| Subject: Orang yang dizalim? |
Author:
Pemerhati
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 01:46:35 09/28/05 Wed
In reply to:
musuh kebodohan Pekdik
's message, "CERCA TANPA HAK???" on 02:15:18 09/27/05 Tue
Orang yang dizalimi atau dianiayai memang Allah SWT Beri hak untuk mencerca.
Firman Allah SWT., iaitu:
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al-Qur’an: Ayat 148, Surah Al-Nisaa’].
Agak-agak Pek Dik tu melakukan kezaliman tak? Dia kata Kerajaan tak zalim makna kata Pek Dik tu tak tahu pun maksud kezaliman mengikut ajaran Islam itu apa bendanya. Baginya, Kerajaan tak mahu nak melaksanakan HUDUD itu adalah Kerajaan itu adil, tidakmelakukan kezaliman kuttt!
Ali Usman menyatakan bahawa asal ma’na “kezaliman” ialah aniaya dan melampaui batas yang telah ditentukan. Arti zalim menurut ahli bahasa dan kebanyakan ulama’ ialah: “Meletakkkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya”, baik mengurangi, menambah atau mengubah waktu, tempat atau letaknya.”. Oleh kerana itu kata kezaliman diartikan sebagai penyimpangan dari ketentuan, baik besar ataupun kecil. Dikatakan orang itu zalim apabila melakukan dosa kecil sekalipun, Apatah lagi dosa besar. Sebagian Hukama’ membagi kezaliman itu menjadi tiga:
(a) Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t; …..
(b) Kezaliman manusia dengan sesamanya, iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya
seperti melanggar janji, takbur, membuat keonaran dan
sebagainya; …….
(c) Kezalimam manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat maksiat dan kederhakaan, seperti berzina, minum minuman keras dan melanggar larangan Allah, mengurangi
atau menambah ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. dan
sebagainya" [K.H.M. Ali Usman, “Hadits Qudsi”, C.V. Diponogoro, Bndung, Indonesia, 1976; ms.151-152.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |