| Subject: Semua palsu, baik mundur terus lah senang.... |
Author:
Sandiwara
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 18:22:57 09/10/05 Sat
In reply to:
Kak sampah
's message, "Kejayaan Melayu" on 18:57:57 09/09/05 Fri
Saya rasa beginilah, saya sokong apa yang kak, sampah, cakap, khususnya berkenaan jenis-jenis kejayaan yang palsu, maka dengan ini kita tidak perlu ikhtiraf nyanyi di Royal Albert Hall, lupakan Sudirman lupakan Siti Nurhaliza, tak payah berenang merintasi English Channel, anak Maidin tolong pulang balik gelaran Datuk, AF boleh tutup, tutup semua, tak payah dah, semua itu hanya mendodoikan, mengkhayalkan.
saya bukan nak sinis, kerana saya percaya sungguh dengan bahaya perasaan selamat yang palsu. tetapi kalau itu semua kita buang kerana ia bersifat mendodoikan, saya rasa orang Melayu bakal hidup dalam dunia yang cukup tenang, dan boring gila.
tatkala kita merencana untuk menyusur kecemerlangan, kita tidak harus menidakkan hak orang lain dalam menyatur kejayaan mereka dengan cara sendiri. setiap orang memerlukan inspirasi dan motivasi tersendiri untuk menkecapi kejayaan, tak kiralah apa pun, nyanyi ke, tari ke, lukis ke, niaga ke atau sukan atau akademik.
itu ertinya 'diversity', kak, sampah, bahasa orang putih, maksudnya, kepelbagaian. takkanlah kononnya kita tak suka perasaan selamat yang palsu, maka paksa Siti masuk UKM ke UTM ke untuk ambil degree medicine? Malik anak Maidin kena pergi kursus ACCA, Mawi kena pergi Universiti Al Azhar, adakan semua itu akan menjadikan mereka lebih berjaya atau cemerlang daripada apa yang telah mereka kecapi sekarang??
saya nak tanya soalan ni, Kak, Sampah, pasai saya bukan jenis orang yang emosional. saya yakin saya akan berjaya dalam hidup saya, dengan kelayakan akademik dan pengalaman pekerjaan yang saya ada, tetapi tak lah sampai saya nak kecewa dengan kejayaan orang lain, biarlah di hebat nyanyi ke main bola ke, tak salah, asalkan halal cara murah rezeki. peduli bapak diapa kalau dia nak gelek M Daud Kilau di Madison Square Garden di New York, rezeki dia lah, kena syukur lah, kenapa pulak kita nak pergi pertikai diapa?
anak negara yang merdeka, kita hormat ajelah pilihan mereka, bab sama ada mereka terlalu dipuja atau didodoikan tu, subjektiflah sangat, susah nak ukur. kalau kejayaan hanya diukur atas makeup yang siti pakai masa konsert di Royal Albert Hall, atau jernama seluar renang yang malik pakai masa berenang merentasi english channel, saya rasa teruk jugak lah orang yang berfikir macam tu...
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |