| Subject: Makna Zalim? |
Author:
Pemerhati
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 01:50:24 09/28/05 Wed
In reply to:
zorro
's message, "fikir sejenak" on 13:37:45 09/27/05 Tue
Ali Usman menyatakan bahawa asal ma’na “kezaliman” ialah aniaya dan melampaui batas yang telah ditentukan. Arti zalim menurut ahli bahasa dan kebanyakan ulama’ ialah: “Meletakkkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya”, baik mengurangi, menambah atau mengubah waktu, tempat atau letaknya.”. Oleh kerana itu kata kezaliman diartikan sebagai penyimpangan dari ketentuan, baik besar ataupun kecil. Dikatakan orang itu zalim apabila melakukan dosa kecil sekalipun, Apatah lagi dosa besar. Sebagian Hukama’ membagi kezaliman itu menjadi tiga:
(a) Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t; …..
(b) Kezaliman manusia dengan sesamanya, iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya
seperti melanggar janji, takbur, membuat keonaran dan
sebagainya; …….
(c) Kezalimam manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat maksiat dan kederhakaan, seperti berzina, minum minuman keras dan melanggar larangan Allah, mengurangi
atau menambah ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. dan
sebagainya" [K.H.M. Ali Usman, “Hadits Qudsi”, C.V. Diponogoro, Bndung, Indonesia, 1976; ms.151-152.]
Berdasarkan kepada keterangan di atas, agak-agak Kerajaan itu zalimkah atau tidak?
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |