| Subject: Muhazam Mengamalkan Politik Machiavellisme |
Author:
Pemerhati
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 22:15:01 09/14/05 Wed
In reply to:
siswasiswi
's message, "Kerja Muhazam dan kaumnya sama ngan Pemuda Umno!!!" on 12:25:23 09/14/05 Wed
Muhazam memang megutuk habis-habisan hamba Allah yang ia sebut sebagai Pak Rampa dalam Forum ini dan juga beberapa laman web Muhazam sendiri. Cuba kita baca sebuah artikel Pak Rampa itu, yang menjadi koleksi saya; disiarkan semula di sini.
---------------------------------
*POLITIK DAN SIASAH:
(UMAT ISLAM TIDAK USAH BERPOLITIK DAN BERPOLITIKING SESAMA UMAT ISLAM)
Oleh RAMPA.
DALAM Islam tidak sepatutnya diguna pakai pun istilah POLITIK dan konsep POLITIK dan POLITIKING. Dalam Islam yang ada yang boleh diguna pakai oleh umat Islam hanya SIASAH. Gunakanlah wadah dan wahana SIASAH!
Umat Islam seluruh dunia hari ini lebih kenal istilah dan konsep POLITIK drpd. mengenali istilah dan konsep SIASAH yang terdapat dalam ajaran Islam itu sendiri. Sesungguhnya POLITIK adalah tajaan Syaitan untuk mereka yang sudah berpaut kepada nilai-nilai sekularisme menggunakannya, sedangkan SIASAH adalah Sunah untuk umat Islam yang berpaut kepada Welstanschaaung Tawheedik menggunakannya.
POLITIK adalah untuk orang bukan Islam, tetapi SIASAH adalah hanya untuk umat Islam. Umat Islam yang menerima-pakai dan menggunakan pendekatan POLITIK, pasti akan kecundang dalam perjuangan. Allah SWT. tidak akan memihak dan memberikan kemenangan kepada umat Islam yang berjuang menggunakan wadah dan wahana POLITIK kerana umat Islam itu beragama ISLAM. Ini terbukti sudah lebih 500 tahun umat Islam berjuang, tetapi umat Islam terus menerus kecundang; dapat terus-menerus diperbodoh dan dikalahkan oleh kaum kufar.
Untuk umat Islam mencapai kemenangan supaya dapat kembali menjadi khalifah di muka bumi ini, tiada jalan lain, melainkan kembali mengguna-pakai wadah dan wahana SIASAH. Selama mana lagi umat Islam masih enggan menggunakan wadah dan wahana SIASAH dalam perjuanagan, selama itulah perjuangan akan terus menjadi lagha, iaitu sia-sia.
ADA 5 atribut utama yang membezakan antara POLITIK dengan SIASAH, iaitu:
Peretama: Istilah POLITIK adalah cipataan dan yang digagaskan dari ajaran Sekularisme yang dicetuskan di Barat dan ia menjadi elemen penting dalam Budaya Barat. Sekularisme itu sendiri wujud adalah cetusan ilham daripada saranan oleh Syaitan (Q:22:52) untuk manusia guna-pakai, maka dengan sebab itulah POLITIK adalah penuh dengan perancangan bagi melaksanakan acara-acara dan tindakan-tindakan yang memenuhi kehendak Iblis dan Syaitan. Sedangkan istilah SIASAH, ia adalah istilah yang wujud dalam Ad-diin Islamiah (Q:3:19) yang terkandung di dalamnya gagasan-gagasan untuk acara-acara dan tindakan-tindakan bagi menentang golongan manusia yang sudah dipengaruhi oleh Iblis dan Syaitan dalam mengurus dan mentadbirkan Dunia, Negara dan Negeri.
Kedua: Landasan atau wahana yang digunakan dalam POLITIK ialah “Matalamat menghalalkan cara”. Tetapi landasan bagi SIASAH adalah “Syariyah Islamiah” yang berpaksikan kepada apa yang terangkum maksudnya di dalam IFTITAH, iaitu “Sesungguhnya SHOLATku, Hidupku, dan matiku adalah KERANA ALLAH Tuhan sekalian alam.” [Q:6:162]; yang kita umat Islam sering ikrarkan setiap kali kita mendirikan Sholat. Di sini juga POLITIK tidak akan mempedulikan prinsip yang terkandung dalam maksud ayat Al-Qur’an [Q:17:38]; sedangkan SIASAH, ayat ini adalah dijadikan prinsip yang dipegang kukuh serta dijadikan panduan tanpa kompromi. Justeru kita umat Islam perlulah fahami perbedaan antara dunia POLITIK dan dunia SIASAH.
