VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: Badan Eksekutif vs PM


Author:
samdol
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:46:05 09/06/05 Tue

BADAN EKSEKUTIF


PENGENALAN

Dalam sistem demokrasi moden, kerajaan sesebuah negara lazimnya terdiri daripada tiga badan pemerintah, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Badan eksekutif, perundangan dan kehakiman saling mengimbangi antara satu sama lain. Dalam sistem berparlimen, anggota badan eksekutif dilantik dari kalangan anggota dwidewan Parlimen. Ini dilihat sebagai unsur yang mengkompromikan kebebasan dan kedaulatan badan eksekutif dari badan perundangan. Di Malaysia, kerajaan persekutuan terdiri daripada tiga badan utama; badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan eksekutif yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri tetap menjadi sebuah institusi politik penting. Hal ini kerana kuasa seorang Perdana Menteri adalah nyata dan bertokok tambah sebagai ketua kerajaan(kabinet) dan ketua parti yang memegang majoriti di Parlimen.



YANG DI-PERTUAN AGONG

Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara atau Persekutuan, mempunyai beberapa peranan penting berhubung dengan badan eksekutif atau Jemaah Menteri. Berhubung badan eksekutif, Yang di-Pertuan Agong memainkan sekurang-kurangnya empat(4) peranan penting.
Pertama, Perkara 39 Perlembgaan Persekutuan meletakkan kuasa eksekutif di tangan Yang di-Pertuan Agong.
Kedua, sebagai ketua negara, Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 40(2[a]) memperuntukkan kuasa kepada baginda untuk melantik Perdana Menteri.
Ketiga, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong kuasa melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 43(2[a]) Perlembagaan Persekutuan.
Keempat, Yang di-Pertuan Agong juga diperuntukan kuasa mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen melalui Perkara 40(2[b]).


JEMAAH MENTERI

SEJARAH

Sejarah pengenalan Jemaah Menteri ini bermula dengan penubuhan sebuah kabinet mini yang dinamakan Sistem Ahli (Member System) pada 1951. Dalam sistem ahli, seorang yang dilantik itu adalah ibarat seorang menteri kerana beliau memainkan peranan yang sama. Apabila Malaya diberikan kemerdekaaan pada 1957, Tunku Abdul rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri Persekutuan Malaya, dan kabinet yang dibentuk pada ketika itu merupakan kabinet pertama selepas Malaya merdeka dari penjajahan British. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai kerajaan sehingga tahun 1970, merangkumi tempoh pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963 dan Singapura keluar daripada Persekutuan pada 1965.

Pelantikan Kabinet Kini

Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugas-tugasnya. Bagi membantu menteri-menteri melaksanakan tugas masing-masing, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan melantik timbalan-timbalan menteri atas nasihat Perdana Merteri (Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan). Setiausaha parlimen dilantik oleh Perdana Menteri mengikut Perkara 43B(1) Perlembagaan Persekutuan. Seorang Perdana Menteri juga diberi kuasa politik oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melantik sebilangan setiausaha politik yang difikirkan perlu (Perkara 43 [c].


Perdana Menteri

Perdana Menteri adalah satu jawapan yang paling penting dalam sebuah sistem politik bercorak demokrasi berparlimen. Kuasa sebenar pemerintahan terletak pada Perdana Menteri, iaitu Ketua Jemaah Menteri. Kuasa seorang Perdana Menteri tidak terhad kepada jawatan rasmi sebagai Perdaan Menteri sahaja.

Ketua Jemaah Menteri

Beliau berkuasa mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan agong untuk menyertai kabinetnya. Seseorang yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri biasanya orang-orang yang pada pendapat Perdana Menteri boleh bekerja sama dan menyokongnya. Sebagai ketua, seorang Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan sekali seminggu. Walau apa sekalipun cara seseorang itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri, seseorang yang dilantik itu merupakan hak atau prerogatifnya. Oleh itu, kuasa dan pengaruh beliau akan bertambah dengan setiap perlantikan.

Ketua Pentadbir Utama

Seorang Perdana Menteri juga memainkan peranan sebagai ketua Pentadbir utama negara. Semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan, termasuk kementerian-kementerian, diturunkan dari pemerintah yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Sebagai Ketua pentadbir negara, seorang Perdana Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program. Kejayaan dan penerimaan dasar dan program itu menunjukkan kebijaksanaan, kualiti kepimpinan dan kewibawaan seseorang Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir utama negara.

