VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234567[8]910 ]
Subject: Kerja Muhazam dan kaumnya sama ngan Pemuda Umno!!!


Author:
siswasiswi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:25:23 09/14/05 Wed

Jika kita meninjau laman BLOG Jeff Ooi di www.jeffooi.com/ bahawa laman web Pergerakan Pemuda Umno di http://www.pemuda.com.my/ telah cuba membabitkan pimpinan PAS dalam polemik mentah mereka berkenaan perjuangan kemerdekaan, iaitu kontroversi yang kononnya telah dicetuskan oleh Ronnie Liu dari DAP.

Jika kita berkunjung ke laman berkenaan kita dapat melihat gambar kulit buku karangan Chin Peng (bekas Setiausaha Agung PKM) yang bertajuk:

Alias Chin Peng: My side of history

Akan tetapi apa yang dipaparkan di laman tersebut bukanlah kulit asal buku itu kecuali telah dipinda dengan jahat dengan memuatkan gambar para pemimpin pembangkang termasuklah Tuan Guru Nik Abd Aziz, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

KULIT ASAL BUKU CHIN PENG


KULIT YANG DIPINDA OLEH PEMUDA UMNO



Kerja jahat ini barangkali bermaksud mahu membabitkan pemimpin-pemimpin ini termasuklah pemimpin DAP sebagai dalang kominis, kerana turut dipaparkan kata-kata yang tidak terdapat pada kulit asal buku itu yang berbunyi:

Komunis selamanya, datuk dan nenek kami turut merasai kekejaman komunis, tetapi itu dahulu

Menurut Jeff Ooi ADUN DAP dari Setiawan telah pun membuat laporan polis berkenaan kerja-kerja jahat Pemuda Umno ini.

Mengapakah begitu kurang ajar dan biadap sekali Pemuda Umno sehingga tergamak meletakkan gambar pemimpin tertinggi PAS, yang diiktiraf sebagai tokoh ulamak Islam dalam kerja jahat mereka itu. Apakah hujah Ronnie tidak boleh dilawan dengan hujah, perlukah kita menggunakan taktik kotor dan jijik seumpama ini?

Ingat tidak pernah dalam sejarah negara, ahli atau pemimpin PAS terlibat dalam fahaman ataupun pergerakan komunis, tetapi satu ketika dahulu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Tun Razak dan Dr Mahathir, iaitu Abdullah Ahmad dan Siddiq Ghouse pernah ditahan di bawah ISA kerana kononnya terlibat dengan gerakan ataupun fahaman kominis!

Fakta ini barangkali tidak pernah terdaftar dalam benak kepala Pemuda Umno, kerana mereka sentiasa berada dalam sindrom penyakit Melayu Mudah Lupa, yang telah diagnosis oleh Dr Mahathir sendiri satu ketika dahulu.

Berpada-padalah sedikit tingkah laku biadap itu, jangan sampai marahkan pijat kelambu habis dibakar.

Memang inilah gerak kerja yang telah diajar oleh umno dan diikuti sepenuhnya oleh Muhazam dan kaum kerabatnya di IM ini. Syabas teruskan usaha ANDA!!!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
petualang tetap petualangsuliza15:59:47 09/14/05 Wed
Muhazam Mengamalkan Politik MachiavellismePemerhati22:15:01 09/14/05 Wed
ape hal jahil sgt nie?anak_wawasan02:57:39 09/16/05 Fri


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.