hambanya berdebat dengan tujuan untuk melenyapkan kebenaran. Betapa kerasnya larangan itu dapatlah kita lihat bahawa Allah menyatakan kafir bagi golongan sedemikian.

Menurut tafsir Ahmad Sonhadji Mohammad dan Dr.Hamka ayat ini menjelasakan bahawa hanya orang2 yang kufur dan ingkar akan menggunakan ayat2 al-quran untuk didebatkan bertujuan melenyapkan kebenaran walaupun telas jelas terdapat hujah- hujah dan nas-nas sorih. Maka dinyatakan sekali lagi golongan ini adalah kufur.
Tetapi berdebat untuk :
1) menegakkan yang hak, kebenaran
2) menerangkan kekeliruan
3) mengeluarkan hukum
4) mengembalikan orang yang telah tersesat
Adalah harus bahkan tanggungjawab kita.

Saya rasa cukuplah setakat ini dulu. Artikel akan datang saya akan bincangkan mengenai Perlembagaan Malaysia VS Hukum Allah. Perdebatan hendaklah dijalankan secara ilmiah. Selepas ini, tiada lagi kata-kata kesat yang akan dikeluarkan.

Setelah mereka mendapat petunjuk, tetapi masih melakukan kemungkaran merekahlah orang-orang yang rugi.
Kami dengar dan kami taat.
Kita nantikan bersama siapa yang akan lagi menggunakan bahasa kesat.

Wabillahi taufiq..
Wallahu’alam.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Nak tanyaxmen20:51:41 07/05/06 Wed


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.