Ketua Parti Pemerintah

Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti politik. Memungut kerusi terbanyak dalam pilihanraya umum. Amalan biasa di mana ketua parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi Parlimaen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan. Perlantikan seorang Perdana Menteri berjalan dengan lancar kerana UMNO atau Parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO telah berjaya memenangi pilihanraya umum parlimen dengan majoriti yang jelas. Kepelbagaian parti yang menganggotai Barisan Nasional juga membawa batas-batas tertentu kepada seorang Perdana Menteri. Satu daripada batasan ini ialah seorang Perdana menteri. Satu daripada batasan ini ialah seorang Perdana Menteri perlu mengambil kira perwakilan dari semua parti anggota apabila membuat pencalonan untuk mengisi keanggotaan Jemaah Menteri. Berhubung dengan hal-hal politik dan parti pula, seorang ketua parti/ gabungan parti mempunyai kuasa yang luas dan penting. Kedudukan sebagai ketua parti/gabungan parti juga membawa makna seseorang itu berkuasa dan berhak menentukan agihan kemudahan-kemudahan:
1. Mencalonkan seseorang itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke Dewan Negara.
2. Melantik dan menentukan bilanagan jawaatn setiausaha politik;
3. Melantik seseorang kemana-mana badan (berkanun dan swasta)

Pegawai Diplomatik Utama

Seseorang Perdana Menteri juga merupakan seorang pegawai diplomatik utama negara. Sehubungan dengan ini, beliau memainkan pelbagai peranaan dan antaranya adalah seperti berikut:

Hubungan dengan negara luar
Peranan malaysia di arena antarabangsa
Negarawan dan Jurucakap Dunia membangun


KEDUDUKAN DAN KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG

Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong."


Perkara 182 dan 183 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:

"182. Mahkamah Khas.

(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).

(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit.

(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletak hak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur.

(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan prosedur (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah dan undang-undang yang mengawalselia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan prosedur yang terpakai dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bawahan, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding dalam Mahkamah Khas.

(6) Prosiding dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa kesulitan atau anomali jua pun dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam pelaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apa-apa pengubahsuaian, adaptasi, penggubahan, pertukaran atau pindaan jua pun kepada mana-mana undang-undang bertulis.

"183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri."


Fungsi Eksekutif (Perkara 39)


Walaupun Perlembagaan (Fasal 39) memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong, namun menurut undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif itu kepada orang lain.

Sungguhpun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan tentang kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong namun lazimnya baginda menerima nasihat dari Kabinet, lebih tepat lagi, Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berhak dan atas kemahuannya meminta segala maklumat mengenai kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Kabinet.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang ataupun sesuatu pertubuhan (yang lain dari Kabinet) tetapi dalam pelaksanaan tiga fungsi Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara baginda. Ketiga-tiga fungsi itu ialah:


Melantik seorang Perdana Menteri;
Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen;
Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

Pelantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kemampuan calon tersebut mendapat suara terbanyak dalam Parlimen. Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri adalah atas nasihat Perdana Menteri.


Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40 menyatakan:

"39. Kuasa pemerintah Persekutuan.

Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain".

"40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut iaitu:


(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen;

(c) meminta supaya di adakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini.

(3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah Menteri:


(a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

(b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain."



Fungsi Perundangan (Perkara 44)

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh kerana Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen Parlimen, maka baginda mempunyai kuasa-kuasa berikut:

-Memanggil Parlimen bermesyuarat dari masa ke semasa;
-Memberhentikan dan membubarkan Parlimen;
-Boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama; dan
-Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan. Di samping itu baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik empat puluh orang senator lagi.

Para senator yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah, pada hemat baginda, terdiri daripada orang-orang yang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokoh yang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial, tokoh-tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih.

"44. Keanggotaan Parlimen.

Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat".



"45. Keanggotaan Dewan Negara.

(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dipilih dan dilantik seperti berikut:


(a) dua orang ahli bagi tiap-tiap satu Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan

(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli.

(3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tercatat oleh pembubaran Parlimen.

(3a) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua tempoh sama ada terus-menerus atau selainnya:

Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telah pun tamat dua tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara adalah sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Fasal ini seorang ahli Dewan Negara maka ia bolehlah terus berkhidmat sebagai ahli sedemikian itu selama baki tempohnya.

(4) Parlimen boleh dengan undang-undang:


(a) menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri hingga tiga orang;

(b) membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;

(c) mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik".


KESIMPULAN

Badan eksekutif adalah satu daripada tiga cabang kerajaan. Kepentingan badan bergantung kepada penyandangnya. Di dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan dan kedaulatan negara. Sesungguhnya Perlembagaan Persekutuan meletakkan baginda di tunggak pemerintahan negara, manakala kuasa kerajaan terletak pada tangan seorang Perdana Menteri yang merupakan Ketua Kerajaan.
Seorang Perdana Menteri memainkan pelbagai peranan, sama ada di dalam mahupun di luar kerajaan. Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa asalnya adalah daripada YDPA itu sendiri.


Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kausa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang dimaksudkan "Doktrin Pemisahan Kuasa". Idea ini dicetuskan oleh Motesquieu, ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis dalam abad 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini bertujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
wehh...yg ni ko copy melalui laman web Prof. Jayum ker??? Haii...tak nak susah2 lg ker??Pek Dik14:10:17 09/06/05 Tue


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.