Ketiga: POLITIK adalah mengguna-pakai PENGETAHUAN, sedangkan SIASAH menggunakan hanya ILMU. Sesungguhnya PENGETAHUAN adalah daripada Iblis dan Syaitan; sedangkan ILMU adalah daripada Allah SWT. Bagi POLITIK pendidikan untuk rakyat Islam tidak mengutamakan aspek supaya mempelajari dan memperolehi “ta’qiluun”. Di sebaliknya bagi SIASAH rakyat memperolehi dan mempelajari “ta’qiluun” memahami dan berILMU menguasai bahasa Allah SWT. terus dari Al-Qur’an (tanpa melalui bahasa terjemahan) adalah wajib, iaitu mengoperasionalkan pendidikan rakyat Islam dengan tidak mengenepikan ayat Alqur’an [Q:12:2] supaya rakyat Islam mempelajari dan memperolehi “ta’qiluun” dengan memahami Al-Qur’an terus direct drpd Bahasa Allah SWT., dan bukan memahaminya melalui bahasa terjemahan. Justeru kita umat Melayu Islam perlulah memahami perbedaan antara ILMU dengan PENGETAHUAN.
Keempat: POLITIK adalah untuk melaksanakan ajaran Sekularisme dan menggunakan ajaran mengikut kaedah Machiavellisme, sedangkan SIASAH adalah untuk melaksanakan ajaran Islam sebagai Ad-diin [Q:3:19] berpandukan kepada Welstanchaaung Tawhidik (Al-Qur’an dan Sunah).
Kelima: POLITIK sebagaimana ajaran Machiavellisme, ia membenarkan pelaksanaan “Pecah-belah dan Perintah”, propaganda atau dakyah serta fitnah sebagai cara bagi pihak yang Berkuasa untuk mengekalkan kuasa memerintah atas nama Demokrasi; sedangkan SIASAH mengharamkan pelaksanaan tersebut kerana ajaran Islam menegaskan bahawa umat Islam semuanya adalah bersaudara [Q:21:92 dan Q:23:52]; dan kerana adanya hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “TIDAK BERIMAN SEORANG MU’MIN ITU SEHINGGA IA MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA IA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI” dan “ANTARA MU’MIN DENGAN MU’MIN ITU ADALAH BERSAUDARA BAGAIKAN SATU TUBUH….” [Hadis-Hadis Sahih Bukhari & Muslim]. Adakah mereka yang menggunakan wadah dan wahana POLITIK; ahli-ahli POLITIK itu menerima-pakai maksud kedua-dua Al-Hadis ini? Sudah tentu tidak!
Dalam sistem POLITIK di Malaysia sekarang ini, umat Melayu (oleh kerana umat Melayu beragama Islam) jika diteruskan menggunakan POLITIK dan berpolitiking sebagai wadah dan wahana perjuangan, maka sampai bila-bila pun umat Melayu tidak akan dapat disatukan, kerana POLITIK mengenepikan sama sekali Q:17:38; Q:23:52 dan Q:29:92, serta tidak patuh kepada apa-apa yang dituntut oleh maksud dua Al-Hadis tersebut tadi. Dan paling bahaya ialah POLITIK mengenepikan sama sekali prinsip yang terkandung di dalam Q:17:38. Bahayanya bukan saja kepada mana-mana parti politik tertentu saja, bahkan juga meliputi semua rakyat dan negara sekali gus; di mana akibatnya di Sisi Allah SWT. rakyat dan negara diktegorikan sebagai jahat dan Dibenci oleh Allah SWT. Sendiri!
Bagi umat Islam, ingatlah bahawa SELAGI UMAT ISALAM BERPOLITIK DAN BERPOLITIKING SESAMA UMAT ISLAM, SELAMA ITULAH UMAT ISLAM TIDAK AKAN DAPAT BERSATU. Justeru, seluruh umat Islam di bumi Allah SWT. ini mestilah mengreformasikan minda dan pelaksanaannya, iaitu kembali kepada SIASAH, jangan gunakan pun istilah POLITIK; dan kembali mendirikan SHOLAT, jangan gunakan istilah SEMBAHYANG (bagi umat Melayu); dan kembali kepada berILMU, jangan hanya berPENGETAHUAN, jika umat Islam ingin kembali dapat menjadi KHALIFAH di muka bumi ini.
Umat Islam sejak kejatuhan umat Islam lebih 500 tahun yang lalu, hingga kini telah mengenepikan SIASAH dan menggantikannya dengan POLITIK; maka menjadikan umat Islam tidak mematuhi Perintah-perintah Allah; tiadanya ta’qiluun dan akibatnya umat Islam sendiri di sisi Allah SWT adalah JAHAT, iaitu kejahatan yang menjadi kebencian oleh Allah SWT [Q:17:38].
Maka kezaliman demi kezaliman menimpa umat Islam sendiri dari semua sudut kehidupan, dengan tiadanya mendapat Pertolongan Drpd Allah SWT. kerana Allah SWT. Sendiri Membenci umat Islam akibat umat Islam tidak mematuhi Perintah-perintah Allah SWT. [Q:17:38], dan umat Islam sendirilah yang menzalimi diri sendiri [Q:4:40] akibat POLITIK dan berPOLITIKING sesama umat Islam; makanya kezaliman-kezaliman bertali-arus datang drpd kaum kufar, dan juga drpd umat Islam sendiri yang sudah sekular, iaitu golongan yang menegenepikan ayat Al-Qur’an, Q:6:162 di dalam kehidupan.
*© 1990 RAMPA.